Ini merupakan pengalaman pertama saya tanam pokok bunga ros di halaman rumah. Pokoknya saya beli di sebuah nurseri pokok di Sungai Petani, Kedah pada bulan Januari lalu. Kata penjual, ia pokok ros jenis tahan panas - sesuailah dengan cuaca di utara tanah air.
Bawa ke rumah Perlis, saya letak di tempat yang terdedah sepenuhnya kepada cahaya matahari pagi dan petang. Selepas bunga sedia ada mulai kering dan dicantas, tiada bunga baru yang muncul. Panas sangat agaknya, masa tu Perlis sedang mengalami musim panas kering - kemarau tanpa curahan hujan. Jadi Encik Suami alihkan pasunya ke tempat yang sedikit teduh - masih kena matahari pagi.
Alhamdulillah pada bulan Mac, pokok ros ini kembali berbunga! Bunganya sentiasa ada. Kadang muncul dua kuntum, kadang meriah sehingga empat kuntum sekali berbunga. Senang hati sungguh saya setiap kali membelek bunga di laman.
Bunga ros dengan warna oren terang.
Wangi baunya! Terapi mata dan jiwa saya.
.
.
.
.
.
Tapi sayang, semua keindahan ini tak kekal lama. Beberapa hari lalu, saya dapati bunga ros telah diserang ulat! Kelopak bunga ros yang baru mula berkembang sudah pun berlubang dan ada ulat.
Berlubang kelopak bunga ros yang cantik ni dikerjakan dek ulat. Sekuntum bunga yang belum berkembang juga nampaknya sudah berlubang tanda sudah diserang ulat.
Tindakan saya - cantas dahan pokok bunga yang sudah diserang ulat dan sembur racun. Saya gunakan racun organik Mr Ganick Dr Neem. Harapnya usaha saya ni berkesan, moga kuntuman bunga ros seterusnya mekar cantik bebas serangan ulat.
Kalian ada pengalaman serupa? Bolehlah kongsikan dengan saya cara mengatasi masalah begini.



Artikel ini bagus dan informatif, terutama tentang serangan ulat pada bunga ros oren. Semoga bisa jadi peringatan supaya tanaman tetap dijaga dan dirawat dengan baik.
ReplyDeleteTerima kasih sudi baca :)
DeleteAko x suka bunga tp suka tgk warna² bunga hehe... sayang warna oren jarang nak nmpk.. pasni kena lebih hati² la kan jie...
ReplyDeleteBila dah jadi gini baru tau bunga ros memang mudah diserang ulat 😄
DeleteCantiknya bunga ros warna oren 😍 saya tak reti tanam apa2 tanaman tapi suka tengok bunga & hasil kebun 😃
ReplyDeleteAkak lebih kepada malas nak bela, ni tanam sikit buat ada-ada je 😄
DeleteCantiknya Ros Oren. Sayangnya diserang ulat pulak. Nasib baik cepat Ujie perasan sebelum dirosakkan satu pokok oleh ulat durjana, pantang nampak bunga cantik, dia pun naik bulu.
ReplyDeleteEhh macam peribahasa bunyinya, ulat bulu dah naik daunnn 😂
DeleteCantik betul warna ros oren niUjie, sejuk mata memandang. Masalah ulat/beluncas ni memang musuh nombor satu pokok ros. Langkah Ujie cantas dan sembur Dr Neem tu dah tepat sangat. Kalau nak ekstra perlindungan, boleh cuba sembur waktu lewat petang sebab biasanya ulat atau serangga perosak ni aktif waktu malam kan...
ReplyDeleteOoh...gitu. Saya dok sembur pagi, lepas ni saya sembur lewat petanglah pulak.
DeleteTerima kasih SA 😊
Cantiknya
ReplyDeleteJarang nmpk ros warna oren gini
Ohh sayangg nya kan diserang ulat pula
Ujie try sembur dgn air bawang putih mana tau ulat x dtg lg
Pernah dengar jugak petua gitu, belum try je lagi.
Deletesejuk tangan akak semua tanaman menjadi...
ReplyDeleteTak jugaklah Afzan, pernah 2x tanam benih bunga matahari langsung tak jadi apa 😅
DeleteJarang nampak bunga Rose Oren.. cantikkkk..
ReplyDeleteJahat betullah ulatttt!! Moga musnah 7 keturunan ulat tuuuuu
Aamin…fuh 7 keturunan terus kena sumpahan sisLin ya 😆
Deletecantik warna ros oren ni. macam warna iphone 17 pro!
ReplyDeletesayangnya diserang ulat.. harap lepas guna racun organik tu, ulat2 tak datang lagi dah. penat kita jaga bunga ni
Amboi Mazni, terus nampak iphone 17 pro ya 🤣
DeleteWow... oren ni rare... jarang nampak!
ReplyDeleteItu yang saya tergoda masa nampak di nurseri 😀
DeleteCantiknya ros oren ni. Berbunga-bunga hati KSarie tengok gambar yang mula-mula tu/ Semoga ulat dan segala serangga perosak lain dapat dihapuskan dengan racun organik tu.
ReplyDeleteTengok gambar akhir tu..terus geli kan. Nampak ulatnya 😄
DeleteMemang ada ulat bulu yg suka dekat bunga ros kak, dia kacau daun dan bunganya... Dana biasa memang ada beli racun organic untuk sembur kat bunga dan pokok ros, kalau tak habis semua bunga rosak
ReplyDeleteTak mudah jugak jaga ros ni rupa-rupanya ya, kena rajin sembur racun.
DeleteSubhanallah cantiknya Ros Oren ni. Jarang jumpa ni PU.
ReplyDeleteSy biasa jirus pokok ros Sy dgn air basuhan beras dan kulit bawang yg dimasukkan sekali dlm air basuhan beras tu. Setakat ni belum pernah bunga ros Sy diserang ular alhamdulillah
Ooh...ada kulit bawang tu agaknya jadi ulat tak suka.
DeleteTerima kasih PH 😊
Cantik warna orennya walau saya bukan peminat bunga rose.
ReplyDeleteWarnanya menyerlah kan…
DeleteSaya suka tgk jer...kalo bab menjaga bunga minta maaf...
ReplyDeleteAkak ni dah makin berusia barulah timbul minat berbunga-bunga ni 😄
DeleteCantiknya. Bunga ros Cie mati dah.
ReplyDeleteTak pe Cie, dah mati kita beli pokok baru 😁
DeleteAiiiih sayang nyaaa dimakan ulat. Semoga saja obat sembur yg dibagi bisa menghilangkan ulat2 itu ya kak.
ReplyDeleteMemang cantiiiik bunga ros Oren ini. Dan betul lah , melihat bunga2 yg tumbuh subur apalagi wangi begini, itu macam terapi utk mata dan minda 😍❤️
Mood akak terus jadi happy bila belek ros, hidu baunya 😊
DeleteBunga ros kalau berkembang memang cantik tapi nak menjaga dia memang susah.
ReplyDeleteFirst time tengok rose warna Oren ni, cantik
ReplyDeleteAt least Ujie ni, boleh nampak angkara ulat. Saya punya pokok, serangga cinonet sangat yang suka duduk. Kita cuba nak tepuk bunuh macam nyamuk tu, tak dapat. Sembur Neem juga, dia okay dua tiga hari, pastu berulang. Bunga jadi layu sebelum mekar. Macam nak kena buat air bawang putih campur cili tu jer. Gambar bunga Ujie share yang awal tu sebelum diserang ulat, memang cantik. 😍
ReplyDelete