Wednesday, 16 November 2011

Ayat Paling Agung

Malam kelmarin saya ada menonton tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal di TV Hijrah. Senang dengan penyampaiannya yang ringkas dan terasa santai. Cuma masa pertama kali saya menonton rancangannya, saya ketawa sebab ingatkan pelakon Jehan Miskin sedang berlakon jadi ustaz dan bagi tazkirah!


Tazkirahnya mengenai ayat paling agung dalam Al-Quran iaitu Ayat 255 : Surah Al-Baqarah atau disebut sebagai Ayat Kursi. Kenapa ia ayat paling agung? Kerana ia mengandungi penjelasan perkara-perkara yang agung dan sifat-sifat Allah yang mulia. Baca perlahan-lahan maksud ayat kursi ini untuk memahaminya...

“Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya). tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”
(Al Baqarah : Ayat 255)

Kenapa bacaan Ayat Kursi kita tak 'menjadi'?
Membaca Ayat Kursi boleh menjadi pendinding diri dari gangguan jin dan syaitan. Juga boleh menjadi penawar penyakit. Tak kisahlah yang membacanya seorang ustaz atau orang biasa macam saya.

Persoalannya kenapa bila ustaz yang baca, syaitan boleh pergi dan sakit boleh berkurangan? Bila kita baca, tak jadi apa-apa. Menurut Ustaz Don, sebabnya ramai yang baca tanpa tajwid. Membaca dengan tajwid yang betul penting untuk mengekalkan bacaan sebenar. Barulah Ayat Kursi ni 'menjadi' bila dibaca.

Jom amalkan Ayat Kursi setiap lepas solat dan sebelum tidur..dengan bertajwid!


p/s: Ayat Kursi ni juga saya jadikan doa sebelum memulakan perjalanan. Tapi kadang-kadang baca laju-laju..tajwid pun lari lah! Entri ni nak mengingatkan diri saya, juga korang yang sudi baca.


23 comments:

  1. ct suka bce ayt kursi bila ct xsedap aty ke, terkejut ke...sama lah cm akak, selalu bce cept2..lncar je tp xthu btul ke x :D

    ReplyDelete
  2. saya mula2 menonton rancangan dari ustaz don ni ingatkan Jehan Miskin sedang berlakon...

    thanks for sharing ya..:)

    ReplyDelete
  3. ct:
    lps ni sama2 le kita baca slow2 okey..

    tihara:
    sekadar sampaikan tazkirah dari ustaz don je.

    yus:
    sama la kita kak. saya siap gelak ketawa sbb mcm lawak jehan miskin jd ustaz!

    ReplyDelete
  4. setiap kali lepas solat dah sebelum tido wanie amalkan bace ayat qursi..memang laju la bace..huhu..nak kena betulkan tajwid..

    ReplyDelete
  5. sekali pandang memang macam jehan miskin.. :)

    lily memang amalkan baca selepas solat & sebelum tido..

    ReplyDelete
  6. sy pun suka baca laju2.... sia2 la bacaan kita klu 'tak menjadi' kan sbb klu bacaan sebenar pun tak betul maka tak betul jgk la maksudnya. Wallahua'lam..

    thanks ujie :)

    ReplyDelete
  7. Thanks entry ni..

    Erk, ingatkan Amy Search haha..

    ReplyDelete
  8. salam Ujie.

    Syaitan sendiri mengakui kehebatan ayat kursi utk mengelakkan diri dari gangguan syaitan.

    Saya pun menyangka Ustaz Don ini Jehan miskin sbb wajahnya persis Jehan miskin.

    ReplyDelete
  9. nice info.
    thanks for sharing.

    baca kelam kabut patutle takmenjadi yek...=)

    ReplyDelete
  10. betul tu..pernah dengar cerita dimana orang yang kena rasuk bleh baca ayat quran lebih fasih dari org yang ada di sekeliling..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. x penah tengok lagi rancangan ustaz ni..

    nice sharing sis..

    :)

    ReplyDelete
  12. Kekadang kita terbiasa membaca.. Bayangkan kita berckp bhs melayu pun kalau dan bkasa tutur yg sama. Lama2 akan mcm lancar jer... Yg penting kita fahami maksud ayat kursi.. Sentiasa menuturkan maksud.. Sampai satu tahap kita akan mengerti....

    ReplyDelete
  13. mcm mana nak jadi kalau jumpa hantu bukan ayat ni dibaca tapi sebut OMG,lariiiii..

    *Terima kasih kak atas ingatan^^

    ReplyDelete
  14. niza:
    yelah..jadi sia2 amalan kita tu.

    elih:
    amy search?? ada la sikit.

    azlan:
    a'ah..mmg ada yg boleh baca, tapi dgn bacaan yg salah la.

    ReplyDelete
  15. lia:
    lia kena cari masa tengok, sebab ada kelainan.

    tea:
    kalau mampu faham & hafal dlm bahasa kita..laagi bagus!

    ws:
    haha..yg tu mmg takleh pakai. OMG dgn Allah berbeza.

    ReplyDelete
  16. rancangan unstaz ni memang best...memeberi tazkirah secara santai...:)

    ReplyDelete
  17. tq for sharing :)

    selalu kalau letih sgt..bismillah, baca doa tdo terus tdo..hehe

    ReplyDelete
  18. Ayat Kursi mmg perlu d amalkan..
    Malaikat akn guide kt wlu d mn kt b'ada..

    ReplyDelete
  19. salam ujie....,

    terima kasih atas perkongsian ilmu yg bermanafaat...

    ReplyDelete
  20. ieja:
    kalau tak larat, doa tido tu pun okeylah. drpd tido tak sempat sebut nama Allah.

    ReplyDelete
  21. betul. kalau ade ape2hal je, tak sedap hati ke mesti baca ayat kursi. tapi kadang2 mungkin sebab dah terlalu biasa bace kita ambil mudah dengan baca laju dan tanpa tajwid. kena baiki diri ni :)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****