Monday, 2 June 2014

Isu CADBURY : Keliru?

Keliru...pening. Sekejap haram, sekejap halal.
Yang mana satu betul? Jangan main-main dengan isu halal!
Kata mereka (dan kita, juga saya).
Marah.

Kawan...jangan cepat melatah dan marah.
Kawan...jangan cepat menuduh dan bersangka buruk.
Kawan...fikir dan fahamilah sesuatu isu sebelum menjatuh hukum.
Bertenang.

Mari kita kaji, siapa yang kata Cadbury ada DNA babi?
Keputusan ujian pada bulan Februari oleh KKM yang mengatakan begitu.
KKM memang ada autoriti di bawah Akta Makanan 1983.
Tetapi tiada autoriti untuk bidang pengesahan halal.

Mari kita kaji, siapa yang ada autoriti untuk pengesahan halal?
Hanya Jakim, dan Cadbury telah mendapat sijil halal sejak tahun 2004.
Pemeriksaan secara berkala dilakukan untuk memastikan pematuhan halal.
Pemeriksaan terakhir adalah pada 20 Februari, dan masih patuh halal.

Mari kita fahami, hanya JKM yang ada akreditasi untuk ujian DNA babi.
Akreditasi tersebut diberikan oleh Jabatan Standard Malaysia.
Hanya hasil ujian JKM yang digunapakai oleh Jakim untuk pensijilan halal.
Bukan hasil ujian KKM.

Jadi, halal ke haram Cadbury ni???
Ianya HALAL menurut Jakim selaku pihak yang bertanggungjawab dalam isu halal.
Mereka sudah menjalankan tugas mereka mengikut prosedur yang ketat.
Terpulanglah pada pengguna untuk percaya atau tidak.

Masih tak percaya ia HALAL?
Maka, tinggalkanlah makanan yang kita rasa was-was.
Tak perlu menuduh yang buruk-buruk dan menyangka yang teruk-teruk.
Jangan menambah dosa dengan tuduhan dan sangkaan tanpa asas.

---------------------------------------------------------------------

* KKM - Kementerian Kesihatan Malaysia
  Jakim - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
  JKM - Jabatan Kimia Malaysia

** untuk kenyataan media berkenaan keputusan yang diumumkan tadi, sila klik DI SINI.


Nota hati : Maaf kawan, andai pendirian kita berbeza. Cuma saya rimas melihat status/komen kasar dan berbaur tuduhan liar terhadap Jakim. Memang ada yang boleh dipersoalkan, tapi bukan untuk digaduhkan.

18 comments:

  1. saya pun terkedu ... tp kalau was was baik x payah makan kan... mujurlah sy bukan pengemar cadbury huhuhuhu.. tp pernahlah jugak makan yg black forest

    ReplyDelete
  2. Bermacam isu yg timbul ye Ujie.. jap haram jap Halal..
    Kalau was-was sebaiknya tinggalkan saja.. betul kata Ujie tu..

    ReplyDelete
  3. Islam itu mudah..
    Kalau was was, tinggalkan...tak mati pun tak makan coklat...:)

    ReplyDelete
  4. Pada acik akan tinggalkan..sebab dah meraguinya..itu je

    ReplyDelete
  5. seng bener ney
    nyong ki wes suwi orak mangan cadbury
    entes arek tuku waie mentu berita ngomong
    orak halal ki.
    saiki orak dhadi lah tuku ney
    masih was2 gitu..

    ReplyDelete
  6. rasa was was, toksah beli. bnyk coklat lain boleh mkn..

    ReplyDelete
  7. Berapa peratus sangat orang Islam yg hari2 makan coklat? Kalau beras tak halal patut pun jadi isu besar, ini cuma coklat (kebetulan saya tak suka coklat!!)

    ReplyDelete
  8. Sejujurnya kakak sekeluarga dah makan cadbury berkilo-kilo Ujie. Kami sekeluarga memang membeli cadbury setiap kali berbelanja. Bila difatwakan haram semua stok dlm freezer terus kakak buang tak kira yg tak dijatuhkan haram pun kakak buang - kami sekeluarga jadi syak, dzan dan waham itu yg terus buang (tak kira duit dah masa tu sebab kesalnya Allah aje yg tahu).

    Sekarang nak beli coklat mama/papa kena check dulu.

    Entahlah belum tergerak lagi nak beli cadbury walau dah dikatakan halal. Tunggulah bagi kami sekeluarga rasa lega dari kesalnya dulu.

    ReplyDelete
  9. Setuju dengan DZ... kalau was2 jugak tak payah makan langsung .. kalau ada stok buang aje macam KZ tu...habis ceriter..

