Semoga sahabat blogger semua dalam keadaan sejahtera. Agak sukar menyusun ayat setelah 20 hari tak menulis di blog. Selama itu jugak tiada komen-komen saya di blog korang, pasti banyak cerita yang saya dah ketinggalan. Khabar saya...
LAPTOP
Lepas balik dari cuti Raya Haji, laptop comel saya (netbook) langsung tak boleh nak 'on'. Itulah penyebab kenapa saya berhenti menulis. Ada smartphone dan iPad, tapi tak semudah menghasilkan catatan di laptop. Sebab saya biasa buat carian & rujukan kat mana-mana laman web masa menulis tu, masukkan gambar lagi... Untuk catatan kali ni, saya guna iPad. Takde masalah sebab cuma tulis cerita peribadi (yang tak perlu kepada sumber rujukan) dan tanpa gambar.
ABAH
Ahad 27 Oktober 2013...mencatat satu lagi detik duka dalam hidup saya (terutamanya suami). Pada hari tersebut, selesai azan Subuh saya dikejutkan dengan panggilan telefon daripada sepupu suami. Berdebar...sebab kalau takde hal penting, orang tak call awal subuh begini. Seakan tak percaya...bila Ain menyebut "Pak Ngah dah takde..". Berulang kali saya bertanya, nak memastikan kata-katanya tadi. Pak Ngah iaitu ABAH...bapa mertua saya telah kembali ke rahmatullah sewaktu dalam tidurnya. Sebak...saya tak mampu berkata-kata lagi. Terkejut sangat sebab Abah takde sakit apa-apa.
Detik-detik sedih seterusnya, biarlah kekal dalam memori saya dan suami. Apapun saya bersyukur sebab kami sempat tiba di kampung. Suami dapat memangku dan memandikan Abah. Alhamdulillah...semua urusan berjalan lancar dan selesai kira-kira jam 11 lebih.
Detik-detik sedih seterusnya, biarlah kekal dalam memori saya dan suami. Apapun saya bersyukur sebab kami sempat tiba di kampung. Suami dapat memangku dan memandikan Abah. Alhamdulillah...semua urusan berjalan lancar dan selesai kira-kira jam 11 lebih.
Semoga Allah mengampunkan dosa allahyarham Abah dan menempatkan rohnya dikalangan orang beriman. Jika empat tahun lalu saya kehilangan bapa saya - BAPAK, kini saya tiada bapa mertua - ABAH.
al-fatihah dan takziah untuk keluarga...
ReplyDelete1. Patah kandar ibaratnya nak berblog kalau gadgetnya rosak..
ReplyDelete2. Innalillahi wainna ilaihi roji'uun.. Begitulah lumrah kehidupan Ujie. Akan tiba masanya kita pun menyusul juga. Moga roh-roh mereka yg telah pergi ditempatkan bersama kalangan yg beriman. Kita yg hidup jgn lupa mendoakan selalu..
SM:
ReplyDeleteTerima kasih..
KAKZAKIE:
- betul kak..ilang semangat nak menulis.
- takut mengenangkannya..ntah neraka mana bakal saya tercampak nanti..
innalillah.. takziah utk ujie sekeluarga..
ReplyDeleteAl fatihah dan salam takziah kak..semoganya rohnya dicucuri rahmat..
ReplyDeleteTakziah
-Strider-
takziah
ReplyDeleteal fatihah
moga arwah tenang disana
Al fatihah Dan salam takziah buat ujie Dan keluarga en suami..
ReplyDeletesalam takziah ujie,
ReplyDeleteal Fatihah saya hadiahkan untuk kedua arwah..
saya pun dah rasa kesedihan yg teramat sangat atas kehilangan ibu yg melahirkan..moga Allah berikan kekuatan untuk teruskan hidup dan diberkati Nya
Al fatihah... semoga roh nya dicucuri rahmat
ReplyDeleteAl-Fatihah buat bapa mentua Ujie,semoga bersama org yg beriman.
ReplyDeleteal fatihah untuk ayah mertua akak...moga roh nyer dicucuri rahmat dan di tempatkan di tempat yang mulia di sisiNye bersama2 dengan hamba Allah yang soleh...amin...
ReplyDeletebile rosak memang frust kan..yang ita punyer pun baru je baik dari sakit
Salam takziah atas pemergian FIL...
ReplyDeleteSabar ya...
Menulis guna ipad/smartfon ...mmg saya tak suka...lebih suka guna laptop/desktop...puas taip :)
Alfatihah utk abah Ujie, semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yg beriman, amin....
ReplyDeleteInnalillah untuk ujie. Sedihnya bila org yg kita sayangi pergi utk selama2nya. Patut la ujie dah lama tak update blog. Tertanya-tanya juga saya. Ke mana hilangnya awk. So, sekrang netbook dah sihat la kan? Selamat kembali berblog...
ReplyDeleteal-fatihah moga rohnya dicucuri rahmat
ReplyDeletesalam takziah buat akak dan suami sekeluarga... al-fatihah...
ReplyDeleteal-fatihah buat arwah abah.. semoga berada di kalangan para solehin.
ReplyDelete