Sepanjang lima hari di Guangzhou, pengangkutan utama kami adalah keretapi bawah tanah Guangzhou Metro (biasa sebut METRO sahaja). Ia adalah pengangkutan yang paling murah dan mudah bagi kami yang tak tahu berbahasa Cina. Tambahan lagi, liputan laluan Metro ni meluas. Senang nak menjelajah Guangzhou.
1. Setiap kali kita memasuki stesen Metro, ada pemeriksaan keselamatan. Bagi yang membawa beg, akan kena scan. Kadang-kadang ada yang kena bukak beg untuk pemeriksaan lanjut.
2. Pemandangan di salah satu stesen. Beli tiket di mesin. Kaunter Khidmat Pelanggan (kat tengah tu) untuk kita tukar duit (sebab bukan semua note duit boleh diterima kat mesin beli tiket) dan juga kalau ada sebarang masalah.
Dan saya pernah mengalami masalah pada hari kedua di sini, hasil 'kepeningan' diri sendiri (tak sanggup nak cakap diri sendiri bodoh..hahahaa). Memang mendebarkan sebab 'ayam' nak bercakap dengan 'itik'! Kita cakap Inggeris, dia cakap Cina. Mujurlah boleh selesai dengan mudah. Lega!
3. Mesin tiket, biasanya ada banyak kat setiap stesen. Takde masalah. Kalau nak tukar note yang bersesuaian, hulur je duit kat kaunter Khidmat Pelanggan tadi...nanti dia bagilah note yang sesuai. Tiket adalah dalam bentuk Coin.
4. Paparan pada skrin mesin tiket. Ada pilihan bahasa Inggeris, tu yang mudah. Pilih destinasi, pilih kuantiti tiket dan bayar.
Kat sini ada banyak laluan yang disebut 'line', satu warna tu mewakili satu 'line'. Jadinya, kita mesti tau di stesen mana kita perlu bertukar line untuk ke destinasi. Contoh : dari lapangan terbang (Line 3) ke hotel di stesen Ximenkou (Line 1), saya perlu naik Metro Line 3 - Line 2 - Line 1. Jadinya saya perlu tahu dan pastikan di stesen mana nak bertukar ke Line seterusnya.
5. Untuk memastikan tak terlepas stesen untuk pertukaran ke Line seterusnya dan stesen destinasi, mata kenalah mengawasi skrin dan paparan laluan tersedia tu. Juga kena dengar pengumuman (ada bahasa Inggeris).
6. Sebenarnya, hampir setiap kali saya gunakan Metro ni isinya sangatlah padat. Cuma sesekali je jumpa longgar begini, barulah boleh saya ambil gambar.
Sama macam di negara kita, kat sini pun masing-masing rajin 'menelaah' gajet. Yang bagusnya kat sini, setiap kali ada orang tua / ibu hamil / ibu dukung anak kecil, mesti ada yang bangun memberikan tempat duduk mereka. Yang tak bagus pun ada tau, setiap kali nak masuk berebut-rebut. Kita belum keluar, orang dah bertolak nak masuk. Sampai ada yang bergaduh.
7. Dah sampai stesen destinasi kita, nak keluar dari stesen pun kena baca info ni.
Ada banyak pintu keluar.
Sungguhpun murah (semurah ¥2 satu perjalanan, tak sampai RM2) dan mudah, tapi ia memang menguji kemampuan fizikal. Sebab bila kita guna Metro ni, maksudnya banyak berjalan kaki samada nak masuk/keluar stesen dan semasa pertukaran Metro Line lain. Kalau terjumpa yang tersangatlah jauh nak berjalan dalam terowong tu untuk ke Metro rasa nak menangis pun ada. Penat kaki! (kata nak mengembara sangat...hambek kau Ujie!)
Lagi satu, masalah gayat! Escalator kebanyakkannya tersangatlah tinggi/jauh ke bawah. Ada yang perlu turun/naik sampai beberapa escalator pulak. Tapi selepas beberapa hari, gayat saya dah berkurangan. Suami sukalah mengusik, sebab dia tak gayat tengok atas/bawah. Saya? Tunduk solehah gitu!
Yang hebatnya, kat sini orang tua yang dah bongkok pun menggunakan Metro tau. Memang satu pemandangan biasa orang-orang tuanya menggunakan Metro. Lagi satu pemandangan yang tak asing, orang-orang muda ada yang membawa bersama basikal boleh lipat.
Pemandangan paling asing? Tentulah wanita bertudung. Saya dan suami memang dari pagi ke petang selama lima hari kerjanya turun naik dari satu stesen ke stesen lain, memang tak pernah jumpa wanita bertudung dalam Metro. Memang biasa orang akan merenung pemakaian saya...atas bawah atas bawah, terasa kita ni pulak alien! Tapi bila kita senyum kat dia, bertuah la kalau ada yang membalas! Muka 'ketat' je semua tau.
....bersambung...
Nota :
Maaf kalau korang bosan tengok tulisan panjang lebar, sekadar mengabadikan pengalaman untuk rujukan sendiri dan perkongsian bagi yang belum berpeluang ke sana.
La...ke sana kisahnya Ujie ye.
ReplyDeleteMemangalah nak cari yg bertudung payah di sana
Tapi kakak rasa ada satu bahagian lupalah mana - ramai Islam cuma cara mereka bertudung tak tutup betul macam kita. Mereka sekadar tutup rambut aje..puntal-puntal gitu hihi...
kalau kat kedai mkn cina muslim, ada yg bertudung tapi style nampak telinga & leher. yela tu, mcm akak ckp..tutup rambut je. heehe
Deletewow wow wow! amazing lah dek..
ReplyDeleteAlhamdulillah..Allah bg peluang tengok2 negara org. :)
DeleteSaya juga hadapi masalah gayat. Kalau saya pergi ke sana kena sentiasa tunduk seperti orang alim...
ReplyDeletehahahaaa...
DeleteKalau kena harinya memang boleh jumpa ramai wanita bertudung kat Guangzhou ni... Jumaat lah tu...
ReplyDeleteoo..saya mmg tak jumpa Jumaat kat sana.
DeleteActually, kalau time jln2 tu pernah gak jumpa wanita bertudung..tapi boleh kira dgn jari lah.
Suka baca ujie..
ReplyDeleteTambah sikit ilmu CH ni..
Wlpn baca entry ujie..
CH pun gayat juga ujie..
Mahu juga tertunduk mcm ujie..
Selalunya ada petua utk tidak gayat.. iaitu melihat mendatar.. tidak memandang kebwh dan ke atas.. jadi hilang gayat..
yg mendatar cuma tangga yg saya pijak..makanya saya tunduk pdg tangga jelah! :D
Deleteyan pun gayat...
ReplyDeletekita geng...^__^
Deletekite tak bosan pun suke sangat baca...
ReplyDeletetakpe lah orang pandang macam alien pun atleast leh lah jugak kenal tempat orang ...seronok...
mmg pun Eita, mula2 tak selesa..lama2 dah tak kisah org tenung kita, toleh2. :)
Deletemasaalah etika keluar masuk tren ada di mana mana ek
ReplyDeleteye la kan..hehe
Deletetengok dlam gambar..dimana-mana pun manusia sibuk dgn gajet memasing..hih
ReplyDeletebest boleh tengok negara orang
ReplyDeleteSA x merasa nak naik Metro ni...sebab ada bas disediakan...
ReplyDelete