Judul : SURAT-SURAT DARI MANINJAU
Penulis : Hafizul Faiz
Penerbit : Jejak Tarbiah
Tahun terbit : 2018 (cetakan pertama edisi kemaskini)
Jumlah muka surat : 178
Harga : RM25
Surat-surat Dari Maninjau merupakan sebuah novel yang ditulis dalam bentuk surat-surat yang diutus oleh Qhuzeil kepada Asyfa dan Natrah. Asyfa, gadis pencinta sejarah yang telah menambat cinta Qhuzeil. Manakala Natrah, juga gadis pencinta sejarah yang ditemuinya sewaktu berada di Padang, Indonesia.
Surat-surat yang diutus Qhuzeil bukanlah surat biasa. Tetapi surat yang sarat dengan fakta sejarah dan perasaan. Saya kagum dengan penulis kerana mampu menghasilkan novel begini. Pembaca dibentangkan dengan bahan ilmiah dan dalam masa sama terbuai dengan susunan kata-kata indah Qhuzeil dalam menggambarkan rasa hatinya.
Bagi diri saya, ada sedikit kesukaran untuk menghadam fakta sejarah dalam bentuk sebegini. Maka, seringkali saya perlu membaca berulang kali satu-satu ayat bagi memahami kisah Qhuzeil dan menghadam fakta sejarah.
Sewaktu membaca naskhah ini juga, saya menyedari yang selama ini saya cuma berminat dengan sejarah dan bukanlah pencinta sejarah. Ada beza di situ. Seorang pencinta sejarah akan terus-terusan mengkaji sejarah dari pelbagai sumber, seperti yang dilakukan oleh Qhuzeil, Asyfa dan Natrah. Mereka orang-orang yang ghairah terhadap ilmu sejarah. Saya kagum dengan ketiga-tiga watak ini.
Seperti yang saya nyatakan tadi, novel ini menggunakan susunan kata-kata yang indah. Bahasa sastera. Banyak perkataan yang saya tak pernah tahu apa lagi memahaminya. Contohnya : sitir, rimpuh, jihat. Saya perlu buat carian di laman PRPM (Pusat Rujukan Persuratan Melayu) untuk lebih menikmati buku ini. Nampaknya novel ni bukan saja sesuai untuk peminat sejarah, tetapi sesuai juga untuk peminat sastera. Tarian bahasa yang indah, menjadikan pembacaan terasa nyaman.
Seperkara lagi, penulis turut menyebut banyak judul buku di dalam penceritaannya. Antaranya - Dari Perbendaharaan Lama, Cinta Hari-hari Rusuhan, Sukma Angin dan Bahr al-Lahut. Nampaknya penulis memang seorang yang menguasai pembacaan bahan sejarah dan sastera.
Sedikit petikan novel :
1. Dia memberikan saya jarum, meminta saya menjahit kata dengan lerai luhur dan menyimpul kata dengan pintal jujur. Dia menyuruh saya menjalin cerita dalam lembar bahagia, lalu menghamparnya pada sejarah dan memulangkannya kepada manusia.
2. Saya temui kisah cinta yang diidami. Cinta yang tidak berpaksi cincin dan anting, tetapi ikatan sejarah dan pertunangan tamadun. Cinta yang saya temui bukan ketika saya lihat wajahnya hari ini, tetapi saya temuinya beberapa kurun yang lalu ketika dia sedang sarat merakam detik cemas peredaran waktu. Saya mahu bercinta di tingkat tiga bangunan Arkib Negara, bersama sehelai peta lama berbahasa sanskrit dan beberapa surat daripada Kartini dan Sultan Johor. Saya ingin meminanginya dengan sekotak kesimpulan daripada babak teori yang ditempuhi selama ini. Dan mengahwininya dengan hantaran sebuah tesis membenarkan Melayu sebagai tamadun yang dilupakan.
Surat-surat Dari Maninjau - kisah keghairahan orang muda menggali ilmu, juga kisah cinta yang tidak berbalas. Naskhah yang sesuai untuk mereka yang cintakan sejarah dan cintakan keindahan berbahasa.
teringat pd novel Faisal Tehrani - Surat-Surat Perempuan Johor..genre yg sama - dlm bentuk surat & tentang sejarah jg..sejarah Johor..
ReplyDeleteCinta Hari-Hari Rusuhan tu karya Faisal Tehrani, ada beli buku novel ni, tak habis baca lg..huhu..
penceritaan sejarah dlm bentuk surat..gaya bahasa yg menarik..teringat Tasik Maninjau kt Bukit Tinggi..
Pernah ada beberapa buku FT, tapi tak kena selera. Tak mampu habis baca. Jadinya tak berani beli Surat-surat Perempuan Johor dan Cinta Hari-hari Rusuhan tu.
DeleteWah..seronok Nohas dah sampai sana. Dlm novel ni, memang hampir kesemua surat di tulis sewaktu Qhuzeil ada kat danau Maninjau tu.
novel2 FT yg lama2..ok, seronok baca..mcm Cinta Hari-Hari Rusuhan, berkisar sejarah Malaysia & dunia..semalam start baca balik..hehe..
Deletemenarik utk dimiliki novel ni..teringin jg nk baca Surat-Surat Perempuan Johor..sejarah Johor & hubungan dgn Empayar Othmaniah Turki..
Bolehla nanti nohas buat entri pasal Cinta Hari-Hari Rusuhan tu..hehe
DeleteInshaaAllah...
DeleteRasanya kena baca dengan teliti untuk faham.
ReplyDeleteBahasa² tinggi penulis gunakan.. Puitis
ReplyDeleteAh.. buku yang sangat memikat.. Membuat pembaca larut dalam arus sejarah..
ReplyDeletetingi sungguh bahasanye.. deep
ReplyDeleteKagum dengan penulis yang menggunakan bahasa indah ni. Kertas dia macam kertas buku lama ye kak? saya suka buku jenis kertas lama :)
ReplyDeleteHa ah Fiza..macam kuning sikit.
DeleteOh ye? suka dengan kertas buku macam tu :)
Deleterindu gila nak baca novel.. now mcm more into movie sbb tadak masa nak focus.. hari tu last baca monotrika... dpt hadiah GA :)
ReplyDelete