🌸 CATATAN TRIP KE JEPUN | HARI KEEMPAT - SABTU, 7 DISEMBER 2024 🌸
Jemput baca catatan terdahulu —> Ziarah dan Solat di As-Salaam Masjid, Okachimachi
Halal Ramen Ueno terletak hanya 60 meter dari As-Salaam Masjid. Tak susah mencari kerana lokasinya mudah dilihat dan terdapat sebuah banner besar.
Halal Ramen Ueno mendapat pengiktirafan halal oleh Japan Halal Foundation.
Ruang dalamnya berbentuk memanjang. Terdapat kira-kira 7 buah meja makan.
Antara menu yang ditawarkan di sini.
Kami memesan dua mangkuk ramen dan sepiring dumpling. Kali ni tak beli minuman, kami minum air kosong yang diberi secara percuma.
Hot fried chicken ramen - 1,800 yen.
Hot special chicken ramen - 1,800 yen.
Dumpling - 800 yen.
Layanan di sini mesra dan pantas. Cuma rasa masakannya agak kurang menepati cita rasa kami. Apa pun, saya tetap rasa bersyukur kerana dapat makan dengan selesa dan tanpa was-was di restoran halal.
Kos makan-makan kami di sini sebanyak 4,400 yen.
Carian Google Maps - Halal Ramen Ueno.
Alhamdulillah...terang dan jelas tanda halalnya...takde lah tercari cari
ReplyDeleteDari jauh dah nampak 😀
Deletebila di negara org mmg rasa bersyukur betul kalau dpt mknan yg halal tanpa was was kan kak ujie, wlupun kurang menepati selera tp takpe tetap syukur
ReplyDeleteBetul, ada tempat susah nak cari kedai makan halal. Kadang kata halal tapi tetap ada jual arak. Yang ini ada sijil halal, memang yakin 100%.
DeleteRibu² ye makan, terasa macam orang kaya tak PU? Ahaha 😂
ReplyDeleteTak jauh dari masjid, memang strategic kedainya. Pasti jadi tumpuan pelancong Muslim kan
Trip Jepun ni memang rasa jadi orang kaya, sebab bayar apa semua mahal 😂.
DeleteHa’ah…tak lama lepas kami duduk tu, ramai pelanggan lain masuk. Penuh semua meja.
Terpampang besar logo halal tu. Tak payah kita susah-susah nak cari kan. Tempat makan selesa. Banyak juga menu dia. Kurang sikitlah sebab tak menepati KPI selera. Okaylah ada pengalaman makan di sini. Betul tu, bersyukur dapat makan makanan halal di sana.
ReplyDeleteHalal dan selesa, bab tak kena cita rasa tu biasalah kan tekak lain-lain 😄
Deleterm130 kalau di tukar dengan duit kita betul ke kak? huhuhuhui... skrg dah makin banyak makanan halal di jepun kan
ReplyDeleteBetul Dana, lebih kurang gitulah harganya 😅
DeleteSebenarnya kalau nak berjimat boleh je beli makanan di 7E. Tapi kami memang nak cuba makanan di kedai makan.
Alhamdulillah banyak pilihan makanan halal kalau di bandar besar macam Tokyo ni.
Bila makan tanpa was was ni tenang kita kan....alhamdulilah. Kadang masakannya tak kena dengan tekak kita juga tapi bab halal tu memang patut syukuri....
ReplyDeleteWalau tak kena tekak tapi yang penting perut kenyang, badan kembali bertenaga untuk sambung jalan-jalan 😀
DeleteSaya harus coba dulu utk tahu sesuai atau tak. Tapi beberapa kali coba ramen halal di Osaka, yg paling menepati selera saya cuma ramen Honolu. Sisanya kuraaang. Tp masih bisa dimakan.
ReplyDeleteYg Tokyo pula tak pernah coba samasekali 😅
Akak dah try ramen di empat kedai di Tokyo. Alhamdulillah semua sesuai selera, kecuali yang di sini. Masih boleh makan, cuma tak mau repeat datang 😄. Apa pun lain orang lain seleranya, kena cuba sendiri baru tau.
DeleteDumpling tu nampak sedap. Alhamdulillah, ada kedai halal boleh menjamu selera.
ReplyDeleteIya, mudah jumpa kedai halal tu yang paling penting.
DeleteHehe saya terpandang telur rebus cantik hasilnya. Syukur dapat makanan halal masakan Jepun.
ReplyDeleteEntah macam mana cara masak, memang sedang elok telur rebus tu.
DeleteSA ni suka mencuba ramen...tapi version Korea la..sedap tu memang la sedap..yg x sedapnya pedas giler...tapi Dania makan selamba je...yang Japan punya ramen ni pedas tak?
ReplyDeleteNampak sedap tu .. pedas sangat tak?
ReplyDelete