Monday, 27 May 2024

Sarang Burung di Pokok Limau Kasturi

Dalam entri Harum Mewangi, saya ada ceritakan berkenaan bunga pokok limau kasturi yang berbau harum. Ketika itu, saya perasan ada seekor burung terbang keluar dari celahan pokok limau kasturi setiap kali saya menghampiri pokok tersebut. Awalnya saya fikir, itu cuma burung yang singgah berehat. Tapi setelah beberapa kali, saya mula terfikir mungkin ada sarang burung di pokok tersebut.

Setelah diteliti, ternyata ada sarang burung di bahagian tengah pokok. Wah 😍

11 Mei 2024
Sarang burung berada di kedudukan tengah pokok. Sukar untuk saya lihat dengan jelas sarang burung tersebut sebab pokok ini agak tinggi dan merimbun. Bagi melihat isi sarang burung, saya hulurkan tangan dan merakam foto tanpa dapat melihat secara langsung.

Sarang burung di tengah pokok limau
Begini rupa sarang burung di bahagian tengah pokok limau kasturi. Sarangnya kecil dan terdapat dua biji telur yang juga bersaiz kecil. Seakan rupa telur puyuh tetapi warnanya berbeza.

Beberapa hari kemudian, barulah saya berjaya merakam foto ibu burung. Kali ini ibu burung terbang lari ke pokok bersebelahan sahaja, iaitu pokok limau bali sunkist.

Hasil foto zoom-in. Entah apa nama burung ini, ada yang tahu?

Beberapa hari lalu, barulah saya teringat nak menjenguk kembali sarang burung. Saya dapati tiada lagi ibu burung terbang keluar dari pokok ini. Bila saya perhatikan, keadaan sarang burung sudah tidak sempurna. Macam dah tercarik dan boleh nampak sarang tersebut sudah pun kosong. Yelah, saya tinggalkan rumah agak lama juga dan lepas balik pun tak teringat pasal sarang burung ni.

Semoga anak-anak burung selamat membesar dan menambah populasi burung di sini. Saya rasa seronok hidup di kelilingi pelbagai jenis burung. Satu kebahagiaan dapat memerhatikan rupa dan warna burung yang berbeza dan mendengar pelbagai jenis bunyi burung. Begitu kuasa Allah Yang Maha Hebat menciptakan kepelbagaian hidupan dengan keunikan tersendiri.






.

26 comments:

  1. Sarang burung merbah tu
    Rasanya telur burung tu dah dimakan pemangsa
    sebab ia memerlukan beberapa minggu untuk mengeram dan beberapa minggu lagi untuk anak burung membesar sehingga boleh terbang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesiannya ibu burung kalau betul telurnya dah dimakan pemangsa.

      Terima kasih info Wak 🙏

      Delete
    2. Sedih pula baca komen ni tapi itulah putaran kehidupan. Takpelah Merbah, usaha lagi..

      Delete
  2. Beruntung nya sis masih bisa ketemu burung dalam sarangnya, dan sempat foto, hasil fotonya jernih, sayang sekali kalau ternyata sarang burung sudah kosong telurnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya..sayang sekali saya tak berpeluang lihat si anak burung :(

      Delete
  3. Moga anak2 burung dapat hidup membesar, tidak diganggu telurnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau menurut komen Wak, nampaknya telur dah dimakan pemangsa :(

      Delete
  4. Bestnya Ujie, dapat tengok burung, banyak pokok-pokok pula dekat rumah.
    Alamak, kesian pula baca komen Wak kat atas. Begitulah lumrah alam, ye.
    Pandai Ujie ambil gambar. Saya pun selalu cuba ambil gambar burung. Saya baru melangkah setapak lebih dekat, burung dah terbang. Hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak pokok keliling rumah, jadi banyak burung bermacam jenis.

      Hehe…sama je kita Nur, saya pun bukan sentiasa dapat ambil gambar burung. Kalau jumpa burung jenis pemalu, memang dapat tengok dengan mata jelah. Cepat je dia terbang menghilang.

      Delete
  5. Harap-harap ibu burung dan anaknya pindah ke tempat selamat.
    Nampak tinggi juga pokok limau jasturi.

    P.S: Pokok limau kasturi saya sudah kena tebang sebab menghalang laluan ke dapur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh iya jugak kan…mana tau dah menetas dan berpindah ke tempat lebih selamat. Moga masih selamatlah burung-burung tu.

      Mesti sedihkan pokok ditebang. Nak tanam lain dan tunggu besar pun ambil masa.

      Delete
  6. Wah! Orang kata rezeki ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe…Alhamdulillah memang rezeki dapat tengok sarang burung dan telurnya yang comel.

      Delete
  7. Unik burungnya. Kalau nak tahu nama burung ni boleh google lens. Bila google lens nama burung ni Camiguin Bulbul. Spesis burung songbird (burung pengicau). Dalam bahasa melayu burung merbah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya saya buat begitu. Tapi kali ni hasil cariannya tak dapat sama pulak dengan gambar burung yang saya ambil.

      Terima kasih infonya 🙏

      Delete
    2. Ada banyak jenis burung merbah ni Ujie. Gambar paling seiras ialah Camiguin ni.

      Delete
    3. Ok saya dah buat carian semula, betullah...yang paling seiras Camiguin 😀

      Delete
  8. bila boleh terbang mesti dia keluar sarang kak... pandai dia bersarang kat pokok limau ada duri yang melindungi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah…ingat kot dah terbang. Tapi merujuk komen Wak, nampaknya belum cukup masa untuk anak burung pandai terbang.

      Delete
  9. Bestnya!
    Agaknya burung pun tahu PU pencinta alam, itu yang tumpang bertelur di pokok tu 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😄 ini pun sebenarnya ada lagi satu sarang burung menumpang di bahagian siling porch. Tinggi. Burung layang-layang. Puas laa halau tak bagi buat sarang, tengok-tengok kita balik dari Kuching dah siap elok sarangnya.

      Delete
  10. Baguuuuus sangat hasil foto kak ujie 😍😍. Induk burung terlihat jelas . Semogalah dia menemukan sarang lain yg lebih aman.

    Senang hati kalo bisa mendengar suara burung seperti ini dj sekitar kita. Macam syahdu sangat.

    Saya sendiri tak tinggal di kawasan yg banyak pepohonan. Tapi tetangga saya memelihara burung, yg tiap hari berkicau. Nasib baik kicauannya merdu 😄😄

    ReplyDelete
  11. Seronoknya...dapat melihat berbagai jenis burung..Subhanallah, pokok berduri pun depa boleh buat sarang..

    ReplyDelete
  12. rumah ldy xde pokok besar... huhuhu... xbolehlah burung tumpang bersarang..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****