Monday, 16 July 2012

PIKOM PC Fair 2012

Petang semalam berkesempatan ke PC Fair 2012 yang bertempat di KL Convention Centre (KLCC). Malas sebenarnya nak bersesak ke tempat begini, tapi gagahkan juga sebab nak temankan suami mencari barangnya. Kelebihan beli gajet di PC Fair ni, biasanya harga ditawarkan lebih rendah sedikit dan ada free gift untuk belian kita. Lagi satu bolehlah update diri sendiri tentang gajet yang ada dipasaran. 


(1) Melukis guna Galaxy Note...menarik dan cantik! Sama macam melukis potret biasa, kena ada model duduk depan pelukis. Rasanya servis ni free, sebab ada di booth Samsung.
(2) Beli laptop skin untuk netbook saya..RM16. Pendrive water proof 8G..RM22. Eneloop mobile booster (portable battery) 5000mAh...RM190. Tujuan saya nyatakan harga adalah untuk memudahkan korang atau sesiapa yang nak buat perbandingan harga sebelum membuat belian.


Keluar dari bangunan dah lewat senja. Tersangatlah ramai orang dari pelbagai bangsa. Yang paling tak best bila tengok remaja kita (lelaki/perempuan) masih duduk berkumpul...ada yang menari-nari, ada yang sedang bertepuk tangan sambil menyanyi. Senja...waktu untuk pulang ke rumah bagi remaja yang kelihatan masih sangat muda ni.


Menara Berkembar...di waktu senja. Menyaksikan pelbagai ragam manusia.

19 comments:

  1. dulu dulu mesti tension tiap kali ada pc fair..sbb pc fair start hari jumaat..masa tu kerja kat hla building..petang nak balik kerja kena guna lrt..mesti sesak gila.. terpaksa guna laluan alternatif atau pun bersabar mengharungi lautan manusia..hehehe..

    tapi tak pernah beli barang apa pun kat pc fair..tak suka sesak..

    ReplyDelete
  2. salam ujie..acik pernah dengar je..tapi tak pernah pergi pun..kalau dikula lumpur ni memang susah sikit nak pergi

    ReplyDelete
  3. kami suka jg pegi pc fair ni. tapi kat bp ajelah. tapi yg tak tahannya mmg kena sesak2 dgn ramai org.

    ReplyDelete
  4. RAI:
    tension setaun sekali..sabarkan je lah. ^__^

    ACIK:
    kat seremban pun ada kot, tapi yg kat KL ni paling besarlah.

    IZAN:
    smlm mmg paling sesak sbb last day, ramai org beli printer harga runtuh.

    ReplyDelete
  5. Tahun2 lepas memang suke pergi...cari gadget yg latest ngan harga murah...banyakkkk pilihan...skang je x sempat pegi..

    ReplyDelete
  6. pernah sekali pegi PC fair...yang tak tahannye tu kena bersesak2..lagi2 skrg ni ada Qis..memang tak dapat pegilah...

    ReplyDelete
  7. suka parts melukis kat galaxy note tu

    ReplyDelete
  8. X sanggup dah nk pergi sekarang nk kendong anak oh no no no... tpi dulu kalau pegi tengok pon mesti ada je gatai nk beli =)

    ReplyDelete
  9. SITI NADIRA:
    byk pilihan..sampai pening nk pilih.

    LILY:
    Hehe..saya kalo ada anak kecik pun mmg sah2 tak masuk tmpt sesak.

    TP:
    Yelah..saya pun suka tengok pelukis tu dok melukis atas 'kanvas' moden.

    REN:
    bila dah byk2 offer tu..mmg terbeli walau sikit.

    ReplyDelete
  10. External hard disk murah tak? Ujie, memang la saya pun tak berkenan dengan aktiviti remaja2 skrg. Tapi kita macam tak mampu nak buat apa2 kan? Sebab mak ayah dia pun tak marah.

    ReplyDelete
  11. ciktom serik pergi pc fair klcc sbb pernah pengsan..hehehee...

    ReplyDelete
  12. LYD:
    tak perasan harga dia..tp mmg byk jual.

    CIK TOM:
    la..sampai pengsan. Perut lapar ke masa tu?

    ReplyDelete
  13. jarang pergi kalu ada pc fair..

    tak tahu nak beli apa..
    sekadar cuci mata je lah..

    ReplyDelete
  14. suka pegi pc fair tp sgt susah nak dapat parking last2 balik umah, amik motor then pegi balik hehehe

    murahnya pendrive 2..

    ReplyDelete
  15. externel hard disk bape ehhh bese²?? ;)

    ReplyDelete
  16. SHAHZEE:
    ni sbb kat KLCC, parking byk.
    pendrive tu kalau yg non water proof lagi murah.

    9N0L4:
    ala..tak perasan la awak. tp skrg mmg dah murah sbb dah ramai org guna.

    ReplyDelete
  17. da terlepas eh nampak gayanyer... hurm

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****