Thursday, 5 June 2014

Kg. Taman Sedia...Suasana Desa di CH

Catatan tertangguh, cerita sekitar Mei lalu. 

Kunjungan ke Cameron Highlands (CH) kali ini membawa misi untuk merasai kehidupan suasana desa penempatan Melayu Muslim di kawasan tanah tinggi. Kewujudan Kampung Taman Sedia ni baru disedari pada kunjungan terakhir saya ke CH, sekitar bulan Jun tahun lalu. Masa tu saya dan suami cuma sempat berkunjung ke salah sebuah ladang strawberi di kampung tersebut - YZ Agro Farm. Boleh baca kat link INI.

Info ringkas : Kampung Taman Sedia telah dibuka dengan rasminya oleh Sultan Pahang pada September 1974. Kampung ini merupakan penempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands. Ia mula di buka secara bergotong-royong pada tahun 1959. 'Taman Sedia' bermaksud taman tersedia. 

ROS CHALET
Beberapa minggu sebelum pergi, saya buat carian Internet untuk memilih bilik penginapan di Kampung Taman Sedia. Setelah dipertimbangkan, saya pilih Ros Chalet. Suami ikut je pilihan saya...

Dari jalan raya, tak nampak rupa chalet ni. Kedudukannya tersorok. Tapi bila melangkah masuk sini je...wah! Tersenyum lebar saya. Syukur, tak salah pilih. Kalau tak, habis kena kutuk dengan suami. Tempatnya nampak cantik, bersih dan tenang. Lagi pulak masa kami datang ni hari Ahad petang. Memang takde pengunjung lain, kecuali kami berdua. Tapi tak perlu takut, sebab rumah pemilik chalet kat sini jugak (ada kat sebelah kanan gambar ni). Pemiliknya mesra dan baik tau!

Bilik penginapannya bukan sebaris ni je, ada lagi kat bahagian lain. Satu lagi tarikan kat sini, nun kat hujung yang tak jauh mana tu ada sebatang sungai. Maksudnya, chalet ni berada di tepi sungai. Dan kat situ jugak ada tempat untuk makan/bersantai.

Rupa bilik yang sesuai untuk 2 orang dewasa - RM100. Saiz bilik memuaskan, masih ada ruangan yang selesa untuk kita solat (sebab pernah solat atas katil kat sebuah bilik penginapan di pekan Tanah Rata dulu, bilik kecik sangat). Ada disediakan TV, tapi takde kipas mahupun aircond. Tapi semua tu memang tak perlu sebab kat sini sangat sejuk. 

Dari segi kebersihan bilik memang memuaskan, cuma mungkin dinding perlu cat semula bagi nampak elok. Kebersihan bilik air pun ok. Bab kebersihan memang saya perhatikan sebab selalu tak lalu nak guna bilik air kat hotel/chalet yang tak diberus dinding/lantainya.

Inilah tempat untuk kita makan-makan atau duduk bersantai. Tapi takde dapur masak, cuma ada cerek elektrik, sinki dan pinggan-mangkuk. Kalau nak BBQ pun ada tempat pemanggangnya. Seronok duduk kat sini, sambil menikmati pemandangan hijau hutan di seberang sungai dan menikmati deru aliran sungai. Tapi....

...yang tak seronoknya bila tengok air sungai ni keruh! Saya yakin, dulu mesti air sungai ni jernih cantik je. Tapi dek pembangunan yang tak mampu ditolak, sungai ni jadi mangsa. Oh ya, yang pasu banyak-banyak tu tanaman strawberi tau. Tapi tak boleh petiklah kan, walaupun geram tengok ada yang berbuah merah-merah. Pendek kata, saya suka bersantai kat sini. Lagi pulak sambil makan strawberi celup coklat!

Antara yang menarik perhatian saya kat Ros Chalet ni.

Apa yang best bila menginap kat chalet Kampung Taman Sedia ni? Tenang dan sangat damai! Itu yang saya rasa. Jauh dari bunyi bising kenderaan yang tak putus-putus (seperti yang saya alami masa menginap di Iris Hotel, Brinchang) dan jauh dari bunyi bising manusia yang jenis tak tidur malam (seperti yang saya alami masa menginap di sebuah hotel bajet pekan Tanah Rata). Dan tambah best bila boleh dengar laungan azan dari surau berhampiran. Lagi pulak waktu Subuh, bertambah tenang rasa hati! 

Bagi yang berminat nak menginap di Ros Chalet, boleh hubungi 012-5838060 / 019-5782044. Lokasinya bersebelahan dengan Tadika Islam Taman Sedia. Ada jugak bilik untuk keluarga ya, korang telefonlah sendiri untuk info lanjut. Sebab saya lupa nak tanya lebih-lebih. Yang pasti, tempahan kena buat awal kalau korang nak menginap pada musim cuti sekolah atau cuti hujung minggu. Saya menginap hari Ahad malam Isnin dan di luar musim cuti sekolah, memang kosong dan bebas menggunakan kemudahan yang ada. 

