Minggu lepas, tempat kerja Encik Suami mengadakan jamuan hari raya. Banyak juga lebihan makanan yang dibawa balik, antaranya kuih pulut sambal iaitu sejenis makanan tradisi Perlis.
Pulut sambal, kuih apa tu? Kalau kuih pulut inti (pulut dengan serunding kelapa manis yang dibungkus seperti bungkusan nasi lemak), saya pernah makan dan kurang gemar kerana rasa serunding kelapa yang manis.
Kuih pulut sambal dibungkus dengan daun pisang berbentuk seakan piramid.
Beginilah rupa kuih pulut sambal dalam bungkusan daun pisang.
Pulut dengan serunding ikan. Awal tadi saya bayangkan ada sambal tumis warna merah sebab namanya ‘pulut sambal’. Rupanya sambal merujuk kepada serunding ikan. Tetapi bukanlah serunding ikan jenis kasar kering tu tau, ni serunding ikan jenis halus dan lembab dengan rasa yang menambat selera. Tak cukup makan satu bungkus, saya buka bungkusan kedua pula. Sekali cuba, terus saya suka!
Alhamdulillah dapat saya merasa sejenis lagi makanan tradisi di sini. Carian info mendapati kuih pulut sambal ini juga merupakan makanan tradisi di negeri Kedah.
.
Comel pulut sambalnya. Memang sedap tu pulut makan dengan serondeng ikan.
ReplyDeleteAlamak! Dapnya!
ReplyDeletekalau sambal kelapa digantikan dengan serunding... mungkin lebih sedap kot kan...
ReplyDeletesy suka pulut sambal yg dalam daun mcm ni... aromanya sedap... tp kat sini sambalnya kelapa kering dgn udang kering, ada jugak pedas ada yg x... jaranglah jumpa sambal dr serunding manis mcm di sana
ReplyDeleteApa saja asalkan pulut, memang saya pun suka :D
ReplyDeletetk pernah mkn lg kuih pulut sambal...oh serunding ikan...mcm klate la panggil sambal daging ikutkan serunding daging la kalau org luar panggil
ReplyDeleteNampak sedap tu Kak Ujie.
ReplyDeleteSedap, sedap! Saya pernah makan. Alamak, rindunya, lama tak jumpa pulut sambal.
ReplyDeletesama!!!! baca tadi pulut sambal, dah terbyg sambal ikan bilis hehehe rupa nya serunding ye
ReplyDeleteeh yela Ana pun membygkan sambal merah hehehe
ReplyDeleteSedap ni. Saya suka. Dulu pun fikir sambal tumis, rupanya bukan. Makan satu tak cukup ni. hihi...
ReplyDeletesetiap negeri ada kuih pulut masing-masing.. sedapnyaaa
ReplyDeletesukaa..pulut makan dgn lauk pedas..
ReplyDeleteItulah tengok tahun bayangkan sambal warna merah.
ReplyDeleteUntung dapat cuba rasa bagaimana.
Serundeng kelapa yg dimakan dengan pulut, di sini juga ada, tp biasa tak dibungkus daun. Saya pun kurang suka Krn maniiis. Tp Krn biasanya makanan itu dipakai utk acara syukuran, mau tak mau kena makan, tp sedikiiit saja.
ReplyDeleteNaah kalau isinya gurih Krn pakai serundeng ikan, mungkin saya suka
nampak sedap!
ReplyDeletekat sini mmg x jumpa laa pulut sambal ni
kalau pulut inti tu ya ;-)