Semalam, hari Ahad 7 Julai bersamaan 1 Muharram saya dan Encik Suami berkesempatan ronda-ronda di sekitar Perlis. Saya sebut ronda-ronda sebab kami ke beberapa tempat menarik di Perlis dalam tempoh sehari (tapi bukanlah seharian dari awal pagi hingga lewat petang ya).
Awal pagi, kami ke Taman Rekreasi Sungai Bukit Jernih di Chuping yang terletak kira-kira 13 km dari rumah. Kami sekadar jalan-jalan melihat suasana sekitar serta ambil info berkenaan aktiviti pendakian dan penerokaan gua Bukit Jernih.
Dari taman rekreasi, kami menjamu selera di Wansyah Kitchen yang terletak tak jauh dari pusat bandar Kangar. Tempat makan yang terkenal dengan masak lemak cili api. Memang puas hati dapat makan di sini.
Perut dah kenyang, kami menuju ke Wang Kelian pula. Kenderaan dipandu mendaki bukit dalam keadaan hujan yang kadang-kala renyai, kadang-kala lebat. Tak ada tujuan khusus, sekadar ronda-ronda melihat suasana. Sejak berpindah ke Perlis, ini kali pertama kami ke Wang Kelian. Tiba di Pos Imigresen Wang Kelian, kami berpatah balik. Gitulah, asyik ke pintu sempadan je. Entah bila nak lepas ke Siam (Thailand) 😄
Dalam perjalanan balik, saya ajak Encik Suami singgah di pintu masuk Taman Negeri Perlis yang terletak tak jauh dari pos imigresen tadi. Dalam keadaan hujan lebat, saya cuma dapat ambil foto info bayaran masuk ke taman ini. Tak dapat nak keluar bertanya lanjut di kaunter berkenaan aktiviti yang ditawarkan.
Tiba di View Point Wang Kelian, hujan dah makin reda. Saya ajak Encik Suami naik ke puncak. Dah ada perubahan berbanding kunjungan terakhir saya ke sini beberapa tahun lalu - bayaran masuk dikenakan dan ada servis buggy. InsyaAllah catatan lanjut dalam entri khusus.
Selesai aktiviti ronda-ronda kami di sekitar Perlis, kami balik rumah dan berehat.
Selepas Asar kami keluar semula dengan memakai kasut kebun pula. Bukan nak berkebun pun, cuma nak pergi ambil tanah topsoil untuk menanam pokok di pasu. Tak begitu jauh dari rumah, tapi masih perlu naik kenderaan. Encik Suami gigih mencangkul mengisi pasu-pasu dengan tanah, saya pula cuma jadi mandur 😄
Begitulah catatan 1 Muharram saya di bumi Perlis yang mendamaikan. Terima kasih Allah 💙
Ada juga tempat yang terkenal dengan masak lemak cili api.
ReplyDeleteBagus juga jalan-jalan sekitar Perlis tengok tempat.
Alhamdulillah kat Perlis ni agak banyak jugak tempat makan sedap masak lemak cili api. Terubat rindu dengan masakan Nismilan 😀
Deletewah bestnya.. saya suka suasana yang tenang, jauh dari bandar.
ReplyDeleteDah lama tak ke Perlis.. salah satu negeri yang menjadi pilihan untuk bercuti.
Jemput datang lagi, tahun 2023-2024 Tahun Melawat Perlis, banyak acara menarik.
Deletewaahhh best buat kerja outdoor cmni hehehe
ReplyDeleteGaya kerja outdoor je yang lebih tu 🤭
DeleteRajinnya Kak Ujie pergi hiking ye. Dah lama tak pergi hiking rindu pulak.
ReplyDeleteViewpoint Wang Kelian tu memang kat tempat tinggi. Untuk ke puncak dia tak jauh pun mendaki. Kurang 200 meter. So tak kira hiking lah 😄
DeleteSuka dengan suasananya...tenang..dingin..sini pun hampir tiap hari hujan...
ReplyDeleteKali ini sama cuaca kita ya, kerap hujan.
Deletecantik tempat nya kak berkabus lagi tu
ReplyDeleteMasa ni lepas hujan lebat dan masih gerimis, dapatlah tengok pemandangan berkabus.
Deletemy feveret place... :D tenang dan damai...
ReplyDeleteJauh dari kesibukan, memang cukup tenang.
DeleteBanyak sebenarnya tempat menarik di Perlis. Tempatnya tenang, sesuai untuk yang nak lari dari kesibukan kota.
ReplyDeleteYa, negeri kecil tapi banyak tempat menarik.
DeleteAlhamdulillah dah hujan kat sana.
ReplyDeleteAda tempat masih kemarau dan panas terik
Yelah Wak, baru-baru ni baca berita di Perak ada buat solat minta hujan.
Deleteada 1 kedai makan kat perlis yg berasaskan mangga. sy teringin nak pegi situ...
ReplyDeleteKafe Harumanis milik Jab. Pertanian Perlis. Akak pun belum pergi situ.
DeleteLama tak pergi makan di wansyah kitchen
ReplyDeleteLihat foto jalanan dari atas bukit hijau, saya sukaaaaaa sangat 😍😍😍. Nampak sejuk mata memandang . Cantiiiik Perlis ini 👍. Semoga nanti bisalah saya kesana
ReplyDeleteAamiin, saya pun suka Perlis ni.
Deletebelum pernah ke Wang Kelian...dulu, selalu je dengar org buat rombongan ke sini..
ReplyDelete