Thursday, 22 May 2025

Buah Letup-Letup - 'Jajan' Zaman Kanak-Kanak

Di sekitar rumah saya ni ada pelbagai jenis pokok. Ada yang ditanam oleh penghuni terdahulu dan banyak juga pokok yang tumbuh liar, antaranya - pokok letup-letup (passiflora foetida). Ia juga dikenali dengan nama pokok ulat bulu atau pokok letup-letup bulu.

Pokok letup-letup tumbuh secara menjalar di belukar atau melilit di batang pokok lain. Kiranya, pokok ni kategori rumpai - tumbuhan yang tidak berguna dan perlu dimusnahkan kerana mengganggu pokok tanaman kita. Tapi sekarang ni bila dah jarang ditemui, kalau jumpa tu rasa macam dapat benda berharga 😀

Jangan terkeliru ya, ada sejenis lagi pokok dengan nama lebih kurang sama iaitu pokok letup-letup kelambu (physalis angulata). Ianya sejenis pokok renek dan rupa buahnya juga berbeza dengan buah letup-letup (passiflora foetida).

Bunga pokok letup-letup
Bunga pokok letup-letup. Cantik bunganya dengan kelopak berwarna putih dan bahagian tengah berwarna ungu. Tambah menarik, terdapat semacam bulu melindungi kelopak bunga ini.

Buah letup-letup Passiflora foetida
Buah pokok letup-letup yang masih muda - berwarna hijau. Bentuknya bulat dengan bulu di sekelilingnya - seakan melindungi buah. Foto dirakam pada 7 Mei lalu.

Pokok letup-letup Passiflora foetida
Foto pagi tadi 22 Mei - jalan-jalan pagi sambil merakam foto alam. Buah letup-letup bertukar warna kuning sepenuhnya, tanda sudah matang dan boleh dimakan. Cara makan buah letup-letup - picit atau tekan sedikit kulit buah untuk mendapatkan isinya. 

Pokok letup-letup Passiflora foetida
Begini rupa isi buah letup-letup. Boleh terus makan isinya - telan bersama biji. Jangan risau, bijinya tak tumbuh dalam perut 😆

Bagaimana rasa buah letup-letup? Rasanya manis dengan sedikit rasa masam. Kira sedap pada deria rasa saya.

Setelah sekian lama tak makan buah letup-letup, bila makan kali ni sungguh mengimbau memori zaman kanak-kanak saya. Zaman di mana saya bebas bermain di luar rumah dan makan buah letup-letup yang ditemui di tepi jalan - macam makan jajan. Kalau jumpa bunga jarum, saya ambil bahagian tengahnya dan hisap madunya (nektar). Kalian yang pernah melalui pengalaman serupa, tentu tak jauh beza umur kita kan 😀 








36 comments:

  1. SA suka kak Ujie....masa kecik2 petang2 main kejar2 tu kalau nampak buah letup2 ni memang akan ambil..selalunya berebut...memang rasa dia masam masam manis...lebih kurang makan buah markisa...tapi dia kecik kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha’ah betu SA, lebih kurang macam buah markisa.

      Delete
  2. Sukaaa mkn jga
    Rinduu zaman kanak2 yg indahh
    Semua buah kita bedal
    Buah letup2 ni org kt bagus kan
    Tumbuh meliar mudahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dah tak guna perkataan bedal 😁
      Betul la tu cikNur, zaman dulu semua buah pun kita bedal. Zaman sekarang budak-budak nampak pokok buah pun belum tentu minat nak makan.

      Delete
  3. Buah letup-letup tidak pasti pernah makan ke tidak tapi bunga jarum pernah.
    Betullah ini saya makan ketika kanak-kanak. Sekarang tidak jumpa pula bunga jarum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang bandar jarang tanam bunga jarum. Kalau di kampung senang jumpa.

      Delete
  4. Macam buah markisa ek isinya. Dulu kawan² sy suka makan, sy tak pandai dan ini pertama kali tengok yg Ujie tunjuk ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, isi lembik macam buah markisa.
      Mungkin Sk duduk di kawasan bandar. Kalau di kampung memang banyak di semak belukar.

      Delete
  5. Lama betul tak jumpa buah letup letup ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni pun, jumpa sebab berpindah di kawasan kampung 😄. Sebelum ni duduk di bandar, memang tak jumpalah.

      Delete
  6. Buah ni memang favourite masa kecik. Balik sekolah kalau jumpa ni kat tepi semak, terus ambil makan.

    ReplyDelete
  7. Dulu masa kecik ingatkan buah ni beracun. Dah besar baru tahu boleh makan. Pernah beli kek ada hiasan buah letop letop ni. Tapi tak cuba nak makan sebab dok fikir buah ni tak boleh makan. Aduhaii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah…rare tu, jadi hiasan kek.
      Tapi kalau masih hijau, memang tak boleh makan.

      Delete
    2. Tak silap saya kek S.D.S. Tak buat entry pulak. Masa tu buah dia warna kuning dan balutan buah tu dibuka jadi macam kelopak bunga. Cantik.

      Delete
  8. Eh tak pernah lihat dan baru dengar skr nama tumbuhan ini kak... Ntahlah ya kalo namanya beda dalam Indonesian. Tp bentuknya juga saya tak ingat..

    Kalo lihat dr buah, isinya miriiiip dengan markisa yaa (passion fruit). . Hanya saja ini kecil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, isi mirip markisa.
      Di Indonesia mungkin ada nama lain.

      Delete
  9. Buah letup-letup ni memang nostalgia betul, macam jajan zaman dulu. Cuma beza dia, jajan ni tak perlu bayar tapi kena cari sendiri. Bijinya pun tak tumbuh dalam perut, tapi hati kena siap-siap sabar kalau tiba-tiba ketagih nak makan lagi!

    ReplyDelete
  10. Mengimbau sangat zaman saya dulu..sanggup panjat bukit nak cari buah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenangan sungguh tu, gigih panjat bukit mencari letup-letup ya 😀

      Delete
  11. buah letup ni jajan budak2 zaman dulu ni! masa kecik2 dulu mmg waktu main dgn kwn2 bila jumpa je buah ni makan je hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitulah aktiviti kita masa tu kan - bermain pastu makan apa yang jumpa 😆

      Delete
  12. cantik bunganya tu..buah letup2 mcm pernh mkn

    ReplyDelete
  13. Yes nostalgia zaman kanak² kita dulu kan... Dekat depan rumah PH ni pun ada buah letup² ni. Bgtau anak² yg buah ni boleh dimakan, depa buat dunno ja 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah, budak sekarang dah cukup makan dan banyak pilihan. Diaorang tak makan dah buah pokok rumpai 😂

      Delete
  14. Biji tak tumbuh dlm perut.. betul ke hahahah.. selalu jumpa masa kecil tapi tak pernah tau pulak boleh dimakan hihui

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu kan kalau makan buah dengan biji, orang selalu cakap nanti tumbuh dalam perut 🤣

      Ooh..takpelah, ni dah besar masih boleh cuba kalau jumpa. Saja merasa.

      Delete
  15. kak ujie.masa umi kecil2 dulu selalu makan buah letup2 ni..

    ReplyDelete
  16. Masa sek men di pedalaman ya saya pernah makan buah ni kemudian ada yang saya buang dalam parit air sebab nak efek meletup.

    ReplyDelete
  17. Kat rumah saya ada pokok ni. Patut beruk selalu datang makan, sebab sedap rupanya buahnya. Nanti nak try juga. 😁

    ReplyDelete
  18. Rupa dia masa belum masak nampak macam limau kasturi pulak. Saya tak pernah makan ni lagi 😁

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****