Monday, 31 July 2023

Riadah Pagi Ahad di Empangan Mengkuang, Bukit Mertajam

Pagi ini (sewaktu saya mula menulis entri ini), hujan turun membasahi bumi Pulau Pinang. Suasana sejuk dan nyaman dengan suhu 25℃. Alhamdulillah.

Pagi semalam (Ahad, 30 Julai 2023), cuaca sesuai untuk aktiviti rekreasi. Kalau ikutkan hati saya yang merindui suasana hutan, memang nak ke Bukit Juru (antara lokasi pendakian yang agak dekat dengan rumah). Tapi kenangkan Encik Suami yang dah beberapa hari balik lewat dek tuntutan kerja di pejabat dan nak bekerja di luar kawasan pada hari ini, maka kita pilih saja aktiviti yang lebih santai. Tak terlalu penat, tapi masih mencapai tujuan - bersenam dan menikmati keindahan alam.

Kami ke kawasan rekreasi di Empangan Mengkuang, Bukit Mertajam. Dah beberapa entri saya catatkan berkenaan tempat ini, jadinya kali ni saya sekadar berkongsi foto alam dan foto kenangan.

Kiri tasik empangan, kanan laluan atau kawasan untuk rekreasi. Oleh kerana tempat ini tak ada pokok peneduh, memang terasa panas kalau kita datang lewat.

Kami datang hampir pukul 9 pagi, kira lewatlah. Orang ramai dah mula meninggalkan kawasan ini. Sisi bagusnya - suasana lebih tenang, lebih mudah bagi saya menikmati indah alam dan memotret foto hidupan alam yang ada.

Memerhati riak air dipermukaan tasik yang bergerak perlahan di sini menjadi satu terapi mata dan jiwa buat saya.

Paling teruja, bila pandangan mata dapat menangkap gerakan ikan di gigi air. Sebelum ni saya cuma nampak ikan berwarna kemerahan, kali ini nampak ikan berwarna hitam dengan corak seakan berbintik di badannya. Entah ikan apa kami tak kenal, Encik Suami kata mungkin juga ikan toman iaitu spesis ikan berbadan panjang yang biasa dijumpai di perairan air tawar.

Kumbang dengan sayap cantik ini pun jadi ‘sasaran’ saya. Tak mudah jugak nak memotret kumbang yang asyik terbang bila didekati, tapi saya pujuk suruh duduk diam sekejap je untuk berfoto. Maka, inilah hasilnya 😄

Rama-rama cantik dengan sayap warna biru ini pula saya temui sewaktu ia sedang terbang. Saya minta dia berhenti sekejap supaya saya boleh memotret fotonya. Terima kasih sudi berfoto ☺️

Fotografi bayang-bayang, bukti cuaca panas terik di sini. Kami pakai topi fabrik anti-UV sebagai pelindung cahaya matahari yang dibeli di Decathlon. Alhamdulillah memang membantu, kepala tak rasa terik matahari.



Rekod aktiviti riadah saya - bukan joging, cuma berjalan. Kadang jalan laju, kadang jalan santai dan kadang berhenti memerhati/memotret itu ini. Tak mampu habiskan laluan hujung kanan ke hujung kiri tasik, dapat 5 km gini pun dah cukup penat kaki tapi puas hati. Alhamdulillah!






.

36 comments:

  1. cantiknya view. seronok dpt jln2 riadah
    kl smlm jga cuava redup sepanjang hari
    pg ni jga

    ReplyDelete
  2. Sy syak, Ujia ada kebolehan bercakap dgn serangga. Tu yg dorg stop bagi Ujia potret diri mereka, hahahha. Cantiknya pemandangan.. pukul 9 la gambar jadi lawa pasal matahari dah terang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya betul laa serangga tu boleh paham cakap saya, senang nak foto-foto 😂

      Betul jugak ek, gambar kurang cantik kalau cuaca redup.

      Delete
  3. subhanallah..cantik tempat riadah nya.. pic pun nice captured..
    weekend ni MA x gi brisk walk pun....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa MA, saya ni pun sebulan sekali atau berbulan sekali baru buat aktiviti riadah 🤭

      Delete
  4. Subhanallah! Cantiknya pemandangan kat empangan ni, Kak Ujie 😍 Jernih airnya sampai boleh nampak ikan berenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, jernih. Pada hal jauh jugak akak nak pandang bawah tu…Alhamdulillah boleh jugak nampak.

      Delete
  5. cantiknyaaaa tempat ni....

    harap ada rezeki dg penang bln depan dan dapat singgah sini walaupun sekejapppp je ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah…moga ada rezeki Anies singgah sini.

      Delete
  6. cantiknya kak, cuma itulah kalau datang bukan awal pagi terik sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau la bila kami nak rajin datang pukul 7 macam orang lain 😄

      Delete
  7. Replies
    1. Dah panas terik kan, sesuai sangat ambik gambar bayang-bayang 😄

      Delete
  8. Selamat beriadah
    Lain kali bawalah pancing boleh tangkap ikan toman tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawasan larangan memancing, CCTV memerhati 😅

      Delete
  9. Cantik nyaaa....air berwarna biru dan tenang, langit cerah,warna kupu-kupu pun indah bangeet

    ReplyDelete
  10. Cantik² fotonya, dari ikan hinggalah ke rama²...tak terkecuali photo empunya diri :)
    Sekejap pun takpe, janji keluar peluhkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PH 😊
      Iya…tapi ni pun dah terasa lama sebab berjemur bawah matahari, berpeluh-peluh 😅

      Delete
  11. Cantik mcm dekat oversea dh tgk nyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh letak caption acah-acah kat oversea la ni ya? 😃

      Delete
    2. Serius boleh amik satu gambar paling win letak caption tak nak kalah.. mana ada org tahu hahahaha..

      Delete
  12. Cantiknya gambar!! Biru je mata memandang gambar 1 dan 2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki datang waktu panas, langit cerah biru.

      Delete
  13. Teruja tengok gambar2 kat sini. Cantik sangat terutama gambar ikan dan rama-rama.

    ReplyDelete
  14. Nak cari la topi tu kt Decathlon. Panas la skg ni kan.. hehe . nice photo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari la Zhi, ada beberapa jenis topi anti-UV dijual. Berbaloi beli.

      Delete
  15. cantik empangan...sejuk mata memandang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan…cahaya matahari buat tasik nampak lebih cantik.

      Delete
  16. Cantiknya kawasan empangan ni. Gambar kak Ujie pun cantik cantik semuanya. Terpaku tengok gambarnya pun. Ni kira brisk walk lah kan. Jalan jalan pun boleh keluarkan peluh dan healing sekali.

    ReplyDelete
  17. Sekejap berjalanpun mesti peluh mengalir laju.
    Hari ini sini terik betul.

    ReplyDelete
  18. Masyaa Allah cantiknya view...siap nampak ikan tu..macam toman..

    ReplyDelete
  19. Awal Juli lalu saya ke Penang, sebenernya ada plan nak ke bukit mertajam. Tapi ternyata tak cukup lagi waktu, padahal dah seminggu di sana 😄. Itu daerah Penang yg sampai skr blm pernah saya datangin. Sukaaa liat foto air dan ikannya yg terlihat kak. Nampaknya sejuk ❤️

    ReplyDelete
  20. Cantik sungguh tempat ni. Pandai Ujie pujuk kumbang dan rama-rama untuk bergambar. :)
    Kalau tak sempat habis ke hujung pun, dah lebih 5 km, kalau sampai ke hujung, berapa km la agaknya yek. Luas juga.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****