Kampunglah merupakan sebuah restoran masakan kampung yang terletak di tengah Kuala Lumpur. Lokasinya di hadapan hotel penginapan kami. Hari pertama tiba di KL, teruslah kami mencuba makan di Kampunglah.
STEG Hotel - hotel penginapan kami dilihat dari tempat duduk kami di tingkat atas restoran Kampunglah.
Kami ke sini pada waktu lewat petang, sedang hujan pula. Saya jadi kurang rajin memotret, pada hal reka bentuk dan hiasan di Kampunglah ni cukup menarik - terasa seperti berkunjung makan di sebuah rumah kampung.
Terdapat pelbagai pilihan hidangan lauk pauk. Tapi sayang, menu pilihan kami sudah habis. Tersilap datang sini pada hari Ahad petang, orang dah serbu masa makan tengah hari. Teringin nak cuba kuih-muih, pun dah habis semuanya.
Saiz hidangannya besar, kami pula cuma berdua. Cukuplah memesan dua jenis lauk. Biar cukup-cukup jangan terlebih.
Terung balado. Sedap memuaskan selera.
Ikan tenggiri masak lemak. Sedap rasa kuahnya, cuma ikannya rasa tawar.
Rasa teh aisnya mengecewakan, tengok warna saja dah boleh agak. Tak tahulah kenapa Encik Suami pesan air sejuk di waktu hujan begini.
Harga makan-makan kami. Rasa kurang berbaloi sebab kurang menikmati. Apa pun, kalau tak cuba tak tahu pula kan.
Dari segi servis, layanan di sini bagus. Staf cepat melayan dan tak perlu menunggu lama.







Sy trliur tgk erung brlado tu.Tp harga masak lemak tu agak pricy to me =D
ReplyDeleteboleh tahan juga harganya. Pernah minum di food court dalam Mydin di Melaka. Minta air kopi o tp yg kita dapat rupanya macam air kopi 0 yang cair. Kopi kan mmg secara fizikalnya hitam pekat. Ni yg datang coklat2 gelap je. Bila kata nak kaw, kena topup 50 sen. ehhhh ko ni
ReplyDeleteMacam manalah ikan tu boleh tawar, ya. Mujur rasa kuah masak lemak tu sedap. Terung berlado tu favourite sy juga. Kadang musim hujan pun rasa haus, tu yg order minuman berais agaknya encik suami Ujie, hihi.
ReplyDeleteSaya pernah makan kat sini jugak tapi tak tau kenapa tak tulis kat blog. Bagi saya makan kat Kampunglah! ni biasa2 je. Tempat mmg lawa tapi pergi sekali cukuplah.
ReplyDeletePertama dan terakhir la nampaknya mkn disini
ReplyDeleteTak cukup menambat selera
selalunya ikan tenggiri manis...pelik kalau isi tawar...SA x pernah akan kat sini tapi pernah nampak la..terung balado tu nampak mengancam
ReplyDeleteOrang yang duduk utara dah cuba dah dana yg kerja kt kl ni jarang sangat dapat layan restoren best ni kak. Jenis tgri jarang lunch luar pastu sabtu ahad lak tak jalan area KL hehehhe
ReplyDeleteHarga agak keras ye PU. Tapi nampak selesa dan cantik sekali dekoeasinya. Kain batik sbg alas meja mmg kena dgn nama dan konsep restoran ni
ReplyDeleteNampak cair teh ais tu.
ReplyDeleteBoleh tahan harganya. Betul itu kena cuba untuk tahu sesuai dengan selera atau tidak.
ReplyDeleteNanti nak cari hotel ni kat area mana. Ada buffet breakfast kat sini. he he he
ReplyDeleteHarganya tak murah, jadi expect sedap, tapi sayang tak terlalu ya kak. Dan lihat iced tea memang langsung tak yakin lah. Nampak cair sangat . Padahal menu2 kampung begini lah yang saya sukaaaa 😍😍
ReplyDeleteBole tahan harga ikan tu sbb nmpk kecik je.. Teh ais tu color tk kaw
ReplyDeletetak singgah rembayung ke?
ReplyDeletehehehe
sedapnyaaaa ikan tenggiri masak lemak tuuuuu
fav sy ikan tenggiri
Harga agak keras ye Ujie. Sepintas udah nampak teh ais rasanya kurang umphhh kan.
ReplyDeleteBetul teh ais nya nampak agak cair. Laut nampak sedap tapi ada sikit kekurangan pula. Terung belado memang nampak sedap sangat
ReplyDeletekonsep makanan kampung mcm rembayung, banglo 289 ngan serai lah ni. tapi makananan semua nampak sedap2!
ReplyDeleteIkan tenggiri masak lemak tu nampak sedap betul.
ReplyDelete