Friday, 25 April 2014

Obama Oh Obama



Kuala Lumpur - Kawalan keselamatan diperketatkan menjelang ketibaan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama di ibu negara pada Sabtu ini.

Menjadi tradisi apabila pemimpin tertinggi AS itu berada di luar negara, tahap keselamatan sama ada di jalan raya mahupun ruang udara sering dititik-beratkan. Selain kehadiran polis, beberapa jalan utama di ibu negara akan ditutup dengan 'zon larangan terbang' dikuatkuasakan menjelang ketibaan Obama di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, petang Sabtu.

Perkhidmatan Rahsia AS telah berada di negara ini sejak beberapa bulan lalu, bagi 'melindungi' laluan, hotel dan lokasi yang akan ditujui Obama. Pesawat kargo tentera AS telah mula menghantar peralatan logistik untuk lawatan Obama termasuk kenderaan sokongan dan trak sarat dengan kepingan kaca kalis peluru untuk melindungi cermin hotel yang menempatkan presiden itu.

Lawatan Obama ke Malaysia merupakan yang pertama dilakukan Presiden AS dalam tempoh 48 tahun lalu selepas kunjungan terakhir oleh Lyndon B. Jonhson pada 1966.


Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan langkah keselamatan di ruang utama akan diperketatkan.

Presiden AS ke-44 itu akan dibawa menggunakan kereta berperisai, Cadillac One yang dilengkapi dengan semua ciri-ciri keselamatan.

(sumber : berita.rtm.gov.my)

--------------------------------------------------------------------------------------
Khabarnya juga, semua aktiviti/program di Universiti Malaya (UM) pada 26-27 April 2014 dibatalkan sempena kehadiran Obama ke kampus UM pada hari Ahad nanti. Ia adalah atas nasihat PDRM bagi tujuan keselamatan. Hmmmm....

Berita kedatangan Obama kali ini nampak macam 'disambut baik' oleh semua pihak (cuma ada sedikit pihak yang berbunyi). Tak seperti berita kedatangannya pada tahun 2013 yang menerima banyak bantahan dari pelbagai pihak di negara kita. Hal ni buat saya musykil. Apa disebalik semua ini? Biarlah soalan bertemu soalan. Apa yang saya harapkan, esok (sabtu) saya dapat shopping di Jalan TAR, KL dengan aman (walaupun kat situ memang tak aman sebab sesak). Bukan shopping saja-saja, tapi beli stok jualan. Sambil-sambil tu boleh tarik suami tengok sale kat SOGO. Bukan beg/kasut yang jadi perhatian saya, tapi perkakas dapur/rumah yang jadi perhatian.


10 comments:

  1. memang xnak amik tahu pun.
    mcm2 cerita boleh keluar.
    entah mn betul dan salah.
    yg pnting hari minggu hari untk berehat.
    hehehe

    ReplyDelete
  2. obama oh obama kan ... siap dtg awl yer perkhidmatan rahsia dia org semata² nak jaga keselamatan obama ni ... terkesima sy ...

    ReplyDelete
  3. Tie depa hampir sama. Hehehe.


    So many things to say about the US's president, but never bother to put them into words.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hooh laa tie dia hampir sama
      Kembor tak seiras..ihik

      Delete
  4. Bincang MH370 salah satunyalah Ujie (itu kata anak kakak tau bukan kakak).
    Manusia mampu merancang tapi Allah lebih baik perancangannya..

    Selamat bershopping dihujung minggu Ujie:)

    ReplyDelete
  5. Yelah namanya pun orang besar Ujie...datanglah Obama oii....yg pasti mak nak window shopping hehe....Jaranglah Okje gi SOGO...hubby kurang suka sebab sesak!

    ReplyDelete
  6. Menakutkan lah bila baca protokol dia nak datang sini tu..
    dunia bagaikan milik mereka..

    ReplyDelete
  7. paranoid boleh tahan juga president us ni. cuma yg saya tak faham, cara obama disambut seolah2 dia tu adalah khalifah atau pemimpin islam. dihormat dan dibanggakan lebih2. saya memandang dia tak lain hanya seperti manusia biasa je.

    ReplyDelete
  8. bagi saya kedatangan dia dengan pemimpin negara lain macam sama jer..tak tahu kena ade sesetangah orang mengagung-agungkan kedatangan dia kat sini..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. Tiada masalah nak sambut tapi kenapa perlu di agung2kan sampai ada beberapa perkara kebaikan diketepikan untuk dia huhuhuu..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****