Catatan terakhir saya untuk tahun 2015, juga catatan penutup mengenai musafir saya dan suami di Guangzhou. Setiap tempat ada keunikan, ada sisi hitam dan putihnya. Inilah sebahagian warna-warna Guangzhou...
1. Pemandangan waktu siang dari bilik penginapan saya. Bangunan di sini memang rapat-rapat. Di antara bangunan, biasanya ada lorong kecil ke rumah penduduk.
2. Pabila malam...cahaya lampu dari rumah-rumah mereka menghasilkan pemandangan yang cantik!
3. Waktu Maghrib ketika saya di sini adalah sekitar jam 5.30 petang. Sini cepat gelap, makanya bila kita berjalan-jalan sekitar pukul 8 malam pun dah terasa macam lewat malam. Sunyi je, jauh beza waktu siangnya yang sentiasa ramai orang berjalan ke sana sini.
4. Bagusnya kat sini, mana-mana kita pergi pun ada CCTV. Walaupun kat kawasan luar pusat bandar, atau di celah-celah bangunan usang.
5. Menarik bas ni kan? Rasanya bas menggunakan kuasa elektrik. Bas yang biasa pun ada jugak.
6. Penduduk di sini memang rajin berjalan kaki. Kat mana-mana pun ramai orang berjalan kaki. Mungkin sebab sistem pengangkutan awamnya yang cekap dan murah - subway Metro Guangzhou. Kalau tak berjalan kaki, masing-masing naik basikal yang menggunakan kuasa motor. Laju je tau. Sebenarnya nak cerita, kat sini senang nak melintas jalan. Ada banyak lintasan begini dan tak perlu tekan butang apa-apa, memang akan hijau sendiri untuk setiap beberapa ketika. Cuma, kena hati-hati jangan berlanggar dengan basikal semasa melintas.
7. Kat sini banyak pilihan kenderaan untuk kita naiki, selain subway dan teksi. Ada macam-macam rupa. Kalau pandai cakap bahasa Cina, bolehlah cuba naik.
8. Kerja paling gila kami buat, naik kenderaan roda tiga ni. Bukan sengaja, tapi tak banyak pilihan masa tu. Lebih 10 minit perjalanan yang mendebarkan! Laju je (bukan kayuh tau, guna kuasa bateri), pakcik yang bawak ni langgar semua lampu trafik dan melawan arus. Kecut perut, zikir tak henti. Fuh! Tobat…syukur selamat!
TIPS : Pastikan korang ada kad bisnes hotel untuk tunjuk kepada pemandu teksi dll. Sebab kalau setakat sebut nama hotel, dia memang tak boleh faham. Sebutlah banyak kali pun (hotel X /airport/plaza Y), memang tak faham. Wajib tunjuk tulisan bahasa Cina.
--------------------------------------------------------------------
Kos perbelanjaan untuk kami berdua :
1. Tiket asas Air Asia pergi/balik KL- Guangzhou - RM952.16
2. Caj pilih tempat duduk - RM24
3. Zuhai SEZ Hotel (4 malam) - RM572.51
4. Pengangkutan awam (5 hari ) - RM69.67 /¥102 (subway Metro) + RM66.93 / ¥98 (teksi ke airport) + RM20.49 /¥30 (beca).
TOTAL : RM1,705.76
Kos di atas tidak termasuk makan. Kadar tukaran wang masa saya pergi ni adalah RM68.30 untuk ¥100. Saya sertakan semua info di atas untuk rekod sendiri dan rujukan bagi yang memerlukan.
ccantik tgk pemandangan malam kat quangzhou...
ReplyDeleteseronok kan tambah pengalaman kat tmpt org..
thn 2015 ciktom bcuti dlm msia je..
selamat tahun baru uji :-))
ReplyDeleteSeronok berjalan tmpat org kan, suasana, budaya semua berbeza.
ReplyDeleteSalam kenal, balas ziarah di sini
Seronok lagi kalau pergi sendiri berbanding ambil pakej kan? Sebab boleh buat aktiviti sendiri dan lebih adventurous.
ReplyDeleteBetul. Selain drpd alasan - kekangan bajet. Pergi sendiri jauh lebih jimat. :)
Deleteseronok nya jalan2 tengok tempat orang
ReplyDeleteSeronoknya kak ke guangzhou. Merantau ke tempat orang ni memang boleh terbuka minda :)
ReplyDeleteseronoknya jalan2 ke negara orang.. boleh bezakan kekurangan dan kelebihan negara kita. cantik pemandangan di Guangzhou..
ReplyDeleteberbaloi sangat kan kak...seronok tu dapat tengok negara orang...
ReplyDeleteTq Ujie....jadiklah dpt tengok gambo pun hihi...
ReplyDeleteKat sana jalan mana lagi ?....