Buat pertama kalinya, saya terima bayaran dari pelanggan melalui Western Union (WU). Saya tak pernah guna servis WU, makanya agak kelam kabut jugak cari info dari rakan niaga dan internet. Alhamdulillah semalam dah selamat terima duit tersebut. Saya catatkan di blog sebagai panduan korang.
Untuk terima/kirim duit melalui servis WU ni kita tak perlu ada akaun pun. Cuma beri NAMA PENUH kepada pengirim untuk dicatatkan dalam borang kiriman (saya gunakan nama suami sebab lebih mudah untuk dia keluar dan buat urusan terima duit). Lepas je pelanggan saya kirim duit melalui WU, dia beri saya gambar resit penghantaran (gambar di atas). Dari resit ni kita perlukan info - NAMA, NEGARA & NO. TELEFON PENGIRIM, AMAUN TERIMA dan MTCN (Money Transfer Control Number).
Lepas ada info semua tu, kita boleh terus pergi ke mana-mana agen WU dan isi BORANG TERIMA WANG (seperti gambar kat atas). Tapi kalau korang buat di bank, lain sikitlah rupa borang dia. Isi dan serahkan borang bersama Kad Pengenalan kita sebagai bukti penerima. Kalau semua info tepat, kita dapatlah terima duit dan resit penerimaan. Taklah susah sangat rupanya!
Untuk semak kat mana ada agen, sila KLIK DI SINI. Untuk info lain berkaitan servis WU, boleh terus layari laman web di DI SINI.
terima duit dari luar negara eh..? tak penah lagi dapat duit melalui WU ni.. best jugak kalau dapat kan..
ReplyDeleteha ah Rai..dari Indonesia. :)
Deleteni pelanggan dari oversea... ye
ReplyDeleteyup..seberang laut :)
Deleteujie ada akaun paypal tak?
ReplyDeleteorang kata lagi mudah dengan paypal
Paypal..tak pernah ada. Tak reti pun..hehee
DeleteNi pun customer yg ckp nak byr guna western union, kalau tak..pun tak tau pasal WU.
Business Ujie dah mendapat perhatian pelanggan seberang laut nampaknya..
ReplyDeleteBagus tanda makin maju.
Alhamdulillah kak Zakie..maju sikit je. ^_^
DeleteBelum pernah berurusan dgn WU dan lebih malang nama WU pun pokcik baru ini pertama kali dengar...
ReplyDeleteTakde la malang sgt pokcik JR. :D
DeleteWahh...nice info...tq sis...tq :)
ReplyDeleteohh baru tahu :D
ReplyDeletetq info :-))
ReplyDeleteTq atas perkongsian
ReplyDeletedok pernah lagi guna WU ni
ReplyDeleteTq atas perkongsiannya Ujie. Nampaknya okje kena berbisnes dulu ni barulah tau macam macam benda ek....
ReplyDeleteBilalah nak start berniaga agaknya ....
tak pernah guna lagi ni..
ReplyDeleteHaii saya ada buat perniagaan,, pembelinya dari UK.. Dia buat bayaran guna WU.. Bagaimana nak dapatkan wang diat bagi itu,, saya pun baru saja buat bisnes ni.. Sesiapa boleh bantu saya.
ReplyDeletebaca entri di atas, saya dah nyatakan cara-caranya.
DeleteAssalam kak..berapa lama duit yg mereka kirim sampai dekat kita..? Mksudnya kita kena tunggu berapa hari untuk trima duit tu..
DeleteAssalam kak..berapa lama duit yg mereka kirim sampai dekat kita..? Mksudnya kita kena tunggu berapa hari untuk trima duit tu..
DeleteWa salam,
DeleteTak perlu tunggu. Lepas duit dikirim, kita boleh terus ambil duit tu di mana2 ejen WU.
Maaf.. Assalamualaikum
ReplyDeleteTujuan transaksi yg xpyh ada dokumen detail apa yer..
ReplyDeletemaaf kurang jelas soalan.
Deletecari² info pasal WU,blog ni je paling mudah nak faham..kebetulan pulak memang nak terima bayaran dari kawan di China..tq sis
ReplyDeleteAlhamdulillah... u'r welcome :)
Deletecari² info pasal WU,blog ni je paling mudah nak faham..kebetulan pulak memang nak terima bayaran dari kawan di China..tq sis
ReplyDeletekak. nak tanya. saya ada pelanggan nak bayar guna wu jugak. apa details yg kita nak bg kat dia ye? first dapat oversea customer. thank you. harap sangat dapat tolong
ReplyDeletecuma beri NAMA PENUH seperti dlm I/C. Ada akak tulis dalam entri di atas.
DeleteHai sis nak Tanya sekarang bank apa yang Ada perkhidmatan WU??
ReplyDeleteboleh terus rujuk web WU. KLik link yg saya sertakan pada entri di atas.
DeleteAssalamualaikum sis :) saya nak tanya sikit
ReplyDelete1. sis convert jumlah pembayaran ke usd ke? ada minimum tak berapa rm yang boleh kita terima? Contoh kalau RM20 boleh ke? Nak kena convert ke usd atau bagi je jumlah RM20 dekat cust?
2. berapa lama ya untuk duit sampai ke kita selepas buyer bayar?
terima kasih! 😊
Wa alaikum salam.
Delete1. Saya beri harga dlm RM dan terima dlm RM. Tak pasti berkenaan amaun minima. Boleh rujuk web WU.
2.serta merta. Macam instant transfer online.
salam kak , ada cas ke kalau nak ambil duit tu ?
ReplyDeleteWa salam, takde caj. Sbb servis caj dah dibayar oleh pengirim.
DeleteTak pasti kalau skrg ada perubahan.
Salam . Nak tnye . Untuk kita terima duit tu . Cash at agen location atau bank tu mcm mne ye ?
DeleteWa salam, kita dapat duit tunai masa terima.
Deletekalau dah pergi ke branch western union tu kita perlu pohotostat slip payment pengirim untuk dibagi ke branch western union tu ke?
ReplyDeletetak perlu, kita cuma perlukan info di slip pengirim tu shj. tapi tak tau jika sekarang dah ada perubahan, boleh rujuk web WU pada link post.
DeleteKebetula saya Baru buat payment ke indonesia.. jadi duit TRS boleh dapat Ka kepada penerima? .nak tya duit ni penerima boleh ambil dekat mana2 bank tak sis?..
ReplyDeleteya, duit boleh terus ambil di agen/bank yang ada servis WU shj.
DeleteAssalmualaikum,Saya nakntanya Saya dpt email Saya Ada terima duit kononnya dari Dubai sebnyak rm 50000 lepastu katanya Saya dikenaakan case Bayaran fees tu sebnyak 725 us dollar betul ke ? Ni Gila ke apa.. ? Entah2 scammer Tak? Adoii betul Tak betul ni keliru Saya dibuatnya x fhm.😂😂😂
ReplyDeleteJangan layan, scammer.
DeleteTerima masage dpd western unitered supaya semak akaun sya ada western union ada terima wang kirim kpd saya 8132085575
ReplyDelete