Morning walk tadi, saya lalu di sebatang pokok belimbing besi yang besar dan tinggi. Dari jauh nampak biasa je, bila semakin dekat barulah perasan pokoknya sedang lebat berbunga.
Masya Allah cantik bunganya 😍
Pokok belimbing besi banyak cabang dahan, hampir di setiap dahan dipenuhi dengan bunga.
Bunga yang banyak ini juga menarik serangga. Entah serangga apa, bunyinya berdengung kuat dan terbang dari satu kuntum ke kuntuman lain.
Foto zoom-in kuntuman bunga pokok belimbing besi - bersaiz kecil, berwarna ungu dengan lima kelopak.
Di sekitar rumah saya terdapat beberapa batang pokok belimbing besi hasil tanaman penghuni terdahulu. Tapi saya belum pernah cuba merasa buahnya sebab tak rajin nak membalut buahnya. Buah belimbing besi tak berbalut selalunya jadi rosak dan busuk kerana serangan serangga perosak.
***
Tiada kaitan dengan pokok belimbing besi, tapi saya letak di blog sebagai kenangan dan penghargaan. Tengah hari tadi seorang jiran datang menghantar lauk - terung balado. Masih panas dan sedap aromanya. Sayangnya saya baru lepas makan tengah hari, jadinya lauk ini disimpan untuk makan malam nanti.
Sesungguhnya, rezeki Allah datang dalam pelbagai cara. Alhamdulillah 💙
Cantiknya bunga belimbing besi tu. Lama tak makan belimbing besi. Dulu kat kampung ada.
ReplyDeleteAkak pun dah agak lama tak makan belimbing, tapi belum teringin walaupun ada pokoknya kat rumah ni.
DeleteLawa bunga belimbing tuh,
ReplyDeleteWahh sedap terung balado.. nyum2
Dua-dua menarik 😀
DeleteSedapnya terung balado..dalam fridge SA ada banyak terung...boleh la buat terung balado ni...PZ tu suka beli banyak2
ReplyDeletePZ minat makan terung, itu beli banyak siap-siap SA 😀
Deletekat rumah opah sy dulu ada pokok belimbing. bunga pn byk. yg x best nya semut hitam pun sama byk... kalau mkn buah x sah kalau x tergigit semut haihh
ReplyDeleteAlamak...ada perisa tambahan 😄
DeleteSama la pe'el kita, suka perati bunga² kecil gini. Memang cantik bunga belimbing besi ni. Kalau belimbing buloh pun bunganya warna purple -maroon juga
ReplyDeleteSedapnya terung belado
Kita menikmati sekecil-kecil perkara 😀
DeleteMeriahnya bunga belimbing besi
ReplyDeleteLebah/kelulut ternak sangat suka bunga ni
Juga boleh direbus dan minum airnya untuk penawar batuk/sakit tekak.
Agaknya lebah yang berdengung kuat tu.
DeleteOh...ada kegunaan bunganya ni. Terima Kasih Wak!
Cantik bunga belimbing besi. Selalu nampak di pokok kalau balik kampung suami. Ada beberapa pokok belimbing besi di tepi rumah arwah MIL.
ReplyDeleteTerung balado sedap tu Ujie.
Rumah kat kampung selalu ada tanam pokok ni kan, rumah mak saya dulu ada tapi dah tebang.
DeleteCantik bunga pokok belimbing besi. Pertama kali saya tengok ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah, jiran baik hati hantar lauk terung yang sedap. 😋
Rezeki dapat jiran baik. Alhamdulillah.
DeleteSama pulak warna bunga tu & terung tu...Apapun terung berlado tu nampak sedap
ReplyDeleteEhh yelah 😀
DeleteKira ada kaitan jugaklah dua cerita ni.
Saya lebih tertarik foto terung belado tu... Yummeh
ReplyDelete😀
DeleteNampak sedap sangat terung berlado tu. Sama pulak warnanya dengan bunga pokok belimbing besi.
ReplyDeleteAlhamdulillah memang sedap 😋. Itulah, tak perasan pulak ada persamaan warna 😀
DeleteBanyak dan padat bunganya. Pokok belimbing besi saya tidak sebanyak bunga ini.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki terung berlada masih panas-panas yang dapat. Itulah kena syukur dapat jiran yang baik.
Mungkin sebab cuaca sini panas kering, sesuai untuk pertumbuhan pokok belimbing. Dulu pokok di rumah mak saya di Johor pun seingatnya tak banyak gini bunganya.
DeleteIya, rezeki juga ni dapat jiran baik.
Cantiknya bunga pokok belimbing besi
ReplyDeleteKan…suka tengok.
DeleteBelimbing besi itu yg star fruit maksudnya ya kak? Yg berbentuk bintang? Saya pernah ada pohonnya, tapi jujur tak ingat, sebab dulu tak terlalu suka lihat aneka tanaman yg ditanam gardener papa . Cuma tiap kali buahnya tumbuh subur, selalu dipetik dan jadi makanan kami sehabis makan 😁.
ReplyDeleteTerong balado 😍😍😍. Menu fav dan gampang. Memang pilihan saya jika sedang malas masak 😄
Ya betul Fanny…star fruit 😀
DeleteBagus Fanny, lagi malas masak pun boleh masak terong balado. Sedap tu 😋
Dah lama tak tengok bunga buah belimbing besi.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian.
Dulu Mrs. A tak suka terung tapi bila usia dah meningkat selera pun dah berubah suka dah dengan terung berlado ni