Wednesday, 24 December 2014

Bersinarlah Duhai Mentari!

Musim hujan dah tiba. Khabarnya, situasi di Pantai Timur pun kian memburuk. Kelmarin, penerbangan suami saya ke Terengganu pun terpaksa berpatah balik ke KLIA. Gara-gara kapal terbang gagal untuk mendarat di sana. Selepas menunggu beberapa ketika, barulah terbang semula ke Terengganu.

Saya yang kat rumah ni pun risau, sebab ada bahagian rumah yang bocor. Bukan setakat menitik, tapi mengalir dan bertakung di lantai. Mula-mula satu tempat, lepas tu merebak ke beberapa tempat lain. Cepat-cepat hubungi pihak pemaju, mintak baiki. Mujurlah rumah masih dalam warranty. Geram jugak sebenarnya, rumah baru tapi boleh bocor pulak! Dugaan...sabar jelah.

Ya Allah, berikanlah mentari Mu...surutkanlah banjir.


~ sewaktu saya menulis ni, cahaya mentari mula kelihatan setelah beberapa hari hujan/mendung. Alhamdulillah! Moga terus bersinar. ~

23 comments:

  1. aminn :) mudah mudahan banjir akan surut kan kak ujie :)

    ReplyDelete
  2. JB ni hujan juga tapi tak memanjang. Sekarang di luar pejabat kakak nampak ada sinar mentari tapi suram aje. Ujian penduduk pantai timur setiap hujung tahun inilah Ujie. Kakak berdoa moga cepatlah surutnya.

    Kalau masa dlm proses membuat rumah tak dijenguk-jenguk memang tak mustahil jadi macam itu Ujie. Developer bukan supervise pun kontraktor yg buat. Rumah pertama kakak dulu macam itulah tak ada pengalaman. Masuk yg kedua-ketiga sebaik dah tahu mana tapaknya rumah pilihan kita, abang selalu pergi tengok-tengok sampailah dpt kunci..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya mmg hampir tiap minggu jenguk, tapi dpt tengok dari jauh je. Sbb pemaju dah buat penghadang tinggi sekeliling tapak projek, tak boleh masuk. Bila dah siap sepenuhnya baru penghadang dibuka. Tak boleh nak buat apa dah. :(

      Delete
  3. Alhamdulillah...KL ni pun sama...baru la panas sikit ni...semalam sehari suntuk hujan...

    ReplyDelete
  4. kesian diorang.. moga cepat surut airnya.. kawan saya duk dekat ngan pantai.. katanya bila malam takut dengar bunyi angin.. takut2 ombak sampai depan pintu rumah.. saya dengar pun seriau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ngeri..risau kalau dok dkt pantai. angin mesti kuat sgt tu.

      Delete
  5. Ujian tu..sabar ya...
    Saya membayangkan, kita risau bila rumah kita bocor sikit....Tapi bayangkan ujian saudara mara kita di Pantai Timur..Allah, habis sampai ke bumbung dinaiki air,

    PS: nanti saya tanya rumah adik ipar saya di situ, ada kebocoron juga ke tidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ckp doc, bocor sikit (tapi pd saya besarlah) dah risau sedih..apatah lagi perasaan mereka yg rumah tenggelam. Ujian hebat.

      kalau jiran kanan kiri saya ni takde masalah bocor, tapi ada masalah lain la pulak.

      Delete
  6. Petang ini hujan dah reda kat kawasan rumah saya selepas turun mencurah sejak pagi tadi.
    Doa memohon Allah menjauhi musibah banjir ada dalam surah Hud ayat 44....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahai bumi telanlah airmu, wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu. Amin...

      Delete
  7. hari ni alhamdulillah angin pun agak berkurangan..hujan pun cume sekali sekala je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..moga2 Eita selamat. kalau musim hujan je mesti teringat ita tau.

      Delete
  8. kat shah alam mendung sepanjang hari..sesekali hujan. rasa nak mengeloh kain baju susah di urus..tapi bila teringat insan dilanda banjir bertukar pakaiankah mereka..lalu bersyukur saja..

    ReplyDelete
  9. menurut katanya mentari memang dah keluar kat Kelantan tapi air masih terus naik sebab air baru sampai dari hulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kpd masalah limpahan air sungai, katanya.

      Delete
  10. boleh nyanyi lagu hafiz ... 'matahari'

    ReplyDelete
  11. camtu la kita surirumah kan, dok jaga matahari/hujan. Jap menyidai, jap lari angkat lak! hehee

    ReplyDelete
  12. Tadi sampai ptg jugaklah sinaran mentarinya.....sempat jugaklah kering baju mak tau Ujie hihi .... Dua tiga hari ni jenuh menyettlekan baju lembabn Terpaksa gi htr dobi, separuh lagi gi dobi self service jugak....huhu

    ReplyDelete
  13. Semoga Allah rahmati kita rakyat Malaysia ni dan dijauhkan kita daripada bala.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****