Tuesday, 17 June 2025

Cuma Seketika, Tapi Cukup Bermakna

Hari Jumaat lalu ketika langit hampir gelap, saya dan Encik Suami menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, Kedah menuju ke KLIA, Sepang, Selangor. Tak ramai penumpang dalam pesawat, banyak kerusi kosong.

Dari KLIA kami naik Grab ke rumah NS. Kali terakhir kami balik sini sekitar sebulan yang lalu.

Esoknya awal pagi hari Sabtu, kami ke Damansara dengan menaiki kereta yang kami tinggalkan sebelum ini di rumah NS. Selesai urusan Encik Suami di Damansara, kami bergerak menuju ke selatan tanah air - balik kampung saya di Pontian, Johor. Singgah juga di Aeon Nilai membeli buah-buahan, sayuran dan keperluan untuk rumah Mak.

Pukul 10 pagi hari Ahad, kami bergerak meninggalkan rumah Mak. Penerbangan balik ke utara dijadualkan pada lewat petang, tapi kami bertolak lebih awal bagi memberi masa sekiranya berlaku kelewatan di lebuh raya. Maklum sajalah biasanya hari Ahad banyak kenderaan dari selatan menghala ke KL. Tapi nampaknya kali ini jalanan agak lengang, mungkin sebab masing-masing dah balik kampung pada hujung minggu sebelumnya (sempena Hari Raya Aidiladha).


Sebelum masuk kereta, saya lambai Mak menerusi tingkap rumah. Mak dah tak boleh hantar kami sampai depan pintu macam selalu 🙁

Semenjak Mak tak mampu urus diri, Mak memilih untuk ditempatkan di ruang tengah rumah. Mudah untuk kakak/pembantu uruskan Mak, ruang lebih luas berbanding dalam bilik dan Mak boleh tengok luar menerusi tingkap di sekeliling rumah. Kalau perlukan privasi, cuma perlu turunkan langsir pintu. Alat pendingin hawa turut dipasang di ruang tersebut demi keselesaan Mak.

Alhamdulillah…lega rasa hati dapat melihat keadaan Mak di depan mata. Mak nampak lebih cergas berbanding sebelumnya, rancak bercerita itu ini dan sempat bertanyakan keadaan ‘cucu’ - Jojo 😂

Cuma seketika, tapi cukup bermakna.
Terima kasih Allah 💙







17 comments:

  1. Semoga mak cepat sembuh dan kembali sihat seperti biasa & moga Allah beri kesembuhan buat mak.

    ReplyDelete
  2. Alhamdullilah sempat ziarah bonda, moga bonda sentiasa dalam lindungannya

    ReplyDelete
  3. moga yg baik2 saja buat Mak...moga sentiasa dilindungi & dirahmati Allah...aamiin

    ReplyDelete
  4. Allahu.. semoga mak Ujie baik² sahaja. Ingat pulak tu dekat cucunya Si Jojo, hihi.

    ReplyDelete
  5. Semoga mak cepat sihat..bila duudk jauh memang risau bila parent x sihat kan..sama macam SA..dulu jaga mak..kalau dapat call aje memang akan seriau..sekarnag jaga abah plak..kalau ada call memang perasaan risau tu tiba2 muncul

    ReplyDelete
  6. Semoga emak akan sembuh seperti sediakala.

    ReplyDelete
  7. Terubat rindu walaupun kejap ye kak

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah ada rezeki balik jumpa Bonda ... Nx time kena bawa Jojo balik kampung la PU :)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah dapat balik kg meraikan raya bersama. Terubat rindu. Jauh juga tu naik grab dari KLIA ke Seremban. Lepas tu kena ke Damansara pula dan terus ke selatan. Jauh perjalanan ke sana kesini mesti memenatkan. Tapi hilang penat bila dapat balik kampung kan. Walau sekejap, sangat² bermakna. Kita hargai masa bersama. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk mak akak. Aamiin...

    ReplyDelete
  10. semoga mak kak ujie dalam keadaan baik-baik saja..

    ReplyDelete
  11. sama lah Ana pun dulu nekad balik kampung benti kerja sbb nak jaga mak masa mak demam teruk dua minggu tak surut-surut demam.. moga mak kita baik-baik hendknya aminnnnn

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah dapat ziarah mak. Moga mak diberi kan kesihatan yang baik.

    ReplyDelete
  13. Semoga mak diberikan kekuatan dan kesihatan yg baik sentiasa inshallah..

    ReplyDelete
  14. Perjumpaan walau singkat saja dengan emak pastinya membuat hati Mbak terasa lega.
    Semoga emak-nya Mbak dapat segera kembali sehat seperti sedia kala.

    Salam,

    ReplyDelete
  15. Terima kasih atas doa sahabat semua 💙

    ReplyDelete
  16. Moga panjang umur mak Ujie....dan sihat seperti sediakala.

    ReplyDelete
  17. Dulu semasa ibu saya masih ada justru dia lebih suka berada di dalam kamar saja, kalau kami ajak ke ruang tengah/keluarga..tak lama minta antar ke kamar saja, di kamar memang ada TV, jadi terbiasa melakukan aktifitas terbatas pun di dalam kamar... Semoga mak nya sis sehat "selalu ya..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****