Sunday, 27 July 2025

Ahmad Foo Chicken x Duck Rice, Alor Setar

Catatan hari Sabtu, 26 Julai 2025.

Semalam saya ke Alor Setar, Kedah yang terletak kira-kira 1 jam perjalanan dari rumah Perlis - pergi beli barang keperluan dan juga ke salun rambut muslimah (rutin gunting rambut setahun sekali). Alhamdulillah saya sangat puas hati dengan servis di Shazira Salun. InsyaAllah ada rezeki nak datang lagi untuk rawatan kulit kepala pula.

Selesai urusan, saya buat carian di Google Maps - ‘restoran Cina halal near me’. Berpandukan Google Maps, sampailah saya dan suