[kisah bulan Mei lalu...]
Sebenarnya, tiada langsung dalam perancangan kami untuk ke Sarawak dalam waktu terdekat ini. Tapi demi memenuhi hajat mak saya yang teringin sangat nak ke tempat adik bongsu di Betong, Sarawak, maka perancangan singkat terus dibuat. Tiket Air Asia dibeli kurang tiga minggu sebelum tarikh berlepas. Kos pergi-balik tiga orang untuk tiket asas dengan tambahan caj pilihan tempat duduk, kira-kira RM600 lebih. Bila dah dekat tarikh berlepas, barulah kami buat penambahan belian makanan dan bagasi.
Sebenarnya, tiada langsung dalam perancangan kami untuk ke Sarawak dalam waktu terdekat ini. Tapi demi memenuhi hajat mak saya yang teringin sangat nak ke tempat adik bongsu di Betong, Sarawak, maka perancangan singkat terus dibuat. Tiket Air Asia dibeli kurang tiga minggu sebelum tarikh berlepas. Kos pergi-balik tiga orang untuk tiket asas dengan tambahan caj pilihan tempat duduk, kira-kira RM600 lebih. Bila dah dekat tarikh berlepas, barulah kami buat penambahan belian makanan dan bagasi.
21 Mei 2015 / KHAMIS
Disebabkan penerbangan kami pada jam 8.30pagi, maka seawal sebelum subuh kami dah keluar rumah. Bila bawak mak ni, tak boleh dalam keadaan tergesa-gesa. Jadinya lebih selamat kami keluar awal walaupun dah buat check-in secara online. Kereta kami parking di stesen ERL Salak Tinggi (untuk 4 hari tersebut kami di caj RM2). Lepas tu naik ERL ke KLIA2.
HILANG KAD PENGENALAN!
Semuanya berjalan lancar, sehinggalah kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak kira-kira jam 10.15pagi. Masing-masing keluarkan Kad Pengenalan (I/C) untuk kegunaan di Imigresen (untuk dapatkan pas lawatan kemasukan ke Sarawak). Dan...masa tu la baru sedar yang I/C saya takde! Puas geledah beg yang di bawa, tak jumpa jugak. Akhirnya saya tunjuk lesen memandu je kat kaunter Imigresen. Memang boleh lepas, tapi pegawai tu arahkan saya buat laporan polis untuk menggantikan I/C yang hilang. Dan untuk langkah keselamatan, pas lawatan saya dan mak bagi suami pegang. Sebab ia cuma sehelai kertas nipis kecik, mudah tercicir. I/C yang keras tu pun aku tercicir!
Suami dan mak saya tunggu dalam kereta sewa, dan saya sorang-sorang pergi Balai Polis yang terletak di tingkat dua (masih dalam airport). Mujur dua pegawai polis wanita yang melayan saya tu sangat mesra, hilang rasa gementar. Tiada bayaran dikenakan. Fuh..pertama kali ke Sarawak dan hilang I/C pulak!
KERETA SEWA
Kami dah siap-siap tempah awal, sebuah kereta Myvi (Auto). Saya buat carian di internet, hubungi beberapa pengendali kereta sewa dan akhirnya memilih booking dengan Hanna ( 012-895 2003 ). Untuk sewa dari hari Khamis pagi sehingga hari Sabtu jam 2petang, caj dikenakan RM240. Puas hati sangat sebab dapat kereta yang bersih luar dalam dan berkeadaan baik. Minyak pun masih banyak, ada 3 bar. Pertama kali sewa kereta yang rasa puas hati. Bila nak pulang pun suami basuh dulu kat rumah adik, sebab segan orang bagi memang bersih. Minyak pun kami pulangkan ada 4 bar. Terlebih, tapi tak kisah sebab puas hati. Memang recommended!
PERJALANAN KE BETONG
Google Maps bagitau - 239km dengan masa 3jam 28minit.
Pegawai polis bagitau, dalam 4 jam. Yang terjadi kepada kami? Nanti saya cerita..
Perjalanan ke Betong pun bermula. Ikut je signboard, mula-mula ni kita cari arah ke Serian.
...bersambung...
...bersambung...
biasanya kalau ambik kereta sewa, mesti minyak dalam tank tu ngam2 sampai stesen minyak kat depan tu je (kalau ada). bermakna memang best la dapat kereta yang cantik, siap ada minyak 3 bar lagi.
