Aktiviti saya hampir setiap pagi - jalan-jalan di sekitar rumah sambil memerhati alam. Berikut merupakan foto-foto serangga dan fungus hasil pemerhatian pagi ini :
Sekumpulan serangga berwarna oren dengan rupa yang aneh.
Taklimat pagi agaknya 😄, besar kecik semua berkumpul atas sehelai daun.
Sejenis lagi serangga aneh yang saya temui pagi ini. Hebatnya penciptaan Allah.
Badannya berwarna oren dan hitam.
Kupu-kupu dengan corak unik - seperti ada mata besar.
Cendawan besar. Musim hujan begini dapatlah tengok cendawan tumbuh. Sudah masuk minggu ke-empat (sejak pertengahan bulan Jun) suasana mendung dan kerap hujan di tempat saya. Jarang dapat tengok matahari bersinar seharian. Suasana nyaman dan sejuk.
Terima kasih Allah yang mengurniakan keindahan alam dengan segala kepelbagaian hidupan. Terapi jiwa buat saya bila dapat memerhati keunikan flora, fauna dan fungus.
Cantik kupu-kupu tu..memang seperti mata 👀
ReplyDeletePenyamaran yang baik 😀
DeleteSerangga tu memang unik sebab tak pernah nampak pun....
ReplyDeleteYa, itu yang saya tengok rupa dia aneh 😄
DeleteBest area umah ujie penuh dengan alam semulajadi... pagi2 kalau walk mcm ni mmg segar je rasa
ReplyDeleteCuma kena hati-hati berjalan, bimbang ancaman haiwan - monyet dan ular. Mata kena sentiasa pandang sekitar, telinga kena peka dengan bunyi aneh.
DeleteWalaupun mereka hanya serangga tapi sempurna ciptaan Allah yang maha kuasa. ;)
ReplyDeleteTerasa kerdil diri bila fikir kehebatan ciptaan Allah.
DeleteMacam-macam jenis serangga unik dijumpai sekitar rumah Puan Ujie. Saya tiadalah jumpa serangga yang pelik sekitar rumah saya.
ReplyDeleteHehe...betul la tu NA. Saya duduk sini barulah jumpa macam-macam serangga yang tak pernah jumpa.
DeleteYg oren hitam tu tgh salin kulit tu.. warna hitam tu warna baru dia.. seronon dpt tgk alam sekitar di kawasan rumah :D
ReplyDeleteWah...Afif kenal ya serangga ni?
DeleteThanks info 👍
Sampai sekarang CCL tak tahu apa nama serangga pertama tu
ReplyDeleteSelalu sukaaaaa hasil foto kakak 👍👍😍. Jelas jernih dan baguuus sangat.
ReplyDeletecantiknya serangga kaler oren tu...background kaler hijau...
ReplyDelete