Setelah beberapa lama (saya beli tahun lepas - 2015) menggunakan PHILIPS Pressure Cooker (PPC) ni, barulah sekarang berani nak tulis resepi/cara menggunakannya di blog. Itu pun setelah banyak menimba ilmu dengan geng grup PPC di Fb.
Tak macam periuk Noxxa, ramai orang kongsikan resepi/cara menggunakannya. PPC ni macam susah sikit jumpa, kecuali kita join grup di Fb. Tapi disebabkan tak mampu nak beli Noxxa, saya beli PPC ni jelah. Harga masa beli RM399, boleh dapat murah lagi jika kena tempat dan masanya.
Ok, berbalik kepada tujuan asal saya untuk kongsikan cara masak Sup Ekor ala Thai menggunakan PPC. Mudahlah jugak untuk saya nak buat rujukan semula kan..
==================
SUP EKOR ALA THAI
==================
Bahan-bahan :
1. Ekor lembu (sekitar 500gram)
2. Bawang besar - 2 biji (hiris halus)
3. Bawang putih - 1 ulas (hiris halus)
4. Halia sedikit (hiris halus)
5. Serai - 1 batang
6. Tomato (jika besar 1biji, potong 4. Saya guna 8 biji tomato ceri)
7. Beberapa helai daun limau purut
8. Cili padi - belah dua (saya letak 3 biji, nak pedas sila letak banyak lagi)
9. Jus lemon (saya guna 1/2biji, ikut resepi asal guna jus limau nipis).
10. Rempah tumis - 1 sudu besar (saya kisar perencah dalam sup bunjut).
11. Air secukupnya.
12. Garam secukupnya.
13. Sedikit minyak untuk menumis.
*resepi asal (menggunakan periuk biasa) saya ambil dari perkongsian rakan Fb, tetapi kemudiannya disesuaikan mengikut bahan yang ada di dapur dan selera tekak sendiri. Berikut adalah bahan-bahan dan cara yang saya gunakan untuk memasak menggunakan PPC :
1. Ekor lembu (sekitar 500gram)
2. Bawang besar - 2 biji (hiris halus)
3. Bawang putih - 1 ulas (hiris halus)
4. Halia sedikit (hiris halus)
5. Serai - 1 batang
6. Tomato (jika besar 1biji, potong 4. Saya guna 8 biji tomato ceri)
7. Beberapa helai daun limau purut
8. Cili padi - belah dua (saya letak 3 biji, nak pedas sila letak banyak lagi)
9. Jus lemon (saya guna 1/2biji, ikut resepi asal guna jus limau nipis).
10. Rempah tumis - 1 sudu besar (saya kisar perencah dalam sup bunjut).
11. Air secukupnya.
12. Garam secukupnya.
13. Sedikit minyak untuk menumis.
1) Bahan-bahan yang diperlukan.
2) Biarkan periuk tak bertutup, sebab kita nak menumis dulu.
On BAKE mode (saya guna Bake - Fish).
3) Masukkan sedikit minyak, dah panas tumiskan bawang besar dan serai. Bila bawang dah layu, masukkan rempah tumis, bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau.
4) Lepas tu masukkan ekor lembu, tumis sekejap. Akhir sekali masukkan air secukupnya. Jangan banyak sangat sebab kita guna PPC, air tak berkurangan macam masak atas api. OFF BAKE mode.
5) Tutup periuk, pastikan tombol pada SEAL. ON pulak BEEF/MUTTON mode.
Tambah KPT (keep pressure time) kepada 45 minit. START.
6) Bila dah siap, lepaskan tekanan dengan berhati-hati (saya guna kain lembab untuk tutup bahagian tekanan keluar dan sudip kayu yg panjang, tolak tombol sedikit demi sedikit). Kemudian buka tutup periuk dan ON BAKE mode - Fish sekali lagi. Masukkan bahan akhir - jus lemon, cili padi, tomato, daun limau purut dan garam secukup rasa. Kacau seketika. Siap dan OFF.
Tadaaa...Sup Ekor ala Thai yang pertama kali saya masak! Rasa supnya, pedasnya, masamnya, ditambah aroma daun limau purut dan daging yang lembut...memang cukup memuaskan selera saya dan suami! Selera orang lain tak taulah ya...hehee. Bolehlah taburkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Saya tak letak sebab daun sup tak ada dan sebenarnya kurang minat pun.
Nota PPC : untuk menumis (BAKE mode), boleh pilih selain FISH. Yang penting, cukup masa untuk menumis. Dah siap tumis, kita tekan je OFF.
Slurpppp sedapnya menghirup sup ekor tu ujie..
ReplyDeletelebih kurang jer cara penggunaan PPC n dengan Noxxa ye ujie..
Akak beli Noxxa pun bayar ansur Ujie..
