Sejak bulan Januari lalu, Encik Suami letak beberapa pokok Keladi Bunting dalam kolam ikan puyu. Kami panggil kolam walaupun sebenarnya ia cuma tong hitam (poly tank) bersaiz sederhana. Ikan puyu tu pula, Encik Suami cuma suka membela sebagai hobi tapi tak makan pun - ada kisahnya (semasa zaman kanak-kanak) yang membuatkan Encik Suami tak makan spesis ikan air tawar sehingga hari ini 😄
Pada mulanya, pembiakan pokok Keladi Bunting nampak perlahan. Pertumbuhannya juga nampak kurang baik - daunnya kecil dan tak pernah mengeluarkan bunga. Ketika itu, Perlis mengalami musim panas dan kemarau yang berlarutan berbulan lamanya sejak Disember 2025. Boleh rujuk entri INI.
Mulai bulan ini, musim hujan pula melanda. Sejak minggu lepas, setiap hari hujan membasahi bumi - kadang lebat, kadang gerimis. Langit mendung, jarang saya dapat melihat cahaya matahari terik. Kesannya, rumput yang dulu kuning kering dengan cepat kembali tinggi menghijau dan pokok-pokok kembali segar.
Pokok Keladi Bunting juga mula membiak dengan pantas.
Sekejap saja Keladi Bunting sudah memenuhi permukaan kolam. Daun pokok juga jadi lebih lebar, besar dan nampak segar. Bunga cantik pun muncul.
Rupa-rupanya, ada perbezaan pada pokok spesis tumbuhan air apabila cuaca panas kering (musim kemarau) dengan cuaca panas lembab (musim hujan).
Masya Allah cantik! Terapi mata dan jiwa.
Bunganya berwarna ungu lembut dengan satu kelopak mempunyai tompokan warna kuning dan ungu kebiruan. Bunga cantik ini mempunyai jangka hayat singkat - ia mekar cuma satu hari.
Info ringkas pokok Keladi Bunting :
- Nama inggeris - water hyacinth.
- Nama saintifik - eichhornia crassipes.
- Tumbuhan air yang berasal dari Amerika Syarikat, khususnya dari lembangan Sungai Amazon.
- Sangat pantas membiak menutupi permukaan air - boleh menjejaskan oksigen dalam air dan menghalang sinar matahari.
- Bunganya yang cantik sesuai sebagai tumbuhan hiasan taman, tetapi mendatangkan masalah jika pembiakannya tidak terkawal seperti di tasik dan sungai.
Oleh kerana pokok Keladi Bunting membiak dengan cepat pada musim panas lembab, maka keraplah Encik Suami keluarkan sebahagian pokok supaya ia tidak menutupi permukaan kolam. Sesekali ada juga jiran datang ambil untuk beri makan ikan puyu yang dibelanya. Entah kenapa, ikan puyu kami tak mahu pula makan pokok Keladi Bunting ni.



creative nya. akak dulu2. dulu2 la. mmg sangat suka bermain air dgn bunga2 ni.
ReplyDeleteAda kenangan bunga ni dengan kak Yan 😀
Deletebaru tau ikan puyu makan pokok keladi bunting ni. Memang cantik bunganya, terang betul warna purple tu 😍
ReplyDeleteAkak pun baru tau jugak 😄
DeleteClose-up jadi nampak warna purple terang, kalau pandangan mata biasa macam dalam gambar pertama tu.
Cantik ni sebab kamera dia have-have ni...
ReplyDeleteKamera apa ni?
Kamera sesuai untuk hobi fotografi saya...Samsung Galaxy S 😀
DeleteKeladi bunting ni la yang tumbuh kat Tasik Timah Tasoh ni. Memang lawa la bunganya.
ReplyDeleteIya, ni antara tumbuhan yang biasa ada di tasik.
Deletewah bila banyak bunganya cantik. Ni kalau ada tasik penuh dengan dia pun cantik
ReplyDeleteCantik tapi jadi masalah untuk hidupan dalam air.
DeleteCantiknya keladi bunting. Lawa gambarnya sebab kamera pun cantik. Lama ke bertahan bunganya selepas dia tumbuh sebelum layu?
ReplyDeleteHehe..terima kasih kepada teknologi.
DeleteSekejap je, cuma sehari berkembang cantik.
Cantiknya pokok keladi bunting tu .. baru tau ikan puyu makan pokok keladi bunting....
ReplyDeleteNak tengok ikan puyu boleh ? 🤗
InsyaAllah boleh PH 😀
DeleteCantiknya, sayangnya cuma mekar sehari. Kena pastikan diambil foto bila nampak ia mula mekar tu, Ujie. Nak tanya, isi keladinya ada ke? Boleh dimakan?
ReplyDeleteTd saya pikir keledai bunting, nak beranak 🤣. Ternyata ini tanaman yaaa. Teringat teratai, tp bentuk bunga berbeda. Yg ini cantiiiik sangat. Jadi tahu juga kalau pertumbuhannya cepat dan bisa menutupi air.
ReplyDeleteLawaa
ReplyDeleteKaler purple
Rasa dulu2 selalu nmpk kat kolam di kg
Skrg jarang jumpa dah
Maksudnya kene siram la pokoknya kak biar dia tumbuh subur dan berbunga ya... cantik la bunga nya tu.
ReplyDeleteRupanya pokok keladi bunting ada keluarkan bunga juga. Pelik juga puyu Puan Ujie tidak mahu makan pokok keladi bunting.
ReplyDeleteehh haahlah sllunya ikan puyu elok je makan keladi bunting.. ikan puyu tu select nampaknya ehehehe
ReplyDeletecantik betul warnanya! macam design baju raya pulak heheheh
ReplyDeletebaru tahu ikan puyu makan bunga ni
Waaa cantiknya... kalau bela di pasu kecil yg berair boleh keluar bunga tak huhuu... btw apajah kisahnya tak makan ikan air tawar tu huhuuu :D
ReplyDeleteWah....ada kolam puyu ye Ujie...
ReplyDeleteNak gi mancing kat sana lah🤣
Bunga dan pokok keladi bunting tu sy tgk kat YT kat Thailand &, Indo...depa masak sebgai sayur...macam serap ner tengok
Masya-Allah, cantik betul Ujie tangkap gambar close-up bunga keladi bunting tu! Warnanya lembut sangat. Baru tahu juga yang rupanya bunga ni cuma mekar sehari saja, ingatkan boleh bertahan lama. Terima kasih Ujie kongsi info ringkas pasal asal-usul pokok ni, sekurang-kurangnya bertambah ilmu pembaca
ReplyDelete