Sunday, 21 June 2026

Bunga Ros Oren Diserang Ulat

Ini merupakan pengalaman pertama saya tanam pokok bunga ros di halaman rumah. Pokoknya saya beli di sebuah nurseri pokok di Sungai Petani, Kedah pada bulan Januari lalu. Kata penjual, ia pokok ros jenis tahan panas - sesuailah dengan cuaca di utara tanah air.

Bawa ke rumah Perlis, saya letak di tempat yang terdedah sepenuhnya kepada cahaya matahari pagi dan petang. Selepas bunga sedia ada mulai kering dan dicantas, tiada bunga baru yang muncul. Panas sangat agaknya, masa tu Perlis sedang mengalami musim panas kering - kemarau tanpa curahan hujan. Jadi Encik Suami alihkan pasunya ke tempat yang sedikit teduh - masih kena matahari pagi.

Alhamdulillah pada bulan Mac, pokok ros ini kembali berbunga! Bunganya sentiasa ada. Kadang muncul dua kuntum, kadang meriah sehingga empat kuntum sekali berbunga. Senang hati sungguh saya setiap kali membelek bunga di laman.

Bunga ros oren
Bunga ros dengan warna oren terang.

Bunga ros oren
Wangi baunya! Terapi mata dan jiwa saya.
.
.
.
.
.
Tapi sayang, semua keindahan ini tak kekal lama. Beberapa hari lalu, saya dapati bunga ros telah diserang ulat! Kelopak bunga ros yang baru mula berkembang sudah pun berlubang dan ada ulat.

Bunga Ros Oren Diserang Ulat
Berlubang kelopak bunga ros yang cantik ni dikerjakan dek ulat. Sekuntum bunga yang belum berkembang juga nampaknya sudah berlubang tanda sudah diserang ulat.

Tindakan saya - cantas dahan pokok bunga yang sudah diserang ulat dan sembur racun. Saya gunakan racun organik Mr Ganick Dr Neem. Harapnya usaha saya ni berkesan, moga kuntuman bunga ros seterusnya mekar cantik bebas serangan ulat.

Kalian ada pengalaman serupa? Bolehlah kongsikan dengan saya cara mengatasi masalah begini.







37 comments:

  1. Artikel ini bagus dan informatif, terutama tentang serangan ulat pada bunga ros oren. Semoga bisa jadi peringatan supaya tanaman tetap dijaga dan dirawat dengan baik.

    ReplyDelete
  2. Ako x suka bunga tp suka tgk warna² bunga hehe... sayang warna oren jarang nak nmpk.. pasni kena lebih hati² la kan jie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah jadi gini baru tau bunga ros memang mudah diserang ulat 😄

      Delete
  3. Cantiknya bunga ros warna oren 😍 saya tak reti tanam apa2 tanaman tapi suka tengok bunga & hasil kebun 😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak lebih kepada malas nak bela, ni tanam sikit buat ada-ada je 😄

      Delete
  4. Cantiknya Ros Oren. Sayangnya diserang ulat pulak. Nasib baik cepat Ujie perasan sebelum dirosakkan satu pokok oleh ulat durjana, pantang nampak bunga cantik, dia pun naik bulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh macam peribahasa bunyinya, ulat bulu dah naik daunnn 😂

      Delete
  5. Cantik betul warna ros oren niUjie, sejuk mata memandang. Masalah ulat/beluncas ni memang musuh nombor satu pokok ros. Langkah Ujie cantas dan sembur Dr Neem tu dah tepat sangat. Kalau nak ekstra perlindungan, boleh cuba sembur waktu lewat petang sebab biasanya ulat atau serangga perosak ni aktif waktu malam kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh...gitu. Saya dok sembur pagi, lepas ni saya sembur lewat petanglah pulak.

      Terima kasih SA 😊

      Delete
  6. Cantiknya
    Jarang nmpk ros warna oren gini
    Ohh sayangg nya kan diserang ulat pula
    Ujie try sembur dgn air bawang putih mana tau ulat x dtg lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah dengar jugak petua gitu, belum try je lagi.

      Delete
  7. sejuk tangan akak semua tanaman menjadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jugaklah Afzan, pernah 2x tanam benih bunga matahari langsung tak jadi apa 😅

      Delete
  8. Jarang nampak bunga Rose Oren.. cantikkkk..
    Jahat betullah ulatttt!! Moga musnah 7 keturunan ulat tuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin…fuh 7 keturunan terus kena sumpahan sisLin ya 😆

      Delete
  9. cantik warna ros oren ni. macam warna iphone 17 pro!
    sayangnya diserang ulat.. harap lepas guna racun organik tu, ulat2 tak datang lagi dah. penat kita jaga bunga ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi Mazni, terus nampak iphone 17 pro ya 🤣

      Delete
  10. Wow... oren ni rare... jarang nampak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang saya tergoda masa nampak di nurseri 😀

      Delete
  11. Cantiknya ros oren ni. Berbunga-bunga hati KSarie tengok gambar yang mula-mula tu/ Semoga ulat dan segala serangga perosak lain dapat dihapuskan dengan racun organik tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok gambar akhir tu..terus geli kan. Nampak ulatnya 😄

      Delete
  12. Memang ada ulat bulu yg suka dekat bunga ros kak, dia kacau daun dan bunganya... Dana biasa memang ada beli racun organic untuk sembur kat bunga dan pokok ros, kalau tak habis semua bunga rosak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mudah jugak jaga ros ni rupa-rupanya ya, kena rajin sembur racun.

      Delete
  13. Subhanallah cantiknya Ros Oren ni. Jarang jumpa ni PU.
    Sy biasa jirus pokok ros Sy dgn air basuhan beras dan kulit bawang yg dimasukkan sekali dlm air basuhan beras tu. Setakat ni belum pernah bunga ros Sy diserang ular alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh...ada kulit bawang tu agaknya jadi ulat tak suka.

      Terima kasih PH 😊

      Delete
  14. Cantik warna orennya walau saya bukan peminat bunga rose.

    ReplyDelete
  15. Saya suka tgk jer...kalo bab menjaga bunga minta maaf...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ni dah makin berusia barulah timbul minat berbunga-bunga ni 😄

      Delete
  16. Cantiknya. Bunga ros Cie mati dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pe Cie, dah mati kita beli pokok baru 😁

      Delete
  17. Aiiiih sayang nyaaa dimakan ulat. Semoga saja obat sembur yg dibagi bisa menghilangkan ulat2 itu ya kak.

    Memang cantiiiik bunga ros Oren ini. Dan betul lah , melihat bunga2 yg tumbuh subur apalagi wangi begini, itu macam terapi utk mata dan minda 😍❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mood akak terus jadi happy bila belek ros, hidu baunya 😊

      Delete
  18. Bunga ros kalau berkembang memang cantik tapi nak menjaga dia memang susah.

    ReplyDelete
  19. First time tengok rose warna Oren ni, cantik

    ReplyDelete
  20. At least Ujie ni, boleh nampak angkara ulat. Saya punya pokok, serangga cinonet sangat yang suka duduk. Kita cuba nak tepuk bunuh macam nyamuk tu, tak dapat. Sembur Neem juga, dia okay dua tiga hari, pastu berulang. Bunga jadi layu sebelum mekar. Macam nak kena buat air bawang putih campur cili tu jer. Gambar bunga Ujie share yang awal tu sebelum diserang ulat, memang cantik. 😍

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****