Wednesday, 30 April 2025

Jojo Si Anak Bulu Sudah ‘Sunat’!

Agak lama saya tak mencoret di blog dek semangat menulis yang hilang entah ke mana. Bulan April menjadi bulan paling sedikit saya mencatat di blog.

Catatan terakhir bulan ini - berkenaan Jojo si anak bulu yang sudah selamat dimandulkan. Saya juga buat full blood test bagi mengetahui status kesihatan Jojo. Maklumlah, saya mula bela Jojo si kucing jalanan ini ketika usianya (menurut doktor) sekitar 2-3 tahun. Entah apa sejarah kesihatannya saya pun tak tahu.

Saya hantar Jojo ke klinik pada petang hari Sabtu, 26 April dan ambil semula pada lewat petang hari Isnin, 28 April. Prosedur pemandulan dibuat pada petang hari Ahad.

Sepatutnya cuma perlu tinggalkan Jojo satu malam saja bagi prosedur pemandulan, tapi saya tambah lagi satu malam bagi penjagaan selepas prosedur pemandulan.

Menurut staf klinik, kucing jantan perlu dikurung selama tiga hari selepas pemandulan bagi memastikan luka sembuh dan kering. Saya nak tinggalkan Jojo di klinik selama tiga hari tersebut, tapi nampaknya Jojo tak boleh dikurung dalam sangkar - asyiklah mengiau minta keluar πŸ˜…. Kasihan pada Jojo dan kasihan staf klinik tahan telinga dengar Jojo bising, jadi saya ambil bawa balik Jojo lebih awal.

Jojo saya biarkan bebas dalam rumah, bukan kurung dalam sangkar. Tapi hampir sepanjang masa Jojo bising mengiau, ada ketikanya sibuk ‘mengais’ bahagian bawah pintu rumah. Beberapa kali Jojo ‘berdiri’ nak capai pemegang pintu πŸ˜‚. Budak dah biasa bebas keluar masuk tiba-tiba kena kurung, memang tak senang duduklah dia.

Malam tadi (selepas berbincang laki bini dan memeriksa luka Jojo), kami lepaskan Jojo ke luar rumah. Sekejap je dah menghilang, tak sabar agaknya Jojo nak jumpa kawan ceritakan pengalaman masuk wad πŸ˜†

Fuh…pengalaman pertama kami yang agak memenatkan dan bercampur lucu.


Klik foto untuk paparan lebih jelas.
Jojo dapat diskaun prosedur pemandulan sebab sebelum ni ambil suntikan vaksin di klinik yang sama. Harga biasa RM90 untuk kucing jantan termasuk wad satu malam. Full blood test tu pula dapat harga promosi pengenalan.

Alhamdulillah Jojo dalam keadaan baik - keputusan ujian darah semuanya ok tak ada masalah. Jojo pun nampaknya sihat selepas ‘bersunat’ - kuat makan dan minum. 

Foto terkini Jojo, saya ambil kira-kira pukul 2.30 petang tadi. Sejak jadi kucing yang dibela, beginilah rutin Jojo - tidur dari pagi hingga ke petang. Sesekali je bangun untuk makan dan minum. Geli hati saya tengok gaya tidurnya yang pelbagai, selalunya terlentang dan terkangkang πŸ˜†

Alhamdulillah selesai satu hal. Moga dengan usaha ini (prosedur pemandulan) akan memberi kebaikan buat Jojo dan dapat membantu mengurangkan populasi kucing jalanan.







22 comments:

  1. wah dah sunat dah dia. lega satu bab kan...

    ReplyDelete
  2. Big boy haha...
    Senang hidup Jojo ye... Makan tidur makan tidur je aish πŸ˜†

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak ujie...lama sunggu x singgah kat blog kawan2...sihat ke? Tgok kucing ni teringat kat kucing yag arwah ayah bela...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum salam Eita 😊
      Alhamdulillah sihat. Eita lah, lama sungguh menyepi diri.

      Delete
  4. Rumah saya ada 4 ekor kucing.. Asalnya ada orang bagi seekor.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, berita baik Jojo sihat dan dah sunat. Tiada komplikasi satu rahmat jugakan.

    ReplyDelete
  6. 2 kucing di rumah kakak dan adek ku juga sudah di "sunat" Jadi gendut πŸ˜„

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Baik budak Jojo ni. Pandai dia ye, nak capai tombol pintu. 😁

    ReplyDelete
  8. Agaknya, Jojo ni dah pernah ada anak ke tak, ya? Handsome betul Jojo sekarang, maklum, dah jadi bos, heheheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jugak ada. Biasanya sebulan sekali Jojo menghilang 3-4 hari. Memang nampak dia tengah dating dengan kucing betina 🀭
      Kadang ada jugak balik makan, tapi tergesa-gesa. Makan sikit terus lari.

      Delete
  9. Semoga Jojo sihat & jangan nakal.nakal dah lepas ni🀭

    ReplyDelete
  10. Okla tu 3 hari .. pakcik dulu lagi lama kena berehat hahaa. Okla jojo dah tak boleh nak nakal2 dah lps ni hihii

    ReplyDelete
  11. Ihhh tak jauh beda jadwal steril Jojo dengan lucky anak bulu saya kak πŸ˜„πŸ˜„. Lucky pun baru sunat juga. Saya pikir bakal lebih calming, ternyata tetap saja heboh dalam rumah hahahahah.

    Harap2 nanti lebih tenang macam kakak2 dia yg sudah Disteril semua.
    .

    ReplyDelete
  12. so ada pulut kuning ke tak ni? hahahaha
    abes laa jojo pasni dah boleh jadi imam sebab dah cunat hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pakai pulut kuning. Pake cat treat , langsung lahap diorang makan 🀣🀣

      Delete
  13. Kucing ni kalau dah biasa bebas, tak senang duduk bila dikurung. Nak dibebaskan risau pulak kan luka dia tu. Wahhh majikan dah sunat, lagi santai tengok tu.

    ReplyDelete
  14. Orang cakap kucing kalau lepas bersunat jadi extra manja. Tpi kucing jantan saya tk manja pun, kekwat je. Menyampah

    ReplyDelete
  15. SA plak dapat Brown tu memang dah disunatkan...hehehe..so takde la dia main2 tembak sesuka hati je...tapi memang dia manja..dah la asalnya kucing jiran

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****