Thursday, 18 February 2016

Cendawan dan Bunga Pokok Kari

Hasil Cendawan Sendiri 

Buat pertama kali, dapatlah merasa tuaian cendawan sendiri. Seronok bercampur terkejut. Sebabnya dah lama jugak saya 'membela' pek cendawan ni. Mula-mula letak dalam stor, langsung tak jadi apa. 

Lepas tu saya tutup balik penutup pek cendawan ni, dan gunting plastik di bahagian belakang. Tukar lokasi, letak bawah sinki dapur (dalam kabinet dapur). Ada beberapa kali jenguk, takde apa-apa. Semalam...bukak je kabinet, terus terjerit! Terkejut tengok putih2 sebenarnya, sebab dah lupa pasal cendawan. Alhamdulillah...saiz besar dan banyak, putih bersih cantik. Bakal jadi bahan masakan dalam menu Tom Yam nanti. Oh ya, pek cendawan ni kakak yang bagi. Harganya beberapa ringgit je.

Pokok Kari Berbunga!

Close-up...yang tak nampak dengan mata masa belek pokok, masa nilah baru jelas. SubhanAllah, unik sungguh ciptaan-Nya.


Gambar ni diambil kelmarin, sewaktu pertama kali bunga-bunga ni berkembang. Harum baunya tau, bukan bau daun kari. Pertama kali tengok pokok kari berbuah, semasa berkunjung ke Herba Nasuha. Alhamdulillah, kali ni dapat tengok pokok kari sendiri pulak berbunga. Mungkin jadi buah lepas ni.

Pokok kari saya ni kecik je sebenarnya. Tanam dalam pasu je, sebab rumah teres jenis takde tanah. Saya ambil anak pokok dari rumah mak, kiranya dah bela lebih setahun. Walaupun duduk dalam pasu yang tak besar mana pun, tapi dia ni rajin tumbuh anak. Mungkin pokok ni subur dan cepat matang sebab saya baja 2 minggu sekali (tapi kadang lupa!), selain cukup keperluan tanah hitam / air / matahari.


Nota : Dulu ku fikir tangan aku panas. Tanaman semuanya hidup segan mati tak mau. Rupanya, sendiri yang tak reti cara membela dan takde minat yang tulus sebenarnya. Terima kasih grup Kebun Bandar yang mencetuskan semangat dan tempat menimba ilmu. ^_^

33 comments:

  1. Ujie macamana nak dapatkan benih cendawan tu?
    Kakak teringinlah nak buat macam tu. Dpt dari Pontian ke? Kat mana?

    Pokok kari kakak pun tanam dlm pasu juga. Dah berpuluh kali cantas sebab tak mahu tinggi dan besar sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bkn dari Pontian kak Zakie. Kakak saya kata, kawan dia beli dari MARDI serdang.

      Delete
  2. Hahahhaa...saya ada terbaca ruangan TANAMAN...istilah tangan panas tu takde sebenarnya...green hand pun takde...yg penting kita kena ada minat + ilmu dan praktis kan dengan betul...insya Allah menjadi...putih melepak cendawan tu..Saya pun nak try la bertani cendawan pack tu....saya rasa kena ada kelembapan tertentu, tu sebab dia tumbuh bila dialihkan ke kabinet bawah sink.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah tu, sbb sblm tu dok dlm stor tak jadi hapa.

      Delete
  3. Putih melepak cendawan tu Ujie..
    Cantik akak tengok..
    Akak ada juga adik ipar bagi pek cendewan..
    Tapi cendawan tiram..
    Masa tu lama juga nak tumbuh..
    Bila akak alih kan dlm bilik yg gelap dan lembab..
    Banyak tumbuhnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg cantik, sampai syg nak mkn! Tapi dah abis ngap pun..hehe

      sbnrnya kak, kakak saya bg ni dia kata cendawan Tiram gak. Tapi tak tau la mcm mana boleh keluar spesis putih melepak ni. :D

      Delete
  4. macam best je..mana nak cari pek cendawn tu ye...

    ReplyDelete
  5. seputih salju warna cendawan tu,

    Subhanallah, pokok kari pun ada bunga ya, cantik pulak tu

    ReplyDelete
  6. wahh segar dan warna putih suci....

    Jom vote blog acik di MSMW 2016 : Cara mengundi di sini

    ReplyDelete
  7. pokok kari mmg cepat merebak.. beranak2 gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg pun, walaupun dok dlm pasu kecik..punyalah byk anak dia keluar. :)

      Delete
  8. Bunda tanam pokok kari tak menjadi... tapi kalau berbunga orang kata boleh makan buat ulam... tapi bunda tak pernah lagi makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba lagi Bunda, Insya Allah nanti menjadik la tu. :)
      Kalau pucuk kari, mmg ada org buat ulam. Tapi saya blm try lagi. hehee

      Delete
  9. hi k.ujie... hehhe..
    klu ajin berbudi pd tanah, mmg akan nmpk hasilnye.. :)

    err.. tq maseh singgah.. dah x ajin menulis.. kiki.. tgu mud dtg.. heh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lia..jgn tunggu, tapi kena cari mood tu tau!

      ceh..mcm la akak ni ada mood sgt ya! Seminggu dpt 1 entry pun dah bagus sgt. :D

      Delete
  10. pertama kali tengok bunga daun kari

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun Yan..seronok sbb pokok sendiri kan. :)

      Delete
  11. senang kan tanam sendiri...berbaloi...
    pokok kari ita belom lagi berbunga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boh baja 2 minggu sekali Ita, berbunga la dia nanti tu. Insya Allah.. :)

      Delete
  12. cantiknya cendawan tanam sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak taula spesis apa nih, tak pnh nampak pun putih melepak gini. :D

      Delete
  13. menarik tanam cendawan..beli kat mana tu akak???
    eh yg pokok kari tu ade je kat umah ciktom ni..tapi xpernah berbunga pulak..ke ciktom xprasan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cendawan, kawan kakak akak beli dr MARDI. Panjang salasilahnya ya..Haha

      cik tom kena letak baja, tanah yang bagus..Insya Allah keluarla bunga. :)

      Delete
  14. Kali pertama tengok kedua2 jenis tu.. cendawan warna putih bersih tu dan bunga kari.. ;)

    ReplyDelete
  15. kalau Diana bela, mesti excited Maisara, Mikail! :)

    ReplyDelete
  16. Yelah Ujie, molek, putih bersih jer tumbuhnya cendawan tu. Takpernah tgk bunga kari, ada bunga rupanya ye...

    Mak ni jenis tak minat menanam so eloklah tak yah menanam gamaknya kang mati jer pokok hihi...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****