Catatan hari Rabu, 16 September 2026.
Saya dan Encik Suami mendaftar keluar dari STEG Hotel, Kuala Lumpur kira-kira pukul 10 pagi. Hari ini kami akan memulakan perjalanan ke Pantai Timur. Tetapi sebelum itu kami ke Bangsar, selesaikan sedikit urusan di sana.
Menghampiri pukul 1 petang, barulah kami bergerak meninggalkan KL. Keadaan jerebu hari ini nampaknya lebih teruk berbanding hari-hari sebelumnya. Jalan raya agak lengang, mungkin masing-masing berehat di rumah saja sempena cuti umum Hari Malaysia.
Memasuki Terowong Genting Sempah yang terletak di Banjaran Titiwangsa. Ia menghubungkan Gombak di Selangor dengan Genting Sempah di Pahang.
Melalui Lebuhraya Pantai Timur. Keadaan berjerebu dan hujan di beberapa tempat.
Pukul 5.50 petang, kami exit di Kuala Dungun. Alhamdulillah lega rasanya bila dah keluar lebuh raya, sebolehnya kami tak mahu bergerak waktu malam. Walaupun belum waktu senja, suasana di sini sudah pun gelap.
Kuala Dungun menjadi destinasi persinggahan kami sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Tujuannya untuk berehat dan menziarahi adik Encik Suami yang baru menetap di sini. Tiba di Kuala Dungun, kami terus saja ke rumah adik yang tinggal di kuarters sekolah.
Kami tak berlama di rumah adik, sebelum Maghrib dah bergerak ke penginapan di Ombak Beach Inn. Sengaja kami tak bermalam di rumah adik sebab nak merasa penginapan berhampiran pantai, bangun pagi bolehlah terus jalan-jalan di pantai. Catatan berkenaan penginapan kami di entri khusus.
Warung Santai Pantai - kedai makan yang terletak berhampiran dengan tempat penginapan kami. Kawasan pantai terletak di seberang jalan.
Pukul 8 malam kami keluar makan di sini, jalan kaki je.
Makan bersama adik Encik Suami sekeluarga. Anak-anak mereka tiga orang berada di asrama, tinggallah seorang si bongsu di rumah.
Pilihan saya - kuetiau basah/berkuah dan telur mata. Sedap, tak masin.
Selesai makan, kami kembali ke bilik penginapan. Ada misi seterusnya - mendobi. Sebelum tu, saya asingkan pakaian yang kecil letak dalam mesh laundry bag. Dah siap semua, masukkan dalam beg Ikea saiz besar.
Pukul 9.50 malam - tiba di kedai Dobi Pantai Sura. Kami jalan kaki je ke sini. Jaraknya lebih kurang 130 meter dari penginapan. Kami lalu jalan besar, jadinya perlu berhati-hati dan bawa lampu suluh bersama. Bimbang pemandu kenderaan tak perasan kita berada di bahu jalan.
Alhamdulillah kedai dobinya dalam keadaan baik dan bersih. Banyak mesin basuh dan mesin pengering disediakan. Mesin minuman pun ada.
Selesai mendobi, balik bilik teruslah melipat pakaian dan susun dalam beg. Sejak memulakan perjalanan dari Perlis pada hari Sabtu lalu, baru kali ini kami basuh pakaian. Memang banyaklah. Siap mengemas sudah pun melewati tengah malam. Fuh! Penat sungguh.









Alhamdulillah, musafir dari KL sampai ke Pantai Timur.
ReplyDeletePernah sekali menginap di Dungun. Masa tu nak ke KT hadir majlis nikah anak buah.
ReplyDeleteKe pantai timur
ReplyDeleteNegeri paling Aman ktnya kan
Seronok ciknur rasa cam nk je jln2 sana lg
Perjalanan KL ke Kuala Dungun tu memang panjang, tambah pula berjerebu dan hujan di beberapa tempat. ๐ Bagus singgah bermalam dulu sebelum sambung ke Kuala Terengganu, siap pilih penginapan dekat pantai untuk layan suasana pagi.
ReplyDeleteBetul-betul mengembara, lama tinggalkan rumah sampai kena dobi baju.
ReplyDeleteAda sebab singgah Dungun rupanya.
Alhamdulillah sempat berkunjung ke rumah adik ipar dlm perjalanan ke KT tu. Seronok kalau dapat ziarahi saudara mara/kawan di tempat yg jarang kita pergi.
ReplyDeleteTak sabaaar saya nak rasakan perjalanan darat dari JB ke KT nanti ๐๐. Memang nak naik bus, supaya bisa melihat jalan. Paling sukaaa perjalanan panjang begini ๐.
ReplyDeleteNantipun saya akan rutin mendobi juga selama di sana. Sebab lebih setengah bulan, tak mungkin baju kotor dibiarkan banyak ๐
Kalau akak pun nak ke pantai timur ni suka kena ada transit2. baru tak terlalu penat.
ReplyDeleteBagusnya Ujie siap mendobi. Amboi, si kecik tu mesti paling manja tinggal sorang di rumah. CKT kalau tak masin tentu sedap, kan.
ReplyDeleteLin kalau ikut Suami, selalu stay Paka.. ke Dungun biasa jalan balik hari ajaa
ReplyDeleteSA dan suami plan nak repeat lagi...samada tahun depan atau hujung tahun nanti..
ReplyDeleteIni standard kalau cuti lama, mesti naknhujung² tu akan ke dobi juga kan๐
ReplyDeletekuetiaw basah tu char kue tiaw lah kan?
ReplyDeleteKalau ikut pemahaman biasa orang Melayu, iya…kuetiau basah tu CKT.
DeleteTapi kalau ikut bahasa Cina, char = goreng. Bukan kuetiau jenis basah/berkuah.
Syukur perjalanan lancar juga
ReplyDeletesy sukaaaa betul kuetiau mcm tu
ReplyDeleters nak hirupppp je
ada byk taugeh laaaagiiiii sy sukaaaa
wahhhh jauh jln nya
ada kepok lekor tak utk sy?
hahahha
Untuk sendiri pun tak beli Anies ๐คฃ. Kami makan kat kedai je, takde beli bawak balik.
DeleteKSarie suka betul kalau penginapan dekat dengan dobi layan diri. Kalau ada kedai makan/warung sebelah dobi itu lagi awesome sebab boleh lepak minum segala sementara tunggu pakaian siap dibasuh dan dikeringnya. Terengganu antara negeri yang cantik sangat di Malaysia ni. Banyak kawasan yang slow life. Entah bila hendak tersampai lagi ke sini.
ReplyDeleteTahun ni kami banyak kali ke Dungun sebab ikut suami masuk laut. Senang kan sekarang bila ada kedai Dobi layan diri
ReplyDeleteterengganu negeri yg paling tak bosan utk dikunjungi. selalu suka kalau ada peluang pergi terengganu
ReplyDeletePusing separuh Malaysia ni.
ReplyDelete