Thursday, 16 April 2015

Cara Terima Duit Dari Western Union

Buat pertama kalinya, saya terima bayaran dari pelanggan melalui Western Union (WU). Saya tak pernah guna servis WU, makanya agak kelam kabut jugak cari info dari rakan niaga dan internet. Alhamdulillah semalam dah selamat terima duit tersebut. Saya catatkan di blog sebagai panduan korang.


Untuk terima/kirim duit melalui servis WU ni kita tak perlu ada akaun pun. Cuma beri NAMA PENUH kepada pengirim untuk dicatatkan dalam borang kiriman (saya gunakan nama suami sebab lebih mudah untuk dia keluar dan buat urusan terima duit). Lepas je pelanggan saya kirim duit melalui WU, dia beri saya gambar resit penghantaran (gambar di atas). Dari resit ni kita perlukan info - NAMA, NEGARA & NO. TELEFON PENGIRIM, AMAUN TERIMA dan MTCN (Money Transfer Control Number). 



Lepas ada info semua tu, kita boleh terus pergi ke mana-mana agen WU dan isi BORANG TERIMA WANG (seperti gambar kat atas). Tapi kalau korang buat di bank, lain sikitlah rupa borang dia. Isi dan serahkan borang bersama Kad Pengenalan kita sebagai bukti penerima. Kalau semua info tepat, kita dapatlah terima duit dan resit penerimaan. Taklah susah sangat rupanya!

Untuk semak kat mana ada agen, sila KLIK DI SINI. Untuk info lain berkaitan servis WU, boleh terus layari laman web di DI SINI.


45 comments:

  1. terima duit dari luar negara eh..? tak penah lagi dapat duit melalui WU ni.. best jugak kalau dapat kan..

    ReplyDelete
  2. ni pelanggan dari oversea... ye

    ReplyDelete
  3. ujie ada akaun paypal tak?
    orang kata lagi mudah dengan paypal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paypal..tak pernah ada. Tak reti pun..hehee
      Ni pun customer yg ckp nak byr guna western union, kalau tak..pun tak tau pasal WU.

      Delete
  4. Business Ujie dah mendapat perhatian pelanggan seberang laut nampaknya..
    Bagus tanda makin maju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak Zakie..maju sikit je. ^_^

      Delete
  5. Belum pernah berurusan dgn WU dan lebih malang nama WU pun pokcik baru ini pertama kali dengar...

    ReplyDelete
  6. Wahh...nice info...tq sis...tq :)

    ReplyDelete
  7. dok pernah lagi guna WU ni

    ReplyDelete
  8. Tq atas perkongsiannya Ujie. Nampaknya okje kena berbisnes dulu ni barulah tau macam macam benda ek....
    Bilalah nak start berniaga agaknya ....

    ReplyDelete
  9. Haii saya ada buat perniagaan,, pembelinya dari UK.. Dia buat bayaran guna WU.. Bagaimana nak dapatkan wang diat bagi itu,, saya pun baru saja buat bisnes ni.. Sesiapa boleh bantu saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baca entri di atas, saya dah nyatakan cara-caranya.

      Delete
    2. Assalam kak..berapa lama duit yg mereka kirim sampai dekat kita..? Mksudnya kita kena tunggu berapa hari untuk trima duit tu..

      Delete
    3. Assalam kak..berapa lama duit yg mereka kirim sampai dekat kita..? Mksudnya kita kena tunggu berapa hari untuk trima duit tu..

      Delete
    4. Wa salam,
      Tak perlu tunggu. Lepas duit dikirim, kita boleh terus ambil duit tu di mana2 ejen WU.

      Delete
  10. Tujuan transaksi yg xpyh ada dokumen detail apa yer..

    ReplyDelete
  11. cari² info pasal WU,blog ni je paling mudah nak faham..kebetulan pulak memang nak terima bayaran dari kawan di China..tq sis

    ReplyDelete
  12. cari² info pasal WU,blog ni je paling mudah nak faham..kebetulan pulak memang nak terima bayaran dari kawan di China..tq sis

    ReplyDelete
  13. kak. nak tanya. saya ada pelanggan nak bayar guna wu jugak. apa details yg kita nak bg kat dia ye? first dapat oversea customer. thank you. harap sangat dapat tolong

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuma beri NAMA PENUH seperti dlm I/C. Ada akak tulis dalam entri di atas.

      Delete
  14. Hai sis nak Tanya sekarang bank apa yang Ada perkhidmatan WU??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh terus rujuk web WU. KLik link yg saya sertakan pada entri di atas.

      Delete
  15. Assalamualaikum sis :) saya nak tanya sikit

    1. sis convert jumlah pembayaran ke usd ke? ada minimum tak berapa rm yang boleh kita terima? Contoh kalau RM20 boleh ke? Nak kena convert ke usd atau bagi je jumlah RM20 dekat cust?

    2. berapa lama ya untuk duit sampai ke kita selepas buyer bayar?

    terima kasih! 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum salam.
      1. Saya beri harga dlm RM dan terima dlm RM. Tak pasti berkenaan amaun minima. Boleh rujuk web WU.

      2.serta merta. Macam instant transfer online.

      Delete
  16. salam kak , ada cas ke kalau nak ambil duit tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa salam, takde caj. Sbb servis caj dah dibayar oleh pengirim.

      Tak pasti kalau skrg ada perubahan.

      Delete
    2. Salam . Nak tnye . Untuk kita terima duit tu . Cash at agen location atau bank tu mcm mne ye ?

      Delete
    3. Wa salam, kita dapat duit tunai masa terima.

      Delete
  17. kalau dah pergi ke branch western union tu kita perlu pohotostat slip payment pengirim untuk dibagi ke branch western union tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu, kita cuma perlukan info di slip pengirim tu shj. tapi tak tau jika sekarang dah ada perubahan, boleh rujuk web WU pada link post.

      Delete
  18. Kebetula saya Baru buat payment ke indonesia.. jadi duit TRS boleh dapat Ka kepada penerima? .nak tya duit ni penerima boleh ambil dekat mana2 bank tak sis?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, duit boleh terus ambil di agen/bank yang ada servis WU shj.

      Delete
  19. Assalmualaikum,Saya nakntanya Saya dpt email Saya Ada terima duit kononnya dari Dubai sebnyak rm 50000 lepastu katanya Saya dikenaakan case Bayaran fees tu sebnyak 725 us dollar betul ke ? Ni Gila ke apa.. ? Entah2 scammer Tak? Adoii betul Tak betul ni keliru Saya dibuatnya x fhm.😂😂😂

    ReplyDelete
  20. Terima masage dpd western unitered supaya semak akaun sya ada western union ada terima wang kirim kpd saya 8132085575

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****