Sunday, 21 December 2025

Kali Pertama Memancing Ikan

Catatan Sabtu, 20 Disember 2025

Seumur hidup, belum pernah saya memegang joran apa lagi memancing ikan. Terbit keinginan memancing ikan apabila saya sering menyaksikan penduduk tempatan di utara tanah air memancing ikan bersama keluarga - lelaki, perempuan, tua dan muda.

Biasanya saya lihat mereka memancing di kawasan bendang dan di parit. Jadinya tak hairan kalau kita memandu di sini, nampak sana sini orang sedang memancing di parit tepi jalan. Paling seronok bila saya lihat kanak-kanak sedang memegang joran, bukan leka dengan skrin gajet.

Alhamdulillah setelah lebih lima tahun saya berhijrah ke utara, akhirnya pagi semalam saya berpeluang memegang joran dan belajar memancing dari jiran-jiran. Saya ikut sekadar nak tengok macam mana orang memancing ikan, kemudian dipelawa mencuba. Mula-mula saya segan dan rasa kekok, lepas tu ehh seronok!

Foto pagi - masa ni hanya saya bersama jiran-jiran, Encik Suami berada di tempat lain. Kami memancing di sebuah kolam takungan berhampiran, bukan kolam berbayar. Banyak juga ikan yang berjaya saya naikkan, tapi semuanya ikan tilapia bersaiz kecil. Bolehlah kan, buat permulaan belajar memancing 😀

Lewat petangnya, saya ikut jiran-jiran memancing sekali lagi. Kali ni saya belajar letak umpan sendiri - walau rasa kasihan juga nak cucuk udang hidup pada mata kail, tapi nak tanggalkan ikan yang berjaya dinaikkan saya masih belum berani.

Encik Suami ikut bersama, seingatnya sebelum ini pernah jugalah dia ikut jiran memancing sekali dua. Masih belum banyak pengalaman. Rezeki Encik Suami, percubaan kali pertama petang semalam terus dapat ikan haruan bersaiz besar. Sampai terlepas joran daripada pegangan, masuk ke dalam kolam dan bergerak ke sana sini 😅

Foto di atas berjaya dirakam setelah usaha-usaha dilakukan - joran berjaya ditarik ke tepi kolam bersama ikan haruan yang masih ada di mata kail. Rupa-rupanya ikan ini belum makan umpan, tapi entah macam mana bahagian ekornya terkena mata kail.

Jiran dah tanya, bila nak pergi memancing lagi? 😀







36 comments:

  1. Moment masa kecik selalu memancing dengan arwah mak. Mak la tukang tanggalkan ikan kalau mengena. Syok kalau dapat ikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok Cie ada kenangan memancing dengan mak.

      Delete
  2. orang cakap memancing ni boleh buat ketagih. sekali pancingan mengena, terus nak gi mancing tiap2 minggu xD macam kawan saya yg perempuan tu, lengkap dah set memancing dia sekarang haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi akak, memang seronok tapi belum sampai tahap ketagih 😀

      Delete
  3. Hahahha.. patutlah pelik kenapa ikan ruan tu ekornya yg tergantung, memang rezekilah tu tersangkut mata kail, ikan besar pulak tu. Bagi sy memancing ni perlu ada deria ke 6 utk rasa ikan dah makan umpan atau belum. Tak sangka, diam tak diam, dah 5 tahun eh Ujie kat utara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya belum ada deria ke-6 tu 😄
      Kan…rasa macam belum lama, tapi bila kira-kira eh dah lebih 5 tahun!

      Delete
  4. Pernah nak ikut kawan tapi diorang tak bagi sebab kena sabar menunggu hehe apalagi main dengan cacing masa tu ehh geli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cacing memang saya surrender lah. Euww 😅

      Delete
  5. Kalau sy di kampung dulu pun ini la aktiviti kami sekampung, memancing beramai² ... Kiranya aktiviti masa lapang la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah macam satu budaya hidup di utara kan - memancing ramai-ramai ni.

