Tuesday, 18 September 2018

Jom Ke BETONG, Thailand!

10.09.2018 | Isnin
Dulu saya pernah ke Betong, Sarawak, kini saya nak ke BETONG, THAILAND pulak. Inilah tujuan kedatangan saya ke Pengkalan Hulu (selain memang nak melihat-lihat daerah Hulu Perak).

Sebelum memulakan perjalanan ke Betong, kita sarapan dulu ya! Cuma berjalan kaki ke seberang jalan dari hotel. 
Keadaan cuaca yang agak sejuk (sedikit mendung & gerimis) dan suasana bandar Pengkalan Hulu yang tenang, memang rasa santai menikmati hidangan pagi ni. Hidangan begini cuma berharga RM5.50. Semuanya sedap! Alhamdulillah.


Ke Pintu Sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Berapit, Pengkalan Hulu, Perak

Perjalanan dari hotel ke Kompleks Imigresen Bukit Berapit cuma mengambil masa tak sampai 10 minit. Ada laluan motor, kereta dan bas. Tak perlu turun kereta, pandu lalu dan hulur je pasport kita.

Kemudian kita akan jumpa bangunan Kompleks Bebas Cukai di sebelah kiri jalan. Sesuai untuk yang suka shopping (ada coklat, pinggan mangkuk Corelle dan lain-lain). Kalau yang takde pasport pun boleh ke sini sebab masih dalam kawasan Malaysia, cuma hulur kad pengenalan masa lalu kat imigresen tadi. Ni gambar waktu pagi, belum bukak. 

Sebelah kanan jalan, kita akan nampak binaan ini - Memorial Tragedi Kroh/Betong. Tragedi Kroh/Betong 17 Jun 1968, di mana 16 Pahlawan anggota Pasukan Polis Hutan PDRM gugur demi mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas komunis.

Selepas melalui pemeriksaan polis (tunjuk geran kenderaan dan lesen memandu sebab kami bawa kereta ke Thailand) di pintu gerbang keluar Malaysia, kita akan jumpa batu tanda Malaya Thailand Border di sebelah kiri. Betul-betul hampir ke pintu gerbang masuk Thailand.

Welcome to Thailand! Inilah pintu gerbang Thailand. Berdebar jugak rasa, sebab ini kali pertama kami memandu di Thailand (lebih tepat, suami memandu dan saya duduk sebelah je..heheh). Berdua saja pulak tu. Ini juga kunjungan pertama saya ke Thailand menggunakan pasport. Sebelum ini saya cuma pernah masuk Wang Prachan, Satun dengan kemudahan pergerakan bebas tanpa dokumen perjalanan (kemudahan ini telah ditamatkan pada 1 April 2015).


...bersambung...






.

7 comments:

  1. baru saya tahu dekat Thailand pun ada tempat bernama Betong :D

    ReplyDelete
  2. oh baru tahu boleh juga masuk ke thailand melalui perak ye, tak pernah tahu pun sebelum ni..eh tak sabar pula nak baca sambungannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambungannya..melayan karenah imigresen thai yg asik mintak duit (tepuk dahi!).

      Delete
  3. Kalau bwk kereta sendiri ke sana, memang kena bwk geran ye? Ira baru tau blh masuk thailand dr perak. Hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Ira, geran asal atau salinan yang dah disahkan.

      Delete
  4. ni je ke laluan nak masuk Betong akak?

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****