ReplyDelete*rasanya dapat bayangkan travel dari kuching ke betong tu. kalau tak silap, nak ke betong tu pun boleh guna laluan air (feri) kan? kalau tak silap... :-)
mmg best..1st time puas ati bila sewa keta. :)
Deletelaluan air, tak pasti pulak. kami ikut jln darat.
Cuak juga bila ic hilang. Kdg2 kita x perasan kan, kat mana kita letak. Mujur mudah urusannya.
ReplyDeleteBest tu dpt kete yg ok. Nk jln2 pn seronok. Klu kete x ok, nk ronda2 pn hilang mood. Hehe..
Alhamdulillah mudah urusannya, cuma lps ni kena denda la akak..nak buat ic baru.
Deletesaya org swk tak sampai lagi betong. tabiklah boleh drive kesana walaupun first time dtg swk
ReplyDeletesbb tak tau apa2..boleh kan aje.. hehee
DeleteSaya pernah terrrhilang slip kemasukan di airport kuching. Dah nak take off pulak tu. Bukan main panik lagi masa tu. Jenuh kehulu kehilir. Rupa2nya ada terselit dlm wallet.
ReplyDeletemmg panik sgt2 tu, tapi kalau takde gak..kena buat report polis lah. amik masa..pun panik!
Deleteuwaaa..mesti panik time hilang IC TU kan dear..huhuhu.
ReplyDeleteJEMPUT BACA ENTRY INI
http://wwwmarina-arina.blogspot.com/2015/05/whats-app-blogger-team.html
panik..tapi buat muka biasa je, takmo mak risau.
Deletepaling debor kalau hilang barang2 penting....
ReplyDeletebest lah kak leh gi sarawak..
Alhamdulillah..tengok tempat org mmg sentiasa best sbb dpt belajar perkara baru.
DeleteMasya-Allah hilang I/C tu yg memang gementar. Kalau luar negara tak payah bawa I/C tak ada masalah sebab rely on passport aje..
ReplyDeleteApa pun mak mestilah puas hati dapat melihat suasana sebenar anak yg dirinduinya.
Alhamdulillah kak Zakie, mak mmg puas ati..dan tak nak pegi lagi kot. Sbb sakit punggung naik keta lama sgt kat jln biasa. hehee
Deletekalau saya hilang i/c mest menggelabah dah dibuatnya,ditempat orang pulak tu, tapi alhamdulillah segala urusan ujie dipermudahkan..
ReplyDeleteCuak jugak la kan..sbb nak guna utk dapatkan pas lawatan tu. Mujur takde masalah..lepas. Lega satu hal..
DeleteNasib baiklah juga kehilangan IC tu berlaku dalam wilayah Malaysia. Bayangkan jika berlaku di luar negara, silap-silap kena bermalam sekejap di dalam lokap (dituduh sebagai pendatang tanpa izin!) dan cuma akan dibebaskan lepas campur tangan kedutaan kita...
ReplyDeletekat luar negara, hilang ic takpe kot..jgn hilang passport.. :D
Deleteperkara paling ditakuti..hilang ic..
ReplyDeletenext story plz...apa terjadi yer...
jgn takut yan..bayo je denda 100 buat baru..hehehee
Deletememang rasa takut kalau hilang ic
ReplyDeleteharus..
Deletemacamana boleh kehilangan IC tu?seram pula melalui detik-detik macam tu..
ReplyDeletetapi seronok baca pengalaman seterusnya
tak tau la Mar, masa nak masuk flight check ic & boarding pass..masih ada. Lps2 tu yg takde. Sampai skrg dok fikir mana cicir.
Deletekan..mmg luar kebiasaan ni. :)
ReplyDeleteassalamualaikum,
ReplyDeletewau...macam best je pengalaman ni. tak sabo tunggu
Dah namanya pun anak bongsu.....rindu tu....Masih kuat lagi emak Ujie yer....syukur.
ReplyDeleteOhhh semuanya dah ditempah dr Semenanjunglah yeh Ujie. Mcm gi Langkawi ek
Wah ini mmg redah travel ye.. sib baik google maps dan signboard mrmbantu...
ReplyDeleteBestnya gi sarawak
ReplyDeleteAku ni merangkak2 baru nak bw..
Kalau passport hilang lagi mahal dendanya kan..