Monday, 29 December 2025

Makan Kenduri Di Sana Sini

Hujung tahun begini teringin nak mengembara ke tempat asing, tapi Encik Suami tak boleh nak tinggalkan urusan kerja. Bagusnya, dapatlah kami memenuhi jemputan makan kenduri di sekitar Kedah dan Perlis.

Khamis 25 Disember 2025
Majlis perkahwinan Fatihah & Farihin di Kg. Belimbing, Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Majlis berkhatan dan doa selamat di Kg. Ceruk Tok Latah, Jitra, Kedah.

Jumaat 26 Disember 2025
Majlis aqiqah dan kesyukuran di Kg. Baru Panggas, Chuping, Perlis.

Sabtu 27 Disember 2025
Majlis perkahwinan Hafidz & Zulaikha di Kg. Berapit, Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah.

Ahad 28 Disember 2025
Majlis perkahwinan Siti Nur Ezzati & Asmar di Fantasi Impian Hall, Sungai Petani, Kedah.


Kalau dulu (semasa menetap di rumah NS), jemputan kenduri di kawasan bandar - taman perumahan atau dewan majlis. Sekarang kami menjelajah kampung pula - melalui jalanan berliku dengan pemandangan hijau alam, juga laluan sempit dengan sawah padi dan kebun tanaman di tepi jalan. Pengalaman yang menarik!

Saya makan banyak di tempat kenduri yang ni 😁. Menu utama nasi, menu sampingan - laksa, mi rebus, ABC, cucur udang dan kuih-muih.  Tetamu tak begitu ramai, bolehlah saya mencuba makan itu ini. Kalau di tempat yang penuh sesak dengan tetamu, saya makan sekadarnya dan segera bangun untuk beri peluang kepada tetamu lain pula.

Kuih putu Perak. Ada pilihan inti kelapa parut manis dan kacang merah.

Sebahagian cenderamata yang diterima. Dapat juga bunga telur tapi tak ikut berfoto sebab telurnya saya dah makan 😄

Rata-rata jemputan makan kenduri yang saya hadiri, makanan utama dimasak sendiri oleh orang kampung. Dapatlah saya menikmati gulai daging batang pisang (walaupun sebut ‘batang pisang’ tapi maksudnya umbut pisang ya).

Pertama kali juga saya nampak rupa periuk kukus Apollo - teknik memasak nasi kukus dengan menggunakan lapisan dulang dan tong aluminum tinggi. Menarik dan unik! Tiada foto rujukan, kalian buat carian internet jelah ya.







30 comments:

  1. ammi rasa seronok lagi kalau ke kenduri di kampung-kampung yang masih buat di bawah khemah. teringin juga nak buat khemah depan rumah kalau anak-anak kawin nanti tapi rumah mau juga menggelongsor pinggan, tray semua sebab rumah ammi tak rata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah pergi jamuan makan di kawasan rumah yang tak rata, air dalam cawan pun nak tertumpah bila letak atas meja 😅. Memang susah sikitlah.

      Delete
  2. Hujung tahun dan cuti sekolah ni memang ramai yang buat kenduri kahwin.

    ReplyDelete
  3. Wahhh, banyak jemputan kenduri di utara, tentu seronok dan lain suasananya dengan kenduri di Johor atau NS, kan. Sy kalau sesekali balik dan ada kenduri jarang dapat di sebelah2 kampung tapi kalau Kak kebetulan pergi kenduri, dapatlah jugak merasa gulai batang pisang tu yang jadi berkat bawa pulang. Sy pun kalau tak ramai tetamu, suka ambil banyak jenis makanan, tapi kalau tetamu ramai, cepat²lah kena mengundur diri untuk bagi laluan tetamu lain makan pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali pertama kami terima banyak jemputan sejak berhijrah ke utara ni 😀
      Itu pun ada yang kami tak dapat datang sebab buat waktu malam dan jarak jauh. Ya, memang lain suasananya. Lagi pulak ada gulai batang pisang - lauk tradisi orang sini.

      Delete
  4. seronoknya... lagi plak kalau kenduri tu kat kampung... sedap masakan kampung ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, rasa lebih berselera makan lauk kampung.

      Delete
  5. Seronok kan makan kenduri di kampung². Makanan sedap² dan layanan 1st class sokmo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap pasal layanan, teringat kat satu majlis ni masa nak balik tuan rumah tanya saya “Puaih makan dak?”. Terkejut sebab saya memang makan macam-macam masa kat rumah tu 🤭😆

      Delete
  6. 4 hari berturut-turut ada kenduri..Alhamdulillah..best menu masak sendiri..kalau kenduri guna caterer, dah boleh agak menunya, lebih kurang sama...saya ada jemputan kenduri harini 29.12 di Kelantan...huhu..anak ex-classmate..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki…hari-hari makan kenduri 😄
      Jauhnya jemputan di Kelantan, seronok jugak kalau dapat pergi boleh tengok suasana kenduri kahwin di sana pulak.

      Delete
  7. Hujung tahun mmg ramai orang ambik kesempatan cuti sekolah untuk buat kenduri-kendara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang ahli keluarga jauh boleh balik meraikan.

      Delete
  8. Amboi... banyak cenderamata nya!

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Kami orang luar yang berhijrah ke sini pun dah berderet gini, orang tempatan lagilah banyak jemputan kenduri..sehari ada beberapa tempat 😄

      Delete
  10. Menu kenduri kampung la terpaling sedap. Yang dimasak secara rewang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe…betul, lauk pauk tradisi lebih membuka selera.

      Delete
  11. Alhamdulillah, bestnya Ujie, banyak penuhi undangan kenduri. Sedap, tengok hidangan nasi kuning tu. Kenduri di kampung-kampung dan masak sendiri ni, jarang tak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah…tak ada ke mana-mana, bolehlah penuhi undangan orang. Dapat juga eratkan silaturahim.

      Delete
  12. Itulah seronok hadiri kenduri tidak kisah kenduri apa tapi suka kenduri kesyukuran atau tahlil.
    Unik pengalaman Puan Ujie redah kampung, sawah padi. Apapun orang kata hayati pengalaman yang ditempuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe…itulah, memang berbeza bila tinggal di bandar dengan di kampung. Saya seronok dapat pengalaman baru di sini.

      Delete
  13. Betul hujung tahun ni banyak undangan. Seronok jumpa saudara mara dan kawan2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni pulak, kenduri saudara mara dah lama tak pergi sebab jauh nun di selatan 😅. Mujur juga kawan/kenalan baru di utara sudi menjemput, dapatlah merasa makan kenduri 😀

      Delete
  14. SA paling suka makan kenduri..ssbab suka dengan lauk pauk kampung..lepas tu suka kenduri yang masih mengamalkan acara rewang....seronok kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lauk kampung rasa lebih menyelerakan, walaupun ada yang saya tak tahu nama masakan tapi habis saya makan sebab sedap! 😀

      Delete
  15. best kenduri luar bandar ni, semuanya masak sendiri! rasa nak tambah 2 pinggan :p

    ReplyDelete
  16. Sayapun biasa ujung tahun selalunya traveling ke tempat winter. Tapi tahun ini pertengahan Desember pula, sebab akhir tahun tak bisa. Insyaallah akhir Dec 2026 nanti nak traveling ke negara winter lagi dengan anak2 dan suami 😄.
    Tapi sebenarnya saya teringiiiin datang ke acara2 kenduri begini kak. Ga tahulah, circle saya memang dah tak banyak yg menikah. Rata2 memilih single. Yg punya anak pun, masih kecil2 🤣. Lama lagilah agaknya dapat kesempatan hadir kenduri 😄

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****