CATATAN TRIP KE CHINA - WILAYAH YUNNAN & JIANGSU | 10 - 15 APRIL 2025
Sambungan dari catatan terdahulu —> Terbang dari Pulau Pinang ke Kunming dengan Pesawat China Southern Airlines
Dari lapangan terbang, kami menaiki teksi menuju ke sebuah restoran halal.
Ruang dalam teksi - bersih dan selesa.
Plaza tol di Kunming. Saya tertarik dengan hiasan tanaman bunga pelbagai warna. Cantik! Begitu juga di tepi-tepi jalan dihiasi dengan tanaman bunga berwarna-warni.
Selepas itu barulah saya tahu bahawa Kunming dikenali sebagai ‘City of Flowers’ atau ‘Spring City’ kerana cuacanya yang sederhana dan sejuk sepanjang tahun sesuai untuk pertumbuhan bunga. Di sini juga terletaknya Dounan Flower Market - pusat borong bunga terbesar di Asia.
Pemandu teksi bawa kami ke sini, katanya ini merupakan antara restoran halal yang terkenal di sini. Hasil Google Translate nama restoran, 伊春园 牛菜馆 - Yi Chun Garden Beef Restaurant. Entah tepat atau tidak terjemahannya tu 😄
Pada papan tanda restoran terpapar logo 清真 (qingzhen) - terma yang digunakan untuk makanan halal. Ianya mudah dilihat kerana dalam bentuk logo bulat berwarna hijau.
Berdasarkan pengalaman saya semasa ke Guangzhou pada tahun lepas, tanda halal hanya dalam bentuk tulisan aksara Cina tanpa logo bulat berwarna hijau. Jadi agak sukar bagi kita yang tak kenal aksara Cina nak membelek perkataan qingzhen pada papan tanda kedai di Guangzhou.
Urusan memesan makanan kami serah saja kepada kawan Encik Suami yang berbangsa Cina. Trip ke negara China kali ini lebih mudah sebab ada ahli kumpulan yang bertutur bahasa Cina.
Tak lama menunggu, satu demi satu hidangan tiba. Tapi rupa-rupanya semua ini untuk kami berdua saja. Banyak sungguh nak kena habiskan ni 😅
Sup jernih tapi sedap rasanya.
Sayuran. Warna kuning macam isi jagung tu, rasanya seperti makan kekacang.
Hirisan nipis daging lembu yang lembut berjus disertakan dengan sos pencicah dan mungkin garam - entah serbuk apa tapi rasa masin.
Potongan kecil daging lembu dimasak dengan sayuran dan campuran herba. Mula-mula makan, rasa sedap. Lepas tu saya dah tak boleh makan sebab rasanya jadi semakin pedas. Rasa pedasnya macam kita makan lada hitam, bukan pedas cili api.
Minuman kami - teh Cina yang dihidang dalam cawan seperti mangkuk kecil.
Selesai makan, kami menuju ke Kunming Nanyao Railway Station.









daging pedas tu macam pernah order di kedai mi tarik
ReplyDeleteYelah tu kot Ammi, kedai mi tarik asal dari China. Masakan lebih kurang.
DeleteMungkin tu daging Masak Lada hitam, kot. Tapi, jarang pulak masakan Lada hitam ni jadi pedas sgt.
ReplyDeleteSaya nampak macam ada biji lada hitam dalam masakan, tapi saiznya besar. Agaknya itu yang pedas lain macam.
Deletekak ana pun ingat kan isi jagung bersama kacang peas tu Ujie, nampak sedap semua menu, alhamdulillah senang berkomunikasi bila ada geng yang boleh bertutur dalam bahasa di sana, aah laa cantik bunga kat plaza tol tu :)
ReplyDeleteYa, mudah bila ada geng boleh berbahasa Cina tapi jadi kurang mencabar dan kurang kutipan pengalaman, sebab semua orang uruskan 😄
DeleteNampak sedap jugak daging tu.
