Friday, 16 January 2015

Pelancong Miskin

...kisah lebih 14 tahun lalu...

Istilah 'pelancong miskin' ni digunakan masa saya kat universiti dulu. Selama 4 tahun belajar, saya dan sekumpulan kawan-kawan memang rajin berjalan/bercuti. Sama ada ke pulau, hutan lipur atau mendaki gunung. Agak-agak dah nak cuti semester je, mulalah kami buat perjumpaan dan berbincang. Eh, masa tu penggunaan telefon bimbit tak popular tau sebab mahal sangat. Cara nak buat temujanji tu, kena bagitau melalui telefon rumah (bagi yang duduk rumah sewa) atau pergi cari kat bilik asrama. Lepas tu kita duduk berbincang nak ke mana, pengangkutan, penginapan, kos dan bahagi-bahagi tugas. Biasanya ada beberapa kali perjumpaan sebelum bertolak.

Disebabkan kami pelajar cuma bergantung duit pinjaman pelajaran/biasiswa/ehsan ibu bapa/hasil bekerja 'part-time', maka segala aspek perancangan dibuat mestilah dengan bajet rendah. Pengangkutan nak murah, tentulah bas/komuter menjadi pilihan. Guna teksi jika terpaksa je, contohnya di tempat-tempat yang tiada pengangkutan bas barulah cari teksi. Itu pun puas tawar-menawar. 

Tempat tidur pulak kami cuma gunakan khemah, walaupun kami pergi ke pulau. Contohnya, masa ke Pulau Perhentian, Terengganu kami cuma berkhemah dan dikenakan sedikit bayaran untuk setiap tapak khemah. Untuk mandi kena bergilir menggunakan bilik air yang tak sempurna mana pun, tapi sebab nak murah kenalah terima. 

Bab makan, masing-masing dah ada tugasan bawa keperluan memasak tertentu atau bawa makanan tertentu. Kerja memasak biasanya dibuat secara bersama. Masa nilah saya belajar masak nasi dengan periuk biasa! Memasak dalam keadaan tak sempurna ni, membuatkan kita belajar cara hiris bawang tanpa papan pemotong, buka tin sardin menggunakan pisau (bukan alat buka tin) dan macam-macam lagi. 

Tiada ole-ole. Dengan bajet rendah, kebanyakkan kami tak beli sebarang ole-ole bila ke mana-mana. Sekadar tengok-tengok dan berlalu. Masa nilah terkeluar kata-kata 'pelancong miskin'!

Baju kenangan...kali pertama digunakan semasa mendaki Gunung Stong, Kelantan.

Begitulah serba ringkas bagaimana saya dan kawan-kawan boleh berjalan-jalan masa muda remaja dulu. Walau macam leceh masak sendiri, tidur dalam khemah tapi semua tu dilalui dengan seronok sebab adanya kawan-kawan. Lepas tamat belajar, masing-masing bawa haluan dan sibuk dengan kerjaya serta komitmen membina kehidupan berkeluarga. Bila dah kerja...duit ada, tapi masa tiada. Masa belajar dulu, masa ada tapi duit takde. Begitulah hidup!

---------------------------------------------------------------------------

Sekarang ni dah lebih senang untuk merancang percutian bajet rendah. Semua boleh dibuat menerusi carian internet. Penginapan bajet pun dah banyak, ada serendah RM10 untuk dorm. Pengangkutan awam pun lebih selesa dan mudah. Banyak jugak tempat menarik yang tak perlu bayaran atau bayaran minima. Bercutilah ikut bajet sendiri, dekat pun takpe kalau itu je bajet yang kita ada. Pilihlah tempat yang kita boleh minimakan kos dan mengikut bajet kita.


~ catatan ni terhasil disebabkan pertanyaan dari cik adik Hanamiko Sakura mengenai cuti-cuti bajet. Mungkin boleh bagi sikit idea dengan catatan ni. ~

11 comments:

  1. betul tu..mana yang boleh di cut, kita cut..

    ReplyDelete
  2. bajet yang kecil pun boleh digunakan untuk berjalan :D

    ReplyDelete
  3. Begitulah kehidupan kan Ujie.. bila ada masa , duit pula terhad.. bila ada duit, masa pula terhad.. betul itu Ujie sekarang memang banyak kemudahan..

    ReplyDelete
  4. best kan time budak2 dulu,
    tapi aku tak merasa panjat gunung,
    kalau jalan-jalan pun
    tumpang tido umah kawan,
    misalnya nak sangat tengok JB,
    aku pun ikut kawan tido umah dia kat Majidi..
    tak adventure,ihiks :)

    ReplyDelete
  5. Kenangan yg indah tu kan...
    Saya pun ada kenangan zaman student,cuma taklah hardcore tidur dlm khemah...hihihih...sebab di tempat saya belajar dulu, sewa2 motel mmg amat murah, dan selesa!

    ReplyDelete
  6. kenangan indah ni memang takleh nak beli kat mana2 kan kak....walaupun pelancong misking tapi tetap happy...ita tak pernah rasa semua tu masa belajar..sebab mak tak bagi...ayah sporting...tak kisah pun..janji p[andai jaga diri..kalau mak ..jangan harap lah boleh kuar...nak masuk merentas desa pun mak tak bagi..huhuhuhuh

    ReplyDelete
  7. syoknya.. sy teringin nak buat macam ni tapi xde geng yg sekepala... huhuhu

    ReplyDelete
  8. best kalau dapat kawan2 yang sporting kan...

    memang perlu bajet kalau nak pi bercutikan...takut2 sibuk bebelanja..duit tambang balik tak ada..kan ker haru tu...huhu

    ReplyDelete
  9. Satu perkara yang tak pernah saya buat masa belajar dulu. Mungkin tak reti nak plan macam ujie dan kawan2 kot. Skrg ni suka tgk time traveller afif cerita pasal tempat2 yg dia pergi. Mmg pandai betul cari jalan.

    ReplyDelete
  10. Kira adventure jugak Ujie ni.....Seingat OKje cuma sekali jer berjalan dengan kenkawan . Pergi Langkawi, tap tak delah sampai masak gitu.....tapi bajet tetap bajet....

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****