Friday, 15 August 2025

Rain Lily Noble Gold

Pada bulan Mei lalu, saya tanam tiga jenis benih bawang (bulb) pokok rain lily Thailand hybrid. Setelah enam minggu ditanam, kuntuman pertama id Scarlet O’hara berbunga - entrinya DI SINI. Lepas sekuntum, muncul lagi sekuntum pada bawang kedua. Saya tertunggu-tunggu bila agaknya lagi dua jenis pokok rain lily akan mengeluarkan bunga pertama.

Sehinggalah dua hari lepas, saya nampak kemunculan kudup bunga pada pokok rain lily id Noble Gold. Wah! Penantian hampir tiga bulan bakal berakhir.

Kudup bunga rain lily. Foto diambil pada pagi semalam, 14 Ogos 2025.

Pukul 8 pagi tadi, 15 Ogos 2025 - kudup bunga menanti masa untuk berkembang.

Pukul 11.30 pagi - kuntuman pertama rain lily Noble Gold sudah pun berkembang cantik 😍

Bunganya berwarna kuning cerah dengan sedikit warna oren pada hujung kelopak. Semasa dibeli, benih Noble Gold ni yang paling besar saiznya di antara tiga jenis benih bawang. Hasilnya, kuntuman bunga juga lebih besar berbanding rain lily Scarlet O’hara.

Si kuning yang ceria ini tidak bersendirian, si merah terang di pasu sebelah juga sedang mekar.

Bunga rain lily Scarlet O’hara kuntuman ketiga. Warnanya agak pudar dan kelopaknya tidak begitu segar kerana bunga ini sudah pun berkembang sejak semalam.

Saiznya lebih kecil berbanding Noble Gold. Kedua-dua jenis rain lily ini mempunyai enam kelopak dan mengeluarkan bau wangi yang lembut bila dihidu dekat.

Beberapa kuntum bunga rain lily id Rosea Pink juga sedang berkembang mekar. Pokok jenis ini juga dikenali sebagai rain lily kampung, saiz bunganya lebih kecil. Kelebihan rain lily jenis ini - ia lebih mudah berbunga dan mudah membiak.

Sekarang ini saya sedang menanti pokok rain lily id Life & Joy pula berbunga. Juga berharap ketiga-tiga jenis Thailand hybrid cepat membiak supaya boleh saya pindahkan ke tempat tanaman yang lebih besar.

Rasa lebih ceria hari ini apabila dapat menikmati keindahan bunga berwarna-warni. Biarpun tak banyak tapi tetap membahagiakan. Alhamdulillah 💙







29 comments:

  1. Okey SA jeles...cantiknyaaaa semua menjadi ni....nak jugakkkkkk...tapi kalau SA tanam semua mesti mati...nyampah tauuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa SA, rezeki lain-lain. Kena try tanam macam-macam, InsyaAllah ada la rezeki kat salah satu tanaman tu.

      Delete
  2. Mrlihat kelopak bunga sudah mekar, hati turut berbunga riang! Sedap mata memandang.

    ReplyDelete
  3. Wahhh, mesti cantik berseri² halaman rumah kalau ia membiak banyak tu, Ujie. Kuning cerah tapi nampak terang jugak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah bila la nak membiak banyak. Dah berbulan masih belum tumbuh bawang baru.

      Delete
  4. Berseri2 lah rumah macam ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru sekuntum dua, buat sedap mata bolehlah 😀

      Delete
  5. Tengol kudup bunga dia pun dah buat hati berbunga-bunga. Itupun dah cantik rupa dia, apatah lagi mengembang. Dalam ketiga-tiga ni saya paling suka bunga rain lily Scarlet O’hara, warnanya sangat menyerlah dan rare sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warnanya merah oren dan ada warna kuning di tengah, memang nampak menyerlah.

      Delete
  6. cantikkknya semuaaa.. mesti hari2 belek ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa..iya, hari-hari tunggu bilalah nak berbunga, nak membiak.

      Delete
  7. Lawa2 semuanya.. Memang rasa happy kan bila yg dibela berbunga dgn cantiknya

    ReplyDelete
  8. Warna dia ceria la, Ujie. Kuning, merah, pink. Cantik! 😍

    ReplyDelete
  9. Comelnyaaa... Kalau nk tahu bunga2 akan keluar waktu mlm. Pucuk bunga akan muncul bila siang kembang la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh buat time lapse video mesti menarik nampak perubahan dari malam ke siang tu kan.

      Delete
  10. Cantikkkknyaaa... Memotretkan kejadian dri sebelum sehingga selepas kejadian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok bunganya tak banyak, bolehlah layan memotret tiap perubahan 😄

      Delete
  11. Gembira pokok yang kita tanam keluar bunga.
    Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  12. Terapi mata ni Ujie. Cantik la bunga dia.

    ReplyDelete
  13. Tenang ceria dapat tengok bunga yang mekar ni. Memang terapi.

    ReplyDelete
  14. Aiiiiih cantiknya kaaak. Paling suka yg kuning 😍😍😍. Memang dingin tangan kakak, tumbuh bagus bunga2nya ❤️👍

    ReplyDelete
  15. Ohhmaiii so cantik! Saya suka scarlet ohara tu, combination warna yg unik sangat 😍😍
    Cuba kalau dia ada shades of blue sikit, boleh jadi bendera malaysia hehe

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****