Sambutan ambang tahun baru 2015 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Usaha yang baik, namun perlu kepada penambahbaikan.
(sumber gambar : utusan.com)
Usaha yang baik, namun perlu kepada penambahbaikan.
(sumber gambar : utusan.com)
Semalam....
Telah kita tinggalkan tahun 2014 yang pilu,
8 Mac hilangnya secara misteri MH370,
Tanpa jejak lenyap seperti ghaib!
Hikmahnya....
Alunan kalam suci mula berkumandang,
Di radio dan tv semuanya bertukar rentak,
Musibah yang melanda membuat kita mencari Tuhan!
Belum pun reda sendu MH370,
MH17 pula ditembak jatuh pada 17 Julai,
Tragedi berlaku pada ketinggian 33,000 kaki,
Pembunuhan beramai-ramai yang tragis!
Disember penutup tirai 2014,
Ujian banjir luar biasa melanda negara,
Kematian kemusnahan berskala besar terjadi,
Jika alam sudah berbicara kita tak mampu berkata apa!
Hikmahnya...
Kita menjadi bersatu dalam semangat membantu,
Kita lupakan segala perbezaan parti dan negeri,
Kita menjadi dekat dengan Tuhan kerana rasa persaudaraan!
Musibah yang berlaku...
Mengubah retak sambutan ambang tahun baru,
Tiada lagi selerakan pesta tahun baru,
Yang biasanya penuh dosa maksiat dan pembaziran!
------------------------------------------------------------------------------------------------
Telah kita tinggalkan tahun 2014 yang pilu,
8 Mac hilangnya secara misteri MH370,
Tanpa jejak lenyap seperti ghaib!
Hikmahnya....
Alunan kalam suci mula berkumandang,
Di radio dan tv semuanya bertukar rentak,
Musibah yang melanda membuat kita mencari Tuhan!
Belum pun reda sendu MH370,
MH17 pula ditembak jatuh pada 17 Julai,
Tragedi berlaku pada ketinggian 33,000 kaki,
Pembunuhan beramai-ramai yang tragis!
Disember penutup tirai 2014,
Ujian banjir luar biasa melanda negara,
Kematian kemusnahan berskala besar terjadi,
Jika alam sudah berbicara kita tak mampu berkata apa!
Hikmahnya...
Kita menjadi bersatu dalam semangat membantu,
Kita lupakan segala perbezaan parti dan negeri,
Kita menjadi dekat dengan Tuhan kerana rasa persaudaraan!
Musibah yang berlaku...
Mengubah retak sambutan ambang tahun baru,
Tiada lagi selerakan pesta tahun baru,
Yang biasanya penuh dosa maksiat dan pembaziran!
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang yang sabar, yakni orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan 'Innalillah wa inna ilaihi raji'un'."
(Surah al-Baqarah: 155-156)
Masih banyak HIKMAH MUSIBAH yang boleh kita kutip, jika kita renung dan berfikir. Musibah juga adalah ujian, samada untuk menghapuskan dosa-dosa kita atau mengangkat darjat kita di sisi Allah (selagi kita tetap mengingati Allah di saat menerima musibah). Sedih bila baca luahan sahabat blogger yang tinggal di pusat pemindahan banjir, masa makan ramai berebut tapi masa solat ramai yang buat tak tau! Mungkin perlu dibuat tazkirah di pusat pemindahan banjir untuk slot kaunseling.
semoga tahun ni kita menjadi lebih baik :D
ReplyDeletehikmah diberikan musibah supaya kita sentiasa sedar dengan kewujudan dan kekuasaan Allah swt..
ReplyDeletebtw,,iqha singgah sambil main klik2 nuff :)
itu belum lagi yang meratap pilu + memaki hamun pun ada...adoiiii
ReplyDeleteBila direnung bagaikan bila ada ujian berbentuk musibah baru nak menadah tangan memohon dan sujud padaNya...
ReplyDeleteSalam tahun baru 2015 Ujie..
memerlukan `kos' yang bukan sedikit untuk kita kembali mencari tuhan. `kos' dari segi kehilangan nyawa dan harta material, wang ringgit, bertambahnya perseteruan, kemusnahan harta dan jugak timbulnya bencana...
ReplyDeleteSeperti yg saya tulis di wall FB saya...
ReplyDelete" Mari kita perbetulkan niat. Niat itu penting.Niat itu memotivasikan kita, dan memandu kita ke jalan yg kita pilih.
Betulkan niat tentang pembatalan sambutan malam tahun baru.
Di sana sini di tulis & dikatakan " sambutan tahun baru dibatalkan bagi menghormati mangsa banjir"
Dengan rendah hati saya ingin menyeru kita semua betulkan niat, bahawasanya kita batalkan sambutan tahun baru kerana menghormati suruhan & tegahan Allah. Kita hormati tuhan yang menciptakan kita semua.
Dengan adanya niat sebegini, Insya Allah,selepas ini kita tak perlu tunggu musibah, baru kita nak elakkan benda2 yang yg tidak baik/ percampuran lelaki perempuan/ lagha."
Mungkin bagi sesetengah yang hikmah itu bermusim. Ingat tuhan ketika terkena musibah sahaja. Dapat makanan, bantuan, ibarat sudah tidak perlukan tuhan lagi.
ReplyDeleteselamat tahun baru kak
ReplyDeleteselamat tahun baru.. ada hikmah di sebalik semua yang terjadi kan
ReplyDeletesalam kenalan
ReplyDelete#598
http://www.coretanhatiibu.com/
selamat tahun baru..harap tahun baru ni lagi banyak kite semua bermuhasabah diri...
ReplyDeleteTahun 2014 yg penuh dgn cabaran dan berita sensasi bagi rakyat Malaysia. Semoga tahun 2015 ni akan lebih baik utk kita semua.
ReplyDeleteselamat tahun baru moga tahun ini lebih baik dri sebelumnya... inshaAllah..
ReplyDeleteSalam Tahun Baru 2015 Ujie......
ReplyDeletesetiap sesuatu yg berlaku itu pasti ada hikmahNya kan
ReplyDelete