Masa tu dalam RM600++ bayar 4 kali..
Kalau nak beli sekali byar memang perit lah sikit :)
Hmm... tak kiralah Ujie Philips ke Noxxa bila dah kata pressure cooker boleh aje.
ReplyDeleteHasilnya tetap cepat dan membantu kita di dapur.
sedap tu sis, saya beli slow cooker semalam untuk buat bubur baby. sekali memang jadi moi, rupanya dia tak kering
ReplyDeleteMoi tu apa?
Deletealamak youuu.. buat i terliur lah.. i suka soup ekoq.
ReplyDeleteaaa sedap nyerrr cicah dgn roti lagi mengancam!~
ReplyDeleteDah lama mak mengidam nak ada periuk cenggini tau Ujie, entah bilalah dapatnya agaknya hihi....
ReplyDeleteKalau dah beli periuk gini bahaya jugak tau Ujie, kang asyik membeli daging jer hihi...
Dah mmg tujuan beli nk bg daging lembut kan..hahaa
DeleteTp..bkn stkt msk daging. Guna utk msk bubur, lauk pauk lain pun boleh. Mudah.
Bunda pun takder periuk macam ni...takut jugak...
ReplyDeleteTapi tengok hasil masakannya terliur Bunda...
Takut tu mula2 je Bunda..:)
DeleteDapat dibayangkan ekor tu dah lembut. tarik sikit je..cicah dengan roti sedap tu
ReplyDeletepressure cooker banyak membantu di dapur kan.. jimat masa
ReplyDeleteBkn jimat masa je, kurang kotor dapur kita dan boleh tinggal buat kerja lain.
Deletesaya memang tak minat sangat sup ekor kak, tapi bila tengok nih, alahaiii, terliur plak!
ReplyDeleteSaya mula2 takut gak. Tapi lps kita tau cara guna, tak takut apa dah. Syok ada lah. :)
ReplyDeletetak pernah lagi mencuba sup ekor...huhuhuh...
ReplyDeleteSalam sis, saya nak tanya.. masa kite lepas kan wap tu.. memang akan tersembur ke supnya?
ReplyDeletewa salam. Setakat ni saya buat sup, Alhamdulillah tak pernah tersembur.
DeleteRasa teringin nk bli ppc since tgk demo dlm wow shop aritu..
ReplyDeleteSblm bli, kita gather info/resipi dulu..kot2 la termembazir..bli tp xguna..huhu..
So far, mana lebih bgus?ppc ke noxxa?
Rasa teringin nk bli ppc since tgk demo dlm wow shop aritu..
ReplyDeleteSblm bli, kita gather info/resipi dulu..kot2 la termembazir..bli tp xguna..huhu..
So far, mana lebih bgus?ppc ke noxxa?
saya tak pernah guna Noxxa, tapi setakat saya guna PPC ni mmg sangat berpuashati.
DeleteApapun, keduanya tetap sama...pressure cooker yg memudahkan kerja2 memasak. :)
Sis penah try buat dodol x..brape lame ye
ReplyDeleteSis penah try buat dodol x..brape lame ye
ReplyDeletemaaf, tak pernah try dodol sis..
Deletetq kak...sy baru beli tp tak guna2 lagi...
ReplyDeletesila guna cpt..rugi lambat rasa syokkknya guna PPC! hehhee
DeleteBr nk try ppc
ReplyDeleteBr nk try ppc
ReplyDeletesaya baru beli PPC ni..bila masak dia x pergi ke pressurize lah..dia hanya sampai heat saje..kenapa ye? sy salah guna ke?
ReplyDeleteMaksudnya tak siap masak lah tu ya? Sbb proses tak berjalan.
DeleteTombol dah letak di SEAL?
Saya pun ada masalah yg sama..bila masak die tak pergi pressurize.knp ye?tombol dah letak dkt seal dah.
Deletemaksudnya sampai ke sudah Heating je? Sebab, kadang2 mmg lama kat Heating (bila kita masak yang byk kuah).
DeleteMacam tu kena rujuk service centre, mungkin periuk ada masalah.
Ada safety button tak..incase ada yg trbuka penutup sblm lepaskn pressure..?
ReplyDeleteJgn bimbang, penutup PPC tak akan boleh dibuka jika masih ada pressure. Akan jadi macam ketat.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHrni saya dpt periuk yg saya order. Heee xsabar rsnya nk msk utk berbuka
ReplyDeletesaya guna noxxa. semalam beli ekor sb husband nak makan. msk la dalam noxxa...mula2 buat 50 minit..ingat kan lembut la macam kita rebus daging...rupa2 nya liat lagi..kena tambah lagi 30 minit baru lembut. atau ada cara lebih baik lagi? harap dapat kongsi bersama. terima kasih.
ReplyDelete