Sunday, 11 October 2026

Laksa Sarawak Pattaya di Amoy Kopitiam, Arau

Kalau teringin makan laksa Sarawak di Perlis ni, saya dan Encik Suami akan ke gerai Amoy Kopitiam yang terletak di Hub Bas Arau. 
Laksa Sarawak Pattaya di Amoy Kopitiam, Arau
Selain laksa Sarawak biasa, ada pilihan laksa pattaya - iaitu laksa Sarawak biasa dengan tambahan telur dadar. Bila sebut ‘pattaya’ saya terbayang hidangan macam nasi goreng pattaya - nasi dalam bungkusan telur dadar. Rupa-rupanya begini cara ia dihidangkan - telur dadar diletak sebahagian di tepi mangkuk dan sebahagian di dalam mangkuk.

Laksa Sarawak Pattaya di Amoy Kopitiam, Arau
Laksa Sarawak pattaya berharga RM15.90 yang sangat memuaskan selera saya 😋. Alhamdulillah…sedap macam makan di Sarawak. Setahu saya, pemilik bisnes ini memang orang Sarawak. 

Selain laksa Sarawak, terdapat juga hidangan lain seperti mi kolok, nasi aruk dan nasi goreng dabai. Oleh kerana saya suka laksa Sarawak, jadi itulah yang diulang makan. InsyaAllah lain kali saya patut cuba menu berbeza. Juga saya patut ambil foto gerai dan menu yang ditawarkan untuk dikongsikan di blog. 







26 comments:

  1. Wahh kat arau mcm² menu ye.. tp menarik plak tgk pataya laksa sarawaktu hheehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penggemar telur macam saya ni, menang suka la masakan style pattaya (ada lapisan nipis telur dadar) 😀

      Delete
  2. Wah, nampak sedap la laksa Sarawak tu 🤤 first time tgk versi Pattaya. Tapi telur dadar mmg sebahagian dari bahan laksa Sarawak jadi mmg kena la bila tambah telur dadar mcm ni dalam laksa 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak suka telur, jadi memang puas la makan - ada hirisan telur dadar atas mi dan tambahan telur dadar.

      Delete
  3. Wah boleh la Sy ke sana. Teringin nak rasa nasi goreng dabai tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kalau nak lagi dekat, PH ke rumah Carneyz je 🤭

      Delete
  4. Unik, pertama kali nampak Laksa Sarawak Pattaya macam ni. Biasa telur dalam LS ni digulung dan dipotong², kan. Kalau ada kedai dipercayai macam ni, senang dah nak cari apa yg teringin nak makan, kan Ujie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, telur gulung potong tu ada atas laksa saya makan ni tapi tak banyaklah.

      Tak sangka jugak di Perlis dapat jumpa kedai masakan Sarawak 😀

      Delete
  5. Semalam baru masak Laksa Sarawak, anak-anak minta masak.. pes pulak kebetulan kawan bagi.. nampak sedap juga tuu LS nya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dulu buat sendiri guna pes Hj Manan. Sekarang dah lamaa tak buat, makan di kedai je 😄

      Delete
  6. Akak mkn laksa sarawak ni long back dah. tak ingat dah cam ne rasanya. kena carik gak nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cari tu kak Yan, bagi ingat balik rasa laksa Sarawak 😀

      Delete
  7. Kat Perlis dah ada macam-macam tarikan dan pilihan makanan ye...lama dh x pi..last pi masa arwah Mak masih sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak sangka jugak jumpa kedai hidangan Sarawak kat sini. Maklumlah negeri kecik kan.

      Delete
  8. Ciknur penah mkn laksa serawak masa bujang dulu sekali je
    Sbnya teman serumah masa tu org Serawak
    Ingat ingat kesedapannya

    ReplyDelete
  9. Dah lama tak makan laksa sarawak kali terakhir masa open rakan blogger Syawal yang lalu.

    ReplyDelete
  10. Langsung kelaparan dan dok terfikir di mana hendak cari Laksa Sarawak yang betul-betul sedap macam yang pernah makan di Sarawak dulu. Kena buat siasatan nampaknya ni😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Area KL ok kot, tak susah cari. Tapi kalau tak jumpa, bolehlah ke Arau ni 😁

      Delete
    2. So far saya suka yang di Dapur Sarawak kak... Tapi kata Karni coba yang di RUAI HOUSE OF SARAWAK di bangunan sultan Abdul Samad, katanya sedaap.

      Delete
  11. Mudah2an saya ada rezeki bisa sampai Perlis suatu hari nanti 😍😍😍. Sebenarnya road trip Desember tuh teringin bisa sampai Perlis. Tapi memang mengingat cuaca saat Desember, rasa2nya kuatir pula tak sempat. Jadi terpaksa sampai Terengganu saja. Mungkin nanti kalau hanya berdua dengan suami, barulah kami eksplor sampai Perlis.

    Saya sukaaaa sangat laksa Sarawak memang kak. 😍😍.

    Sejak dikenalkan Karni dengan laksa Sarawak, yang tadinya juara 1 bagi saya laksa Melaka, berubah jadi laksa Sarawak 😂😍.

    Oh yang Sarawak Pattaya ditambah telur dadar macam itu yaa. Jadi telurnya tak diiris macam biasa... Unik juga 😄

    ReplyDelete
  12. Laksa Sarawak, adik saya kata dalamnya letak bihun. Tapi atas ni nampak macam mi ya....adik saya berkahwin dengan orang Sarawak.

    ReplyDelete
  13. my fav laksa sarawak! teringat masa raya haritu buat laksa ni jugak. sampai rasa muak nak makan laksa sarawak haha

    ReplyDelete
  14. Baru tahu laksa sarawakpun ada pattaya. Hehe setahu telur dadar macam potong jalur-jalur panjang dalam laksa sarawak.

    ReplyDelete
  15. Suka gak laksa sarawak terutama yang makan di Kuching. Pernah makan yang kuahnya rasa jamu.. kuat betul rempahnya.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****