Hari ini Selasa, hari lori sampah datang kutip sampah di tempat kami. Saya keluar buang sampah di tong sampah luar dah agak lewat, jam sudah melepasi pukul 10 pagi. Laju saya berjalan ke arah tong sampah sambil mata memerhati sekitar. Pernah sekali, seekor ular muncul di balik rumput berhampiran tong sampah. Saya perlu berhati-hati.
Pandangan saya kemudiannya terarah ke bahagian atas pokok belimbing berhampiran tong sampah. Ada seekor burung di dahan pokok. Eh, bukan burung yang biasa saya nampak. Burung ni tak terbang lari. Apa lagi, cepat-cepat saya balik rumah dan ambil telefon. Peluang baik tak datang selalu!
![]() |
| Klik foto untuk paparan lebih jelas. |
Si burung masih di situ, di atas dahan pokok belimbing.
Sejenis burung hantu, saiz sederhana - tak kecil, tak besar.
Tajam matanya merenung saya.
Tak pastilah si burung memang benar-benar melihat saya atau ada penjelasan lain.
Info burung :
Nama Inggeris : Brown Boobook / Brown Hawk-Owl
Nama saintifik : Ninox scutulata
Nama tempatan : Pungguk betemak biasa / burung hantu betemak
Ohh, barulah saya tahu bahawa burung pungguk merupakan spesis burung hantu. Peribahasa ‘Bagai pungguk rindukan bulan’ sedap bunyinya kan. Kalau tukar nama burung - burung hantu, tentu dah tak sedap nak sebut π
Video pendek yang sempat saya rakam.
Alhamdulillah…rasa seronok dapat memotret dan mengenali burung yang ada di persekitaran saya ni. Suatu masa nanti, semua ini akan menjadi kenangan sepanjang saya menetap di bumi Perlis nan permai.



Seram jugak kena tenung macam tu kan?
ReplyDeleteMujur masa ni waktu siang, taklah rasa seram π
DeleteUishh seriau lah kalau pernah muncul Cik U tu kak Ujie. Kena extra hati-hati.
ReplyDeleteOhh spesis burung hantu juga rupanya. Memang sekali imbas nampak macam burung hantu. Tapi versi kurus. Biasanya macam montel sikit kan. Elok pula dia pandang camera. Macam tahu-tahu je nak ambil gambar.
Baru tahu juga burung pungguk tu burung hantu. adooii lambat tahu pulak.
A'ah kan, jadi tak sedap pula kalau tukar ke burung hantu. Menakutkan jadi seram. hihihi...
Itulah..tak pernah tau pulak burung pungguk tu spesis burung hantu π
DeleteTajam renungan mata si burung pungguk ini
ReplyDeleteBukan selalu dapat bertentang mata dengan burung π
DeleteSaya lebih terfokus pada kamera yg dipakai. Jernih sangaaaaaat hasil zoom nya ππ. Ini Samsung ultra kan kak? Memang nak beli hp ini nanti lah πππ
ReplyDeleteHehe..iya, suka hp ni sebab hasil zoom-in yang bagus. Sesuai dengan akak yang suka memotret burung.
DeleteDulu masa pokok besar dan pokok jambu sy belum ditebang, selalu juga burung hantu datang. Kadang 3-4 ekor atas pokok besar tu. Dekat pokok jambu selalunya single je burung hantu tu. Burung hantu ni kalau kita tengok dia, mesti dia renung balik kan...
ReplyDeleteSeronoknya kalau dapat tengok banyak gitu π
DeleteKalau burung lain, dah terbang lari. Ni dia dok rileks je renung kita balik π
Seronok nya dapat tgk dan dapat merakam burung hantu tu.. Rasa2 dah boleh buat kolekai burung burung yg ada disekitar rumah di Perlis tu..
ReplyDeleteHehe…iya, tapi tak banyak mana pun yang berjaya diambil gambarnya dan kenal pasti namanya.
DeleteBy the way guna hp apa tu.. hahaha clear nya gambar walau selepas zoon hihii
ReplyDeleteSamsung Ultra π
DeleteAkak baca ini jenis hp yang Ujie guna. Akak guna S24 ultra je tapi bila upload gambar dalam blog jadi pecah pulak. Tak tau pasaipa.
DeleteEmm..kenapa pulak jadi gitu ek.
DeleteSaya compress gambar sebelum upload. Tapi rasanya macam tak ada kaitan gambar compress atau tidak dengan masalah akak sebut tu.
Rezeki ni, susah nak jumpa burung hantu.. ehhh, burung pungguk(nama sedapnya)
ReplyDeletePilihlah ya, nak nama sedap atau seram π
DeleteAlamak aiii...macam dia tengah renung kita plak erk..Baru tahu juga burung pungguk ni rupanya spesies burung hantu. Kelakar pula bila fikirkan, kalau peribahasa 'Bagai pungguk rindukan bulan' ditukar jadi 'Burung hantu rindukan bulan', memang terus hilang romantiknya jadi seram pulak...
ReplyDelete