    ReplyDelete
  10. pernah beli makanan yang langsung tiada tanda halal (dari jakim, tapi badan agama negara luar). tetap makan je tanpa was-was. apa ada hal...

    ReplyDelete
  11. pandangan saya yg berkerja dalam bidang pendaftaran produk dan melibatkan pengesahan dr institusi kerajaan pula, saya agak terkejut bila surat pengesahan dari KKM bole keluar dengan sangat cepat dan pada hari sabtu..mula2 tersebar di media sosial, saya fikir tunggu KKM sahkan, dan proses tu tak mungkin berlaku dengan cepat.. tapi bila sangat cepat, saya tahu bende ni dah lama kesan, cuma didiamkan..

    tapi kemudian JAKIM kata mereka akan cek semula, ambil masa beberapa hari..jadi ok tak apa, kita tunggu ujian makmal, walau saya agak kecewa, ketika produk ni dalam status 'syubhah', JAKIM bertegas kata halal dan tiada penggantungan sementara dibuat(sedangkan waktu kes daging kuda dikesan pada bebola daging halal di TESCO UK, mereka tarik balik semua produk bebola daging sehingga dibuktikan halal)..manakala fatwa pula keluar sebelum keputusan analisis keluar..

    dan sewaktu saya belajar dan juga kerja sekarang, untuk tujuan pengesahan, sample yang digunakan sepatutnya randomly pick dari pasaran, bukan semata dari kilang..kalau sample yang dah diambil dari beberapa kawasan pasaran ada keputusan yg berbeza, namun dalam tolerant limit yang ditetapkan, maka keputusan itu boleh diterima..produk Cadbury bukan dipasarkan di tepi2 jalan dan dijual secara terdedah, ia dibungkus siap dari kilang..dan kita pengguna bukan beli direct dari kilang berapa kilo kita mahu dalam bekas sendiri, sbb itu ujian pengesahan perlu dilakukan pada sample di pasaran..

    tentang akreditasi makmal pula, banyak faktor yang mempengaruhi..adakala sesetengah makmal mmg tidak memohon akreditasi kerana limitasi tertentu, tapi analisis yang dijalankan masih boleh diterima jika method of analisis itu mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan telah divalidasi..hakikatnya, universiti2 di malaysia pun bukan semua mendapat akreditasi makmal, tapi kajian yang dilakukan mendapat pengiktirafan antarabangsa..kerana method telah divalidasi dan mengikut spesifikasi yang dibenarkan..

    jadi sekarang terlalu banyak grey area pabila KKM-JKM-JAKIM seakan memberi jawapan mudah terhadap isu halal-haram sesuatu produk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa KKM buat ujian ke atas Cadbury, bagaimana dgn jenama lain? kenapa KKM berdiam diri (result bln 2, tapi bln 5 baru hebah)? kenapa KKM tak laporkan terus kpd Jakim utk tindakan penarikan sijil halal?

      kenapa Jakim tak ambil sample dari beberapa tempat (kilang dan pasaran)? Terlalu banyak persoalan.

      thanks Fadh, banyak info yang akak dapat dari komen fadh ni. Nampaknya bukan Jakim je kena buat penjelasan, KKM pun mesti jelaskan bagaimana smua ini bermula.

      Delete
    2. Bagus komen Cahaya Kemuliaan ni. Yang saya nampak pasal kes ni.... semuanya tentang kuasa dan duit. Saya percaya, dakwaan pertama [Cadbury ada DNA babi] adalah yang paling benar. Statement selepas tu hanya coverline dan nak tutup cerita sebab dah dapat tekanan dripd org2 yang ada kuasa dan duit. Wallahua'lam. Buat masa ni, keyakinan saya pada Cadbury memang zero, wp JAKIM dah kata halal. Masa depan tak tau la. Sorry le Cadbury, anda dah hilang sorang pembeli tegar coklat anda.

      Delete
  12. sebenarnya benda-benda ini terjadi sebab ia dilaporkan tanpa mengikut prosedur yang betul..media pun memain peranan yang penting dalam memanaskan isu ini sebelum keputusan dibuat..sebab tu ramai orang keliru dengan kes ini...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn azlan, media yg mensensasikan isu ni sampai org keliru. Org pulak biasanya tak kaji kronologi kes, terus buat kesimpulan.

      Delete
  13. Pd pendapat saya mengenai 'pencuri lari', kebarangkaliannya tipis sbb ia melibatkan bahan buatan dan proses dlm kilang. Tak mudah nak cepat2 tukar dan hapus setiap inci bukti.
    Cuma utk lebih yakinkan org awam, ada baiknya Jakim check coklat dari kilang & pasaran.

    ReplyDelete
  14. mujur lah ita tak berapa suka cokelat..jadi takde lah nak gaduh2 pasal ni

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****