ReplyDeleteDua-dua menu daging tu sedap, cuma yang pedas tu tak dapat makan habis 😄
DeleteCantikkkk
ReplyDeleteBunga2
Baguss buat camni segar mata tgk bunga
Segar mata dan rasa seronok tengok bunga cantik sana sini 😀
DeleteUwaaaaah sedaaaap sangaaat nampaknya kak 😍😍😍😍. Makanan Chinese ini memang paling sesuai lah. Comfort food sangat. Bagus memang kalau ada yg paham bahasanya. Jadi bisa bantu cari makanan yg halal. Sayurannya saya sukaaa, kliatan masih crispy 😍😍
ReplyDeleteIya, betul...sayurnya masih segar rangup. Sedap.
DeleteSenang ke China kalau ada geng yg boleh bertutur Mandarin kan. makanan nampak sedap tapi pedas ye Kak Ujie.
ReplyDeleteSemua sedap, yang pedas tu pun sedap. Cuma tak boleh nak makan banyaklah 😄
Deletebila ada yang boleh berbahasa tempatan atau pun translator, wisata jadi mudah kita pun rasa gembira.. anyway, beef tu nampak mengiurkan
ReplyDeleteMemang jadi sangat mudah berbanding pengalaman trip terdahulu...cakap ayam dengan itik 😅
Deletedlu ke China menu kebanyaakn tk pedas...ada yg siap bawa sambal ikanbilis kentang lg time tu ...tp menu daging tu pedas ye
ReplyDeleteMungkin ikut tempat. Seingatnya masa saya ke Guangzhou, makanan tak pedas.
DeleteDaging tu pedas mungkin letak herba macam lada hitam. Mula-mula ok, bila makan banyak jadi pedas tak tahan 😄
Sedapnya nampak masakan daging tu...
ReplyDeleteBestnya mesti lawa Kunming ni kan. Banyak bunga tu....
Cantik sangat bunga warna-warni di sana sini. Geram tengok 😀
DeleteDaging itu letak cili kering. Hehe orang kuat pedas memang suka lauk begini.
ReplyDeleteTapi rasanya bukan cili kering tu yang jadi pedas sangat. Ada campuran herba macam lada hitam saiz besar.
Deletecantik betul kat tol pun ada hiasan bunga warna-warni. mesti best kalau dapat pergi dounan flower market tu :D
ReplyDeleteyg kuning macam jagung tu, rasa dia macam edamame ke?
Mesti wangi semerbak aroma bunga kalau kita jalan-jalan di flower market tu kan 😀
DeleteAlaa..akak tak pasti rasa kacang edamame tu macam mana 😄
boleh tahan banyal juga ya portion nya...
ReplyDeleteteh tu memang hidang panas2 ke dan termasuk dlm menu set? air sejuk apa menunya?
Masakan China biasa portion banyak kan...sesuai 2-3 orang makan tiap portion tu 😄
DeleteTak order air sejuk, memang mintak air panas sebab udara sejuk. Bolehlah hangatkan badan minum air panas.
Cantik warna sayur tu, hijau dan kuning. Nampak betul baru keluar dari kuali.
ReplyDeleteCeria dan jadi semangat nak makan tengok warna warni gitu 😀
DeleteSemua menggoda e
ReplyDeleteselera..Masakan depa kalau sayuran daging lembu memang nampak sedap sangat kan pada hal simple je tak la rumit macam rendang kari bagai
Betul. Nampak simple tapi rasa wow!
DeleteSimple je lauk dia, tapi nampak sedap. Besar juga portion hidangan. Mesti rasa lega lepas minum teh cina panas.
ReplyDeleteJenuh kami cuba habiskan tau 😄. Memang tak mampu habiskan, kecuali daging hiris tu habis licin.
DeleteIya...lega dapat minum teh panas dengan udara luar yang sejuk.