Bila dah sampai di Terengganu, agak rugi kalau tak merasa makanan tempatan. Nasi Kerabu kami dah makan di Fauzi Nasi Kerabu, keropok lekor awal perjalanan dah makan di Keropok Lekor 008 Kelulut. Tinggal Nasi Dagang je masih belum merasa.
Hari terakhir di Kuala Terengganu, kami keluar awal pagi untuk mencari kedai menjual Nasi Dagang. Sebenarnya kena keluar awal sebab suami nak mula berkursus jam 9 pagi. Singgah di satu gerai tepi jalan, tapi katanya tak jual Nasi Dagang. Akhirnya saya buat carian di internet untuk cari kedai Nasi Dagang yang berhampiran lokasi kami. Hasil carian membawa kami ke kedai Nasi Dagang Atas Tol 3 (Cawangan Losong).
Konsep layan diri. Makanan ambil di sini, minuman order di kaunter minuman. Masa kami sampai tadi - tempat parkir masih lapang, kedai belum ramai orang dan tak perlu beratur pun. Terus je ambil makanan.
Gambar di atas saya ambil semasa kami sudah mula makan, kiranya sekejap je kedai dah penuh dan perlu beratur panjang. Yang datang pun pelbagai bangsa, mesti sedap sampai semua orang pun suka makan di sini.
Rupa hidangan Nasi Dagang yang menyelerakan! Nasinya cukup lembut, potongan ikan yang cukup puas makan dan sedap, serta kuah yang sedap. Pendek kata...Nasi Dagang di sini memenuhi selera kami dan mungkin ni paling sedap pernah saya makan. Tetiba terus jadi peminat Nasi Dagang pulak aihh! Haha...
Tea Peng Ombak Rindu pun sedap! Tapi ambil masa lama sikit untuk buatnya. Memang siap notis bagitau pasal ni, tidaklah kita rasa geram kenapa lama order tak sampai sampai jugak.
Harga makanan di sini pun sangat berpatutan. Cuma kali ni saya lupa nak rekodkan harga secara tepat, jadinya tak dapat tulis di sini. Untuk info, kedai Nasi Dagang Atas Tol ni ada 4 cawangan :
- cawangan 1 - Kg Atas Tol
- cawangan 2 - Padang Negara
- cawangan 3 - Losong
- cawangan 4 - Gong Badak
Nampaknya lepas ni kalau ada lagi rezeki datang ke Kuala Terengganu, Nasi Dagang Atas Tol wajib masuk dalam senarai JJCM kami. Cawangan pun banyak, mudahlah pilih ikut lokasi penginapan kita. Ok, sampai sini je catatan ke Kuala Terengganu.
-------------------------------------------------------------------------
NASI DAGANG ATAS TOL 3 (CAWANGAN LOSONG)
Lokasi : Jalan Hiliran, Kuala Terengganu (di bawah jambatan Kg Hiliran)
<<< Klik Google Maps DI SINI >>>
Waktu Operasi : 6.30 pagi - 10.30 pagi
(Tutup : Isnin & Selasa)
memang femes kan Ujie, tapi nasi dagang atau nasi kerabu Ganu memang sedap original gitu. Kak ana pernah makan kat gerai di Cherating jalan nak ke Kemaman tu sedap ya amat :)
ReplyDeletesblm ni tak tau pun femes..sebab jarang sangat ke Tganu.
Deletebaru2 ni je tau femes, tapi ingat jauh dari hotel. Rupanya ada byk cawangan. senang ler..hihi
Lama dah tak makan nasi dagang . sini susah sikit nak dapat.. favourite ni sedapnya lah hai..
ReplyDeleteYelah kan..kat Sabah mesti susah jumpa. huhu
Deletenasi dagang atas tol ni kan dah terkenal merata2 kak, sebab kesedapan dan cara nya yang original gitu.
ReplyDeletekehkeh..akak baru nak berkenalan!
DeleteBlik ganu baru2 ni.. xsempat nk singgah tmpat akak suggest.. hehe.. sbb blik pn mengejut pak mertua meniggal..skejap sgt.tp sempat lah singah pasar payang..mmg da kemas kak ujie..tp masa pergi haritu crowded..
ReplyDeleteInna lillah wa inna ilayhi rojiun..takziah ummi dan suami.
DeletePsr Payang..dah kemas dan kurang rasa lemas..hehe
Memang sedap nasi dagang atas tol ni. Pernah makan. Simpan sampai ptg pun x basi
ReplyDeleteah terus rasa rindu nya nasi dagang terengganu sana nuuu. haha
ReplyDeleteSama lah. Terus nak buat trip ke sana nih.. ada sesiapa yang ada contact number bole la kongsi disini ye.
Delete