Awal perkahwinan...suami isteri hidup aman bahagia.
Suami bergaji biasa-biasa...isteri menjaga rumahtangga.
Tanpa rumah besar, tanpa kereta...masih ada tawa.
Benarlah...wang dan pangkat bukan penentu segala!
Sudah sampai rezeki Allah...kurniaan zuriat diterima penuh gembira.
Rezeki datang berganda...tawaran ke universiti buat isteri turut tiba.
Atas dasar kasih sayang...redha suami mengiringi langkah isteri tercinta.
Biar berjauhan, biar hidup dalam kepayahan...demi hari muka!
Empat tahun berlalu...segulung ijazah kini milik isteri tercinta.
Lepaslah segala lelah...suami kini tersenyum gembira.
Berbekal ijazah...bermulalah episod isteri berkerjaya.
Kasihnya suami...menyokong segala!
Masa terus berlalu...isteri berjaya dengan kerjayanya.
Suami masih seperti dulu...bergaji biasa-biasa.
Masa mengubah segala...isteri kini makin berbangga.
Suami dipandang sepi...kasih dan hormat kian tiada!
Suami diperlaku seperti kuli...disuruh itu ini segala.
Kerana masih ada sayang...suami menurut tanpa kata.
Gaji besar isteri tak mahu dikongsi...suami dituntut penuhi semua.
Suami rela meminjam berhutang...demi sayang yang masih bersisa!
Bidikan syaitan telah mengena...isteri semakin jadi derhaka.
Rasa mampu hidup sendiri...penceraian pula di minta!
Terkedu suami tak terkata...pinta isteri mencabar rasa.
Benarlah...wang dan pangkat boleh mengubah segala!
Sesungguhnya, isteri yang derhaka kepada suami yang baik...
syurga bukan untuknya!
p/s: Semoga ada jalan pulang buat isteri ini dan semoga ada sinar bahagia buat suami ini...juga anak-anaknya. Jika ada ahli keluarga kita yang begini, nasihati dan peringatkanlah mereka akan amaran dan janji-janji Allah kepada isteri derhaka.
Assalamualaikum Ujie...,
ReplyDeleteSyukur ada apa yg dikurnia, harap dgn kurnia tidak jadi lupa... kerana kekadang kita tak dapat beza antara anugerah rezeki dengan dugaan.... mudah-mudahan semua mendpt lindungan dan belas khasihan Allah adanya....Insyaallah..aaminnn...
Allahua`lam.
azmnor:
ReplyDeleteyelah..rezeki juga sbnrnya adalah dugaan/ujian buat kita..
Itu bahagian dia...
ReplyDeleteAllah peruntukkan bahagian masing2.... Moga kita tidak alpa.
cerita realiti yg sering terjadi..
ReplyDeleteSemoga mereka diberi hidayah-Nya..
diana:
ReplyDeletekesiannya..kot nak cerai pun buat la molek2.
jadilah isteri yg kenal diri...org yg kenal diri akn kenal Tuhannya,,akan tahu tanggungjawabnya...
ReplyDeletesuami tetap ketua keluarga walau besar mane pun pangkat isteri dalam keje..semoga si suami tabah la..
ReplyDeletekesiannye suami dia..
ReplyDeleteBetul cakap wanie..setinggi mana pun pangkat seseorang isteri itu..suami wajib dihormati..
well spoken..sangat menarik teknik penceritaanya..hehe.. :)
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
chenta:
ReplyDeletesgt betul..bila dah lupa diri, inilah yg jadi.
wanie & lily:
syukur kita tau..tapi masih ada yg buat2 tak tau..hormat suami bkn krn wang & pangkat.
azlan:
saya cuba yg terbaik nak bg org faham & amik peringatan dari kisah yg benar2 berlaku ni.
salam sis..
ReplyDeletetakut pula bila dgr cite macam ini,mnusia bisa menjadi buta cuma kerana sejumlah wang..muda lupa diri..grrrrrrrr
aku cuba membayangkan suami itu adalah aku.cuma membayangkan meskipun aku belum kawen.atas dasar lelaki yang terhukum dengan keadaan yang berubah,aku fikir lelaki itu sudah menang dengan kehidupannya.yang pasti gagal,adalah isterinya.
ReplyDeletews:
ReplyDeletemoga kamu tak mendapat isteri yg begitu.
gw:
suka dgn pndpt kamu..suami ini nampak lemah & kalah dlm hidup, tapi sbnrnya menang besar atas kesabaran melalui dugaan berat.
Sesorg pernah b'pesan kpd sy..
ReplyDeleteJgn letakkan CINTA itu dgn nilai wang ringgit.. krn itu CINTA yg plg MURAH harganya..
dunia sekarang ni mcm2
ReplyDeletesemoga kita dijauhi dan dilindungi darp perkara2 yg x baek
InsyaAllah
btw, salam perkenalan :)
ish...lupo daratan betul...
ReplyDeletebyk kes mcm ni skrg...
ReplyDeletesambung bljr, kdg2 belum hbs belajar pun dah buat hal ada fair nga laki lain...
tkt jgkkan dgn ksh2 mcm ni..
smg Allah melindungi kita...
Banyak pahit manis bila berumah tangga. Ya Allah, jauhkanlah kami semua dari hal-hal sebegini..
ReplyDeletep/s : Kak Ujie dah kahwin eh sebenarnya? :)
huhu..arap dapat dijauhkan..xnk jd isteri derhaka..huhu
ReplyDelete