Tuesday, 20 September 2011

Jangan Mengharap Ole-Ole...

Musim mengerjakan haji semakin menghampir.
Penerbangan pertama jemaah haji akan berlepas pada 29 September ini.

Di mana-mana orang sibuk mengadakan kenduri doa selamat sempena pemergian ke Tanah Suci.
Ramai juga yang berkirim hajat minta didoakan semasa di sana.
Tak kurang juga yang menghulur wang ringgit...
"Buat tambah-tambah belanja kat sana.." ayat yang biasa diucapkan.

Tapi ada juga yang mengharap huluran wang tadi...
Bertukar menjadi ole-ole dari Tanah Suci!
Semasa menghulur memang tiada kata-kata mengharap.
Tapi selepas kepulangan jemaah haji tadi...
"Beli apa aje kat sana? takde ole-ole ke?.."

Ingatlah...mereka pergi menunaikan ibadat haji,
Bukan pergi membeli-belah...bercuti-cuti.
Sebaik-baiknya hulurkan wang semata-mata kerana ingin memberi.
Jangan pula bertanya ole-ole sekembalinya mereka nanti!

Kalau ahli keluarga sendiri...
Elok juga kita berpesan supaya tak perlu membeli-belah untuk kita.
Mungkin kita boleh mengirim untuk dibelikan al-Quran / sejadah bagi diwakafkan di sana..
Itu lebih baik!


p/s: Tumpang gembira atas pemergian salah seorang kakak saya ke Tanah Suci pada 29 September ni. Tapi terasa sedih sebab entah bila pulak giliran saya untuk menjadi tetamu-Nya.

9 comments:

  1. wah bagusnya akak nak pi haji..cik tom pun dh dftr..umo 45 tahun turn cik tom..heee...

    yup setuju pi amal ibadat..bukan nak pi bli ole2..

    ReplyDelete
  2. insyaAllah... ada rezeki.. pasti kita jua akan ke sana kelak... :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum ujie..,

    Alhamdulillah kakak ujie dah nak kesana menuanaikan haji...tak per ujie jika ada niat dan sedikit usaha dan berazam kuat pasti Allah bagi jalan dan rezeki dari cara yang tidak kita ketahui....semuga cepat mendapat jemputan sebagai tetamuNYA...Insyaallah....aaminnn.

    p/s ; pi sana tujuan utama memang Ibadah...kalau ada rezeki dan masa apa salahnya untuk bershoping serba sedikit....allahualam.

    ReplyDelete
  4. Ujie ... nanti jangan lupa kirim doa dan permintaan pada kakak tu...doa org ke tanah suci dan balik dari tanah suci makbul dan penuh barokah....allahualam.

    ReplyDelete
  5. cik tom: umur 45 muda lagi..insyaallah time tu masih sihat.

    diana: mmg betul la tu, tp nak pi muda2 ni..duitnya byk ke lain dulu..rumah, keta..

    lia: insyaallah..semoga dimudahkan-Nya.

    azmnor: insyaallah...amin!
    yelah..mmg mesti kirim doa ni..tima kasih.

    ReplyDelete
  6. insya Allah..sampai masa..sampai la kat sini..sabar ye tuan belog..ehe

    ReplyDelete
  7. hehehe..bagus nasihat nie..mungkin ramai yang tak perasaan sebab utama untuk mereka pergi haji..hehe..thumbs up!!

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. tu lah.kesian pulak kat mak.katenye giliran die lambat lagi.entah taun bila.huhuh

    ReplyDelete
  9. h.j: yelah..taulah awak mmg kat sana..

    azlan: tima kasih..^_^

    aleen: rasanya boleh buat rayuan..ada rezeki insyaallah dpt.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****