      Delete
  6. seronok memancing, lebih-lebih lagi jika pancing sentiasa dipagut ikan.. tapi saya suka memancing di laut.. dulu-dulu selalu turun ke laut terutama hujung minggu.. la ni x dan dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memancing di laut tentu lebih mencabar dan lebih seronok kan?

      Delete
  7. Memancing ni kena bersabar juga kan. Memang bukan la line saya ni....kalau nak letak umpan pun geli...lagi-lagi cacing....kalau udang ok lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..iya, saya pun bukan jenis sabar menunggu. Cuma kali ni agak mudah pulak dapat ikan, tak perlu tunggu lama. Umpan cacing memang geli la saya 😄

      Delete
  8. Uncle pernah cuba memancing ni... keputusannya, memancing ni bukan untuk uncle... hehehehe

    ReplyDelete
  9. sronok la tu ada jiran ajak mancing sama...husband kita suka mancing...pernah la dia ajak..tp idokla nk ikut...slalu die pegi dgn kwn or cousin...tp sejak PKP dh stop..lama dh la dia tk mancing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama sangat tu, PKP tahun 2020. Tahun saya berhijrah ke utara 😀

      Delete
  10. bukan calang-calang orang nak dapat ikan ni kak..husband saya pun minat mancing tapi susah betul nak dapat ikan,istilah pemancing kumpau..
    akak makan ke ikan air tawar ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dah belajar perkataan kumpau tu. Rezeki kali pertama memancing tak kumpau 😄

      Akak makan, tapi suami tak. Tapi memang tak pandai pun nak siang dan masak ikan air tawar. Bagi semua pada tuan joran, ikan kecik campak semula dalam air.

      Delete
  11. Macam best pulak kak ye... bila memancing reramai pastu boleh dapat ikan pulak ya. Tak kisahla kecil janji ada hasiil dah seronok dh

    ReplyDelete
  12. Alamak kalau saya masih ada rasa kasihan. Mungkin saya belum pernah memancing.
    Hehe ikan haruan itu buat masak apa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi orang je ikan tu Na, saya tak pandai bersihkan dan suami tak makan ikan air tawar.

      Delete
    2. Itulah dalam keluarga kitorangpun tidak pernah siang ikan haruan apatah lagi masak buat lauk.

      Delete
  13. antara aktivit yang Angah nak buat...selepas bersara..ihikk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal Angah rancang aktiviti lepas bersara ya 😀

      Delete
  14. Habislah Ujie, lepas ni pantang ada masa sikit, mesti pergi mancing. Tak pergi dah merket. 🤭
    Saya masa sekolah di Kangar, mancing di bendang. Dapat ikan sepat. Guna umpan belalang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi pasar jugak, pasal laki tak makan ikan air tawar 😄
      Membesar di Perlis, harus biasa memancing kan. Seronok ada kenangan gitu.

      Delete
  15. Replies
    1. Nasib je tu, rezeki. Bukan pandai mancing pun 🤭

      Delete
  16. Wah,pandai memancing ni..rezeki dapat ikan besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki orang baru nak belajar mancing, dapat ikan besar 😁

      Delete
  17. Seronoknya...SA suka aktiviti macam ni..tapi x pernah cuba lagi..dulu selalu ikut PZ...nanti la kalau PZ dah sihat boleh ajak mancing...ikan talapia besar2 tu sedap goreng garing dan ratah tau Ujie...wah..Uijie dah ada hobi baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni cuba la SA, seronok jugak buat perkara baru 😀

      Delete
  18. Hahahah seruuuuu kalau dpt ikan nya ya kak. Saya pernah sekali saja memancing, tp jujur bosan. Sebab lamaaaaa sangat tak dapat2 hahahahaha.

    Sejak itu agak kapok lah.

    Tapi seandainya mudah untuk mendapatkan ikan, mungkin saya akan suka 😄

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****