---> misi seterusnya...riadah pagi. Bersambung...


Jom sokong bisnes Muslim di CH!!!

***update 20 Mac 2016 : Baru-baru ini, saya nak menginap lagi di Ros Chalet. Malangnya mesej WhatsApp tidak berbalas, panggilan telefon tidak berangkat (keduanya saya cuba berkali-kali). Akhirnya saya terus je ke Ros Chalet, pun tiada orang walaupun dah tekan loceng banyak kali. Beberapa bulan sebelum tu, kakak saya yang bercadang nak menginap di sini pun mengalami kisah serupa (mesej dan panggilan tidak berjawab).   

Disebabkan post ni mendapat carian yang tinggi, dan tak mau ramai pembaca yang kecewa (bila cuba berurusan dengan pihak chalet). Maka terpaksa saya update begini. Harapnya, pihak chalet akan memperbaiki mutu servis.***

21 comments:

  1. nyong angger mareng cameron mesti mampir surau de eh
    solat nang kene,
    nyaman waie, lantai ney kok adhem :)
    nang mburi de eh enek nandor ei kobes gedi2
    sukak bener nyong ndelok ei
    tapi nyong orak pernah turu nang kono..

    **ngopo ei geng wassap kok meneng waie :)

    ReplyDelete
  2. Eh...Ujie, jowo yo. Nengok Tihara ngomomg jowo.. Teringin juga nak lepak di Sedia Raja ni. Next time nak cuba homestay kat sini, Insya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyo kak..yok ngomong jowo! tapi orak lancar lah..

      Delete
  3. Menarik tempat ni. Boleh la pegi sini kalo ke CH lagi nnt insyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Ok...good review secara generalnya, boleh consider kalau ke CH :) ..saya pernah nampak chalet ni masa jalan2 area Tmn Sedia ni....

    yup,mmg sedih tgk sungai yg dah mcm teh tarik tu

    ReplyDelete
  5. Kali terakhir saya ke CH pada tahun 1990an dulu...lamanya!!!

    ReplyDelete
  6. Seronoknya... kawasan tenang, nyaman dan sejuk... saya memang ada cita2 dari dulu nak beli kediaman di CH... kalau boleh nak kerja kat CH ...tapi apa kan daya takder kemampuan

    ReplyDelete
  7. best kan kak..tenang je jiwa...
    nak bercuti pun seronok...

    ReplyDelete
  8. lupa plok..buah benda yang wana purple tu?

    ReplyDelete
  9. Seronok gi CH,nyaman jer kan..
    Dah lama tak pergi...bila nk pergi lg tahu la bilanya...

    ReplyDelete
  10. tarikan istimewa CH udaranya nyaman dan sejuk..

    ReplyDelete
  11. bila kita on vacation ini memang tempat tinggal yang bersih dan kemas perlu menjadi keutamaan..saya pernah check in bilik yang nampak bersih tapi bila pergi rupanya kekemasan itu tidak seperti yang digambarkan...thanks sbb review tempat macam nie kak...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  12. Kakak nampak pokok bunga yg berderetan pun dah puas dah Ujie.
    Kalau boleh beli sepasu bawa balik lagi seronok ni:)
    Sewa murah sangatlah kalau cuma seratus aje..

    ReplyDelete
  13. Ada perasan chalet ni masa kami ke taman sedia tu.

    ReplyDelete
  14. teringin jugak nak p cameron & tido di sana...arap2 ada rezeki di kemudian hari utk bercuti kat sana...amin...

    ReplyDelete
  15. yelah saya cuba wassup puan ros ni pada 27 Mac 2016 tp takde jawapan. akhirnya saya terpaksa booking apartment di tanah rata nih. tp yg sedihnya lepas jer saya tranfer deposit booking masa tu lah baru puan ros jawab wassup saya. kecewa gak rasanya sbb harga yang ditawarkan amatlah berbaloi dan murah sedangkan apartment yg saya booking tu 2x ganda. tp puan ros ada bagitau beliau baru pulang dari indonesia malam tadi so pasal tu beliau tak jawab wassup.

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah, ramai yang berpuas hati dengan perkhidmatan di chalet kawan sekampung saya ni. Terima kasih kerana beri review yang baik untuk kampung kami.
    Mohon izin tuan tanah ni. Nak iklan sikit. Jika tuan/puan memerlukan penginapan untuk keluarga (10 pax) sila wassap saya di 0174977811 atau Google saja Fauziz Homestay Cameron Highlands.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah, ramai yang berpuas hati dengan perkhidmatan di chalet kawan sekampung saya ni. Terima kasih kerana beri review yang baik untuk kampung kami.
    Mohon izin tuan tanah ni. Nak iklan sikit. Jika tuan/puan memerlukan penginapan untuk keluarga (10 pax) sila wassap saya di 0174977811 atau Google saja Fauziz Homestay Cameron Highlands.

    Terima kasih.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****