Pagi ini (sewaktu saya mula menulis entri ini), hujan turun membasahi bumi Pulau Pinang. Suasana sejuk dan nyaman dengan suhu 25℃. Alhamdulillah.
Pagi semalam (Ahad, 30 Julai 2023), cuaca sesuai untuk aktiviti rekreasi. Kalau ikutkan hati saya yang merindui suasana hutan, memang nak ke Bukit Juru (antara lokasi pendakian yang agak dekat dengan rumah). Tapi kenangkan Encik Suami yang dah beberapa hari balik lewat dek tuntutan kerja di pejabat dan nak bekerja di luar kawasan pada hari ini, maka kita pilih saja aktiviti yang lebih santai. Tak terlalu penat, tapi masih mencapai tujuan - bersenam dan menikmati keindahan alam.
Kami ke kawasan rekreasi di Empangan Mengkuang, Bukit Mertajam. Dah beberapa entri saya catatkan berkenaan tempat ini, jadinya kali ni saya sekadar berkongsi foto alam dan foto kenangan.
Kiri tasik empangan, kanan laluan atau kawasan untuk rekreasi. Oleh kerana tempat ini tak ada pokok peneduh, memang terasa panas kalau kita datang lewat.
Kami datang hampir pukul 9 pagi, kira lewatlah. Orang ramai dah mula meninggalkan kawasan ini. Sisi bagusnya - suasana lebih tenang, lebih mudah bagi saya menikmati indah alam dan memotret foto hidupan alam yang ada.
Memerhati riak air dipermukaan tasik yang bergerak perlahan di sini menjadi satu terapi mata dan jiwa buat saya.
Paling teruja, bila pandangan mata dapat menangkap gerakan ikan di gigi air. Sebelum ni saya cuma nampak ikan berwarna kemerahan, kali ini nampak ikan berwarna hitam dengan corak seakan berbintik di badannya. Entah ikan apa kami tak kenal, Encik Suami kata mungkin juga ikan toman iaitu spesis ikan berbadan panjang yang biasa dijumpai di perairan air tawar.
Kumbang dengan sayap cantik ini pun jadi ‘sasaran’ saya. Tak mudah jugak nak memotret kumbang yang asyik terbang bila didekati, tapi saya pujuk suruh duduk diam sekejap je untuk berfoto. Maka, inilah hasilnya 😄
Rama-rama cantik dengan sayap warna biru ini pula saya temui sewaktu ia sedang terbang. Saya minta dia berhenti sekejap supaya saya boleh memotret fotonya. Terima kasih sudi berfoto ☺️
Fotografi bayang-bayang, bukti cuaca panas terik di sini. Kami pakai topi fabrik anti-UV sebagai pelindung cahaya matahari yang dibeli di Decathlon. Alhamdulillah memang membantu, kepala tak rasa terik matahari.
Rekod aktiviti riadah saya - bukan joging, cuma berjalan. Kadang jalan laju, kadang jalan santai dan kadang berhenti memerhati/memotret itu ini. Tak mampu habiskan laluan hujung kanan ke hujung kiri tasik, dapat 5 km gini pun dah cukup penat kaki tapi puas hati. Alhamdulillah!
.
cantiknya view. seronok dpt jln2 riadah
ReplyDeletekl smlm jga cuava redup sepanjang hari
pg ni jga
Tempat cantik, itu yang semangat 😀
DeleteSy syak, Ujia ada kebolehan bercakap dgn serangga. Tu yg dorg stop bagi Ujia potret diri mereka, hahahha. Cantiknya pemandangan.. pukul 9 la gambar jadi lawa pasal matahari dah terang.
ReplyDeleteHarapnya betul laa serangga tu boleh paham cakap saya, senang nak foto-foto 😂
DeleteBetul jugak ek, gambar kurang cantik kalau cuaca redup.
subhanallah..cantik tempat riadah nya.. pic pun nice captured..
ReplyDeleteweekend ni MA x gi brisk walk pun....
Alaa MA, saya ni pun sebulan sekali atau berbulan sekali baru buat aktiviti riadah 🤭
DeleteSubhanallah! Cantiknya pemandangan kat empangan ni, Kak Ujie 😍 Jernih airnya sampai boleh nampak ikan berenang.
ReplyDeleteIya, jernih. Pada hal jauh jugak akak nak pandang bawah tu…Alhamdulillah boleh jugak nampak.
Deletecantiknyaaaa tempat ni....
ReplyDeleteharap ada rezeki dg penang bln depan dan dapat singgah sini walaupun sekejapppp je ;-)
InsyaAllah…moga ada rezeki Anies singgah sini.
Deletecantiknya kak, cuma itulah kalau datang bukan awal pagi terik sungguh
ReplyDeleteTak tau la bila kami nak rajin datang pukul 7 macam orang lain 😄
Deletefoto bayang2 tu best!
ReplyDeleteDah panas terik kan, sesuai sangat ambik gambar bayang-bayang 😄
DeleteSelamat beriadah
ReplyDeleteLain kali bawalah pancing boleh tangkap ikan toman tu
Kawasan larangan memancing, CCTV memerhati 😅
DeleteCantik nyaaa....air berwarna biru dan tenang, langit cerah,warna kupu-kupu pun indah bangeet
ReplyDeleteAlhamdulillah indah alam.
DeleteCantik² fotonya, dari ikan hinggalah ke rama²...tak terkecuali photo empunya diri :)
ReplyDeleteSekejap pun takpe, janji keluar peluhkan?
Terima kasih PH 😊
DeleteIya…tapi ni pun dah terasa lama sebab berjemur bawah matahari, berpeluh-peluh 😅
Cantik mcm dekat oversea dh tgk nyer..
ReplyDeleteBoleh letak caption acah-acah kat oversea la ni ya? 😃
DeleteSerius boleh amik satu gambar paling win letak caption tak nak kalah.. mana ada org tahu hahahaha..
DeleteCantiknya gambar!! Biru je mata memandang gambar 1 dan 2 tu
ReplyDeleteRezeki datang waktu panas, langit cerah biru.
DeleteTeruja tengok gambar2 kat sini. Cantik sangat terutama gambar ikan dan rama-rama.
ReplyDeleteAlhamdulillah!
DeleteNak cari la topi tu kt Decathlon. Panas la skg ni kan.. hehe . nice photo.
ReplyDeleteCari la Zhi, ada beberapa jenis topi anti-UV dijual. Berbaloi beli.
Deletecantik empangan...sejuk mata memandang...
ReplyDeleteKan…cahaya matahari buat tasik nampak lebih cantik.
DeleteCantiknya kawasan empangan ni. Gambar kak Ujie pun cantik cantik semuanya. Terpaku tengok gambarnya pun. Ni kira brisk walk lah kan. Jalan jalan pun boleh keluarkan peluh dan healing sekali.
ReplyDeleteSekejap berjalanpun mesti peluh mengalir laju.
ReplyDeleteHari ini sini terik betul.
Masyaa Allah cantiknya view...siap nampak ikan tu..macam toman..
ReplyDeleteAwal Juli lalu saya ke Penang, sebenernya ada plan nak ke bukit mertajam. Tapi ternyata tak cukup lagi waktu, padahal dah seminggu di sana 😄. Itu daerah Penang yg sampai skr blm pernah saya datangin. Sukaaa liat foto air dan ikannya yg terlihat kak. Nampaknya sejuk ❤️
ReplyDeleteCantik sungguh tempat ni. Pandai Ujie pujuk kumbang dan rama-rama untuk bergambar. :)
ReplyDeleteKalau tak sempat habis ke hujung pun, dah lebih 5 km, kalau sampai ke hujung, berapa km la agaknya yek. Luas juga.