Sukaaaa sangat dapat setem-setem lama ni! |
Hobi yang dah lama saya tinggalkan...mengumpul setem. Nampaknya 'hidup' kembali bila dapat setem-setem lama kat gambar atas ni. Saya dapat daripada dokumen dan resit-resit lama Allahyarham Bapak. Dah 5 tahun Bapak tiada, barulah berkesempatan saya mengemas fail-failnya yang banyak. Itu pun bukan semua, masih ada lagi yang menanti untuk diteliti, dipilih dan buang yang tak perlu. Ada dokumen yang berusia hampir/lebih 40 tahun. Dengan gaya bahasa lama yang menarik untuk saya ajuk!
Mengemas fail-fail lama ni perlukan kesabaran, sebab kena membaca semua dokumen yang ada. Barulah boleh diasingkan mana yang masih perlu disimpan dan mana yang dah boleh dibuang. Bila tengok dokumen dan buku-buku yang ada, saya dapati Bapak seorang yang teliti. Setiap perbelanjaan samada untuk pembinaan rumah kami dan bisnes kedai makan & kedai runcit dicatat dengan baik dalam buku yang khusus dan ada fail khas untuk surat perjanjian dan segala resit. Lagi satu, saya dapati zaman dulu tiada setem hasil. Jadinya setem biasa digunakan menggantikan setem hasil. Sebab itulah saya dapat banyak setem lama seperti di atas ni.
Berbalik kepada cerita setem...saya rasa gembira sangat sebab dapat ambil setem lama ni secara terus dari dokumen/resit. Lain perasaannya bila dapat setem lama melalui pertukaran dengan peminat setem atau dibeli. Yang paling best, saya dapat setem 'Persidangan Pentadbiran Pos Komanwel Ke-4, 1978' (yang ada gambar orang ramai beratur kat kenderaan warna merah tu). Saya anggap ia koleksi yang mesti ada dalam simpanan peminat setem, sebab ia berkaitan langsung dengan sistem pos di Malaysia.
assalam ujie..sama dengan hobi kakzakie ye
ReplyDeleteWa salam, tu la..kebetulan arini sama entri dgn kak zakie. :)
DeleteDulu akak rajin juga kumpul setem ni ujie.. masih ada album setem tu... momentum yg indah di sebalik setem tu kan ujie ;))
ReplyDeleteBetul kak yati, ada kenangan pd setem2 yg kita simpan tu.
Deletesaya ade 1 album setem lama
ReplyDeleteSetemnya kalau takmo boleh pos kat saya...hehee
DeleteKalau dah peminat setem nampak setem rasa macam nak grap semua tu Ujie.
ReplyDeleteKakak peminat dan pengumpul setem juga tau...
Minat kita sama tak sangka kan...
Org lain nampak setem, biasa je. Kita nampak setem, hati melonjak-lonjak. :D
DeleteUjie perasan tak harga setem dulu baru 10 sen aje.
ReplyDeleteKakak tak ada setem gambar sultan Johor yg 10 sen itu. Album yg hilang dulu ada - sayang bila kenang balik.
Ni 10sen kira mahal masa tu, ada yg 1sen..2sen..5sen..best je.
DeleteAkak nak ke setem sultan johor yg 10sen tu? Saya poskan beberapa.
ini adalah antara hobi shark dulu dan sekarang..
ReplyDeletehehe..
setem komanwel pos malaysia tu mmg akak ptut simpan,
shark pn ada.
dlm simpanan shark ada basikal posmen,moto posmen dan kapal terbang untuk komanwel posmes tu :)
Hehe..akak pun ada yg posmen naik basikal tu..
DeleteBagus...hobi yang dah lama tak dengar orang buat dihidupkan kembali...memang ada perbezaan besar harga setem dulu dan sekarang...
ReplyDeletekalau tak salah bunda , dulu surat pos biasa dalam malaysia antara 15 sen dan 30 sen...sekarang 80 sen atau lebih kot..
Salam ziarah dari bunda..
Betul, beza harga dan beza suasana. Dulu murah dan ramai org hantar surat. Skrg mahal dan mmg org dah tak hantar surat. :)
DeleteRajin ujie kumpul setem..tapi seronok tengok macam2 corak..
ReplyDelete** mmg sy dah kenal dengan pegawai hospital ni..tapi dah nasib saya asyik dapat kes
Macam ni..dia pun tak tau akan jadi macam ni saat akhir..kakak dia alhamdulillah
Dapat family yang betul rela lepaskan anak dia..saya tak mahu menzalimi ibu
Itu dan takmau dizalimi kdian hari..itulah kisahnya ujie..
Saya tumpang dukacita dgn pengalaman tiha ni. Insya Allah akan tiba saat indah itu, saya doakan utk tiha.
DeleteMasa sekolah dulu kumpul stem pernah menjadi hobi saya, lagi pun masa tu banyak dapat surat (termasuk surat cinta!!). Tapi sekarang minat itu dah jauh dari jangkauan ingatan....
ReplyDeleteBanyak dapat surat...cinta? Dari sorang ke beberapa org tu JR? :D
Deleteakak pun ada satu album setem..kebanyakannya setem surat masa bercinta dulu2 hehe
ReplyDeleteHehee..mesti kalau belek album setem...fikiran melayang pada isu surat dulu2 kan..:D
DeleteSaya dulu pun suka hantar dan terima surat. Mcm lebih best.
ReplyDelete*yeay..boleh join sama. :)
lama xdengar cerita pasal orang kumpul setem nie..hehehe..rasanya last sekali time sekolah dulu kot..hehehe..tapi memang puas hati kak kalau dapat stem2 lama macam nie.hehhe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
tu pasal tajuk..hobi lama. Hobi dah hampir pupus. :)
Deletebahagia gile kalau dpt apa yg kita minat. saya faham perasaan tu ujie. sama kot perasaannya bila saya cari alatan menjahit yg susah nak jumpa kat kedai tetibe jumpa org jual kat internet. weehuu... bahagia rasa.
ReplyDeleteterima kasih kerana memahami..heheh
DeleteMeh, sama la dengan saya. Sekarang mana ntah buku tu hilang. Ada tiga segi punya setem pun tau. Haha.
ReplyDeleterugi laa..yg bersegi segi tu ilang! akak ada beberapa je setem yg bentuk pelik sikit ni.
Deleteklu leling kat internet, boleh buat duit ni.
ReplyDeleteoh..tidak! kesayangan hamba..
Delete@lelong
ReplyDeleteSetem lama di jual kat London mahal sungguh .. simpan satu hari nanti akan terlihat hasil nya :D
ReplyDeletekalau sesak2, boleh la jual ya..
DeleteWow.... bagus....
ReplyDeleteOrang yang kumpul setem ni biasanya orang yang rajin, teliti dan komited. Syabas...
ReplyDeleteerr..mcm betul, mcm tak betul sgt. :D
Deletehoho.. boleh tahan hobi. baru jumpa orang yang betul2 mengumpul setem.
ReplyDeleteyela..akak kan org lama..korang org baru mana kenal hobi ni HJ. :)
Deletedulu zaman sekoloh ada jugak kumpul...tapi lama2 tu rasa macam boring..hahahaha...tukar kepada hobi membaca...
ReplyDeletetu kes biasa..camtulah adik2 akak.
Deleterasa pernah jgk ada minat ni kejap jer.. lepas tu hilang gitu jer...
ReplyDeleteSama jgk dgn masya,minat kejap je lps tu dah malas,bagus hobi nie ujie,skrg mana ada lg dpt setem yg harganya mcm di atas.
ReplyDeletezi tak suka baca buku, zi tak suka kumpul setem..eh konpius gak apa sebenarnya yang zi minat?
ReplyDelete