Monday, 19 April 2021

Mangga Harumanis Perlis

Beberapa hari lalu suami saya ada urusan di Perlis, baliknya membawa sekotak buah mangga Harumanis. Sebelum tu suami dah hubungi adiknya yang menetap di sana berkenaan stok Harumanis. Alhamdulillah dapatlah Harumanis secara terus dari ladang kepunyaan kawan adik.

[info] Buah mangga Harumanis atau nama saintifiknya ‘Mangifera indica Linn’ adalah sejenis buah bermusim yang sangat sinonim dengan Perlis. Musim buah Harumanis adalah sekitar bulan April hingga Jun. Faktor yang menyebabkan Harumanis sesuai ditanam di Perlis kerana kesuburan tanahnya dan faktor cuaca panas yang sangat baik bagi proses pertumbuhan serta penghasilan buah berkualiti.

Satu kotak begini diisi dengan 3 kg buah mangga Harumanis. Harga dari ladang untuk 3 kg ni RM75. Jadinya RM25/kg. Tapi suami tak keluar duit pun, adiknya nak belanja. Hehe. Alhamdulillah...moga murah rezeki adik belanja kami makan mangga istimewa ni.

Untuk 3 kg ni kami dapat 8 biji buah mangga Harumanis. Dalam gambar ni ada 6 biji je, lagi 2 biji tak sempat join bergambar dah makan masa bersahur.

Rupa buah mangga Harumanis Perlis. Ciri-ciri Harumanis - bahagian bawahnya lekuk berbanding buah mangga lain yang berbentuk bujur. Harumanis yang dah masak berwarna kekuningan dan berbau harum.

Sesuai dengan namanya - Harumanis, buah mangga jenis ni berbau harum dan rasanya lemak manis. Isinya tak berair, tebal dan berserat halus.

Saya tengok di Facebook dah ramai penjual letak iklan menjual Harumanis ni secara pos. Harga pelbagai. Kalau nak membeli, carilah penjual yang boleh dipercayai dan menawarkan harga yang bersesuaian ya. 


11 comments:

  1. Alhamdulillah. Rezeki Allah.
    Sedapkan mangga harum manis!

    ReplyDelete
  2. kat sini ramai yang jual 3kg rm100, ada yang 3kg rm140.... dana memang tak beli lah kak, terasa mahal nya pulak
    Lagilah pernah beli dengan kawan 3kg rm100, lepas tu dapat buah yang masam pulak... masa kat johor pernah la dapat makan kawan jual sekotar rm70, isi manis dan lembut memang sedap tapi itulah, sesekali kot teringin bolehla beli
    sekarang dana beli je mangga siam murah-murah hehehhe...

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak makan harumanis perlis.
    Alhamdulillah, rezeki Ujie.

    ReplyDelete
  4. Kalau saya menang pulun makan harumanis. Tahun lepas puas makan.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah rasa lagi Harumanis.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya mangga harumanis dari perlis. Lagi sedap dapat yang orginal dari sana. Jarang dapat makan sebab susah nak dapat. Nak pos macam kurang yakin pulak.
    Alhamdulillah rezeki sangat tu sambil ada urusan kerja, bawa balik harumanis :)

    ReplyDelete
  7. Sedap mkn dgn pulut atau begitu saja. Nasih tgh pantang tak boleh makan lg

    ReplyDelete
  8. uihhh,ni husben tgk mau pi cari ni..hehe gemar sungguh dia..

    ReplyDelete
  9. ni kalau nak p makan ni, kena order berbulan huhuhu

    ReplyDelete
  10. mmg fav ni mangga harum manis perlis..MIL beli juga aritu

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****