Wednesday, 26 September 2018

BETONG, Thailand : Trip Singkat!

BETONG merupakan sebuah bandar di selatan Thailand, berhampiran sempadan Perak, Malaysia. Betong terletak di dalam wilayah Yala.

Jalan menuju ke bandar Betong, lengang je.  Baguslah...sesuai untuk kami yang pertama kali memandu di Thailand. Hehe…

Sekitar Bandar Betong
Tengok bangunan ni...ceria je cat warna-warni. 

Roundabout yang meriah! Sebab ada jam besar, siap pacak bendera-bendera, dan ada peti pos gergasi kat sudut tu. Perasan tak jam besar tu dekat pukul 5? Haha...sebab saya snap gambar ni waktu balik, petang. Masa waktu pagi lalu sini, tak dapat snap elok camni.

Sekitar pukul 10.50 pagi waktu Thai, masa ni tengah panas terik. Kalau kat Malaysia, pukul 11.50 pagi (Thai lewat 1 jam). Saya tertarik pada binaan pintu gerbang tu, nampak macam kubah masjid dan kubah kuil yang dibina sebagai simbolik agama anutan penduduk di sini (mungkin?).

Di tepi pintu gerbang tadi, ada satu lagi tong pos gergasi. Yang ni lebih gergasi berbanding di roundabout tadi tau. Biasanya pengunjung ke Betong akan bergambar di sini. Tapi kami malas nak turun, snap gambar dari dalam kereta jelah! 😄


Simkad dan Tukaran Wang
Ingatkan senang cari simkad, pergi beberapa kedai baru dapat! Ada yang jual, tapi tak terima duit Malaysia pulak. Jadinya kami buat keputusan untuk dapatkan duit Thai Baht (ikut plan asal memang tak tukar). Secara logiknya akan lebih murah sedikit bila kita bayar guna Thai Baht berbanding RM (eh..tak reti pulak nak terangkan dalam bentuk ayat elok!). Kami tukar 1,000 Baht. 

Kadar tukaran wang : 
100 Thai Baht = RM12.64

Untuk simkad, kami beli yang paling minima (sekadar untuk aktifkan GPS). Walaupun cuma sehari kat sini, tapi kalau sesat jadi buang masa pulak. Dari buang masa, baik buang duit beli simkad. Harganya cuma 100 Baht (jika nak bayar dalam RM, harganya RM15).


Mencari Makanan Halal
Perut dah rasa lapar, buat carian makanan halal dan GPS membawa kami ke kawasan belakang masjid Betong. Ada beberapa pilihan kedai makan di kanan dan kiri jalan. 

Pilih kedai ni sebab ada ciri-ciri kedai makan halal. Pengunjung ramai, sedap la kot! Masa ni cuaca dah bertukar, mendung dan hujan renyai.

Menu ni sebelah tulisan Thai, sebelah lagi Bahasa Melayu.
Bolehlah paham walaupun pelik-pelik ejaan dia 😆

Teh Ais yang sedap!!!
Tapi tunggu makanan punyalah lama! Air ni sampai dah tinggal separuh.

Alhamdulillah...sampailah hidangan kami. Memang lapar sangat dah ni! Tapi terkejut tengok saiz hidangan besar. Yang makan dua orang je. Memang tak mampu la nak habiskan. Rasa? Sedap la kat tekak kami. Harga semuanya RM36 atau 300 Baht (yang ni kami bayar guna RM).


Betong Central Mosque @ Masjid Jamek Al-Ahmadi
Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Biru, pastinya disebabkan warna masjid ini yang kebiruan. Selain masjid, terdapat juga bangunan Pusat Pengajian Al-Quran Jamek Al-Ahmadi. Semua nampak kemas dan dijaga baik (keadaan tandas sebagai tanda aras..hehe).  

Selain kita menumpang solat dan menggunakan tandas, elok juga kalau kita buat solat sunat tahiyatul masjid dan memberi sumbangan dalam tabung yang tersedia. 

----------------------------------------------------

...seterusnya, jom masuk terowong komunis!...






.

13 comments:

  1. wah wah ingatkan Hatyai je senang nak access. lepas ni Betong pun pack dengan Malaysian lew pulak. tengok gmbr2 kat Thai paling menarik tengok wire letrik depa. aiyooo beerselirat =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Border ke Betong agak susah sampai, tak mcm ke Hatyai.

      Ya, mmg berselirat serabut! haha..
      Rasanya sebab tu jalan raya sana elok takde bonggol benda 4 segi atas jln, sebab kabel sume letak atas.

      Delete
  2. menarik juga berkunjung ke betong ni ya, besar betul tong pos tu, betul tu tanda aras untuk kebersihan sesebuah tempat tentulah tandasnya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka betul derang dgn tong pos besar, sana sini ada. :D

      Delete
  3. teringin nak explore Thailand ni. takat pernah sampai Phuket je.. tapi panas nya ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa g Betong ni tgh hujan mendung, memang tak panas tapi pergerakan terbatas la pulak. hehe

      Delete
  4. Replies
    1. ya, masuk Betong Thai ikut pintu sempadan di Pengkalan Hulu, Perak.

      Delete
  5. best pula rasanya.makanan siam memang taste kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai siam berlambak kat tempat kita kan..hehe

      Delete
  6. Cantik la gambar2 yg akak snap..
    Bandar betong pun nampak bersih je..
    Penting juga ada gps ye, senang nk cari jalan dan kedai makan halal.
    Yala ni bukan ke wilayah yg bergolak dulu?
    Hehe..kalau x silap ira la..
    Selera pulak tgk gambar makanan tu.. 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Ira...gambar cantik sbb teknologi. :)

      Ha'ah..Yala wilayah bergolak suatu masa dulu. Dari bandar Betong nak ke Yala, masih ada sekatan di pos kawalan pihak berkuasa. Akak baca pengalaman org kita yang dah pegi, Yala selamat dikunjungi.

      Delete
  7. Better drive sendiri eh kak kalau nak masuk Betong ni

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****