Catatan hari Ahad, 30 November 2025.
Hujan tanpa henti selama berhari-hari di tempat saya sudah pun berhenti sejak hari Jumaat lalu. Tengah hari semalam (hari Sabtu), buat kali pertama matahari muncul kembali setelah menghilang selama lapan hari. Alhamdulillah!
Hari ini saya dan Encik Suami ke bandar Kangar dan Arau. Macam biasa, kami akan keluar awal pagi supaya sempat kembali ke rumah menjelang waktu Zohor.
Pagi pertama dengan sinaran matahari dan langit cerah.
Sarapan pagi di Arau Kopi yang terletak kira-kira 20 km dari rumah.
Selepas bersarapan di Arau, kami ke Kangar pula. Sepanjang perjalanan saya menyaksikan banyak tempat yang masih belum surut air banjir. Deretan kenderaan di parkir di bahu jalan kerana rumah-rumah penduduk di tepi-tepi jalan masih digenangi air.
Kawasan sawah padi yang ditenggelami air.
Jalan di hadapan deretan kedai yang masih digenangi air.
Antara rumah penduduk yang ditenggelami air. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Genangan air banjir mengubah pemandangan di sini.
Singgah sebentar di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Saya panggil ‘masjid gula-gula’ sebab kubahnya seperti manisan di atas biskut kecil - biskut zaman dulu, entah apa namanya. Cantik reka bentuk masjid ini, bahagian dalam dewan solat juga nampak gah. Kawasan sekelilingnya juga menarik dengan pemandangan sawah padi. Masjid ini antara masjid yang kerap saya kunjungi untuk tumpang solat atau ke tandas.
Kemudian kami ke Kangar Jaya - pusat perniagaan yang menjadi tumpuan terbaharu di Perlis. Di sini terdapat banyak kedai terkemuka - antaranya Starbucks, The Coffee Bean & Tea Leaf dan Texas Chicken.
Terkini, Kangar Jaya Mall (foto di atas dan di bawah) pula dijangka akan memulakan operasi sekitar Disember ini. Ia bakal menjadi mercu tanda terbaharu di negeri ini.
Kangar Jaya Mall bakal menjadi pusat beli-belah terbesar di negeri Perlis.
Ia juga bakal mencatat sejarah dengan mengembalikan operasi pawagam setelah 25 tahun Perlis tanpa pawagam. Menariknya, ia akan beroperasi mengikut Garis Panduan Pawagam yang ditetapkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis.
Kali pertama dan terakhir saya ke pawagam ketika zaman remaja, iaitu lebih 25 tahun lalu. Mungkinkah kali ini saya akan kembali menjejak kaki di pawagam?
Dari Kangar Jaya kami ke lokasi seterusnya. Sedang elok parkir kenderaan, saya nampak bangunan Sekolah Kebangsaan Seri Perlis nun di seberang jalan. Terus teringat, kalau tak silap sahabat blogger Nur a.k.a. Tot pernah bersekolah di sini. Dalam kejadian ribut pada bulan Ogos lalu, bumbung sekolah ini diterbangkan angin kencang.
Saya ke sini - Hannan Medispa Perlis untuk mencuba rawatan kulit kepala. Pertama kali saya buat scan kulit kepala, hasilnya mendapati kulit kepala saya jenis berminyak dan sensitif. Consultation dan rawatan selesai dalam tempoh lebih kurang 1 jam 30 minit.
Dah tengah hari, perut dah lapar. Kami menjamu selera di Wansyah Kitchen.
Sebelum balik rumah, kami singgah kedai runcit beli sedikit keperluan dapur. Beginilah cerita hujung minggu saya. Saya catat agak terperinci sebagai kenangan sepanjang menetap di negeri ini.












Aik? Selalunya gambar banjir nampak macam bencana... tapi gambar banjir kat sini nampak cantik pulak...
ReplyDeleteIni saya setuju uncle.
DeleteAlhamdulillah hujan dah berhenti. Dua hari lepas cuaca elok panas. Cantiknya permandangan pagi di Perlis. Syukur banyak tempat dah surut tu.
ReplyDeleteOhh kubah tu macam biskut aiskrim tu. Unik pulak begitu. Perlis dah ada mall besar. Sakanlah orang datang sini nanti ada pawagam sekali.
Sedapnya menu makan tengah hari Kak Ujie tu. Masak lemak dengan ikan goreng dan sambal.
saya suka tengok panorama kejauhan macam tu, perasaan menjadi bagian dari alam yang luas tu.. banyak kawasan yang masih digenangi air termenung.. moga dikurniakan kesabaran kepada mangsa banjir dan dipermudah semua urusan mereka..
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah hujan dah berhenti...wah Ujie buat rawatan kulit kepala...mesti best ni....
ReplyDeleteCantik gambar pertama tu kak, lagi la ada pemandangan gunung tu. Tapi setiap gambar banjir akak tu nampak cantik je... harapnya padi yang digenangi air tu akan cepat surut la ye. Ke takde apa jadi pada padi2 tu ye kak?
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan semua yang terlibat 🤲🏻
ReplyDeleteDi Gombak pun matahari kembali bersinar sejak Sabtu lepas. Nikmat sungguh rasanya bila nampak matahari kan? Terasa hilang susah hati, kembali bersemangat kan. Alhamdulillah ala kulki hal
masih digenangi air
ReplyDeletetp yg ada pencawang tu rs serammmm
tkt renjatan letrik je..
Alhamdulillah, matahari dh x malu-malu lagi... comel la pulak nama timangan bg masjid tu.. hihihi
ReplyDeleteKesiannya tgk rumah yg masih ditenggelami air tu.. apalah daya kita ni nk membantu.. mmg mata je berat memandang skrg... kita doakan mereka tabah menghadapi ujian Allah ni