Thursday, 11 December 2014

Chestnut/Buah Berangan : Cubaan Memasak Sendiri

Biasanya makan buah berangan yang orang jual tu je kan...
Tapi kali ni, saya cuba masak sendiri di rumah.

Jumpa buah berangan di pasaraya Jaya Grocer. Harga sekilo RM13.90. Yang ni dalam setengah kilo, harga RM7.01. Sebenarnya saya memang tak tau macamana nak masak buah ni. Buat carian kat internet, ada yang kata dia rebus pakai pressure cooker, pastu baru goreng tanpa minyak (saya biasa sebut SANGAN). Ada pulak yang sebut sangan dengan biji kopi, kalau nak aroma sedap.

Buah ni asalnya memang keras tau. Disebabkan takde pressure cooker, maka saya pun rebus selama 1jam. Lepas 1jam tu, saya cuba potong dengan pisau (hati-hati) dan cuba makan. Nampaknya memang tak berapa lembut. Gambar kat atas ni buah berangan selepas direbus.

Agak-agak dah tos, saya sangan ia bersama biji kopi. Mana dapat biji kopi besar-besar tu? Kebetulan memang ada simpan biji kopi Starbucks, orang bagi. Tapi sebab ia biji kopi mahal (kot), saya tak guna banyak untuk sangan buah berangan ni. Saya sangan sehingga kulit keras buah ni merekah. Tapi bukanlah setiap biji tu akan merekah, agak-agak dah banyak merekah tu kita berhentilah sangan. Pastikan pada biji yang merekah tu, kadar merekahnya agak-agak separuh biji, barulah isinya betul-betul lembut dan sedap dimakan. 

Kalau korang tau cara yang lebih tepat, bolehlah kongsikan. Saya cuma cuba berdasarkan info internet, Alhamdulillah memang sedap. Dapur pulak jadi wangi dengan aroma biji kopi sangan. Lain kali nak cuba sangan terus, boleh tak buah ni masak?

----------------------------------------------------------
Buah berangan dikatakan berasal dari negara China. Harganya mahal mungkin sebab proses nak dapatkan buah ni yang agak susah. Kulit luarnya (buah utama) tu sangat tajam. 

(sumber gambar : malaysiaria.com)

24 comments:

  1. oo.. mcm tu rupanya kulit luar dia ye.
    ira tak pernah masak buah ni.. hihi..
    makan je penah. :)

    ReplyDelete
  2. Alahai kesiannya adik kakak ni.
    Meh kakak ajar yg ini konfirm menjadi sebab kakak dulu masa champing sekolah kami pernah buat. Sangan dengan pasir bila kulit dah retak sebiji-dua mesti masak punya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa..sian kan, nak masak tapi tak reti pun!
      Pakai pasir ya. Sebab nampak org jual tu sangan guna mcm batu kecik hitam.
      ok kak zakie, thanks a lot!

      Delete
  3. sangan ngan pasir Kak Zakie? tak kotor ker kalau merkah? saya tak pernah sekalipun masak mende ni.. selalu beli jer.. isi dalam dia sikit2 macam ubi kayu kan? sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terfikir gak tu, so, kita guna pasir yg kasar2 (mcm kak Aziela kata).

      Delete
  4. Salalu mkn tapi tak tahu memasaknya.pasni boleh cuba masak semdiri..

    ReplyDelete
  5. dulu masa kecik2, mak pon sangan dengan pasir macam kak zakie bagitau...^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok, mengesahkan lagi cara masak guna pasir. Tq.

      Delete
  6. oh macam tu ek cara nak masak buah berangan ni, saya pun suka makan berangan...selalu beli dekat tepi jalan je :)

    ReplyDelete
  7. Assalam K.ujie,
    memang sedapkan buah nih...

    ReplyDelete
  8. Kak Zakie, mcm yg jual tepi jalan tu tak silap saya diorang goreng dengan pasir dan batu juga kan? Basuhlah dulu pasir tu kot...tp kena pasir yg kasar2 tu. Ujie, first time akk tgk kulit luar buah ni. Dlm citer kartun pun buahnya dh siap berkupas la yer...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak Aziela, bagi idea pasir kasar2 tu. :)

      Delete
  9. xpernah makan buah berangan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat sis takde org jual ya..kalau ada jumpa, boleh try..

      Delete
  10. Acik pun biasa beli yang siap masak je ujie..boleh terus dimakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa mmg beli je, ni tergoda tengok saiz besar2. Pastu mmg saja nak try masak sendiri. hehe

      Delete
  11. yg saya buat tu amik masa 1jam 1/2 gitu (rebus+sangan). Tapi lps ni dah tak payah rebus, tu kak zakie bagitau sangan je terus dengan pasir. :)

    ReplyDelete
  12. sedapnye buah berangan..dekat jaya grocer ek??nk try buat sendiri la..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, kat jaya grocer akak beli. Pasaraya lain tak perasan lak.

      Delete
  13. Susah rupanya nak masak buah ni yeh Ujie.....kalau cenggitu beli siap ajelah huhu...

    ReplyDelete
  14. Sangan tu saya panggil sangai maksudnya goreng kering tanpa minyak. Sedapnya buah berangan. Saya selalu beli yg dlm peket siap kupas tu. Dulu arwah mak selalu gorang guna pasir. Tak tau la apa fungsi pasir tu.

    ReplyDelete
  15. Rajinnya masak sendiri, saya rasa macam pernah tengok orang masak dengan pasir.

    ReplyDelete
  16. Sekali jer pernah makan buah berangan nih. Baru tau mcm tu rupa asal buah berangan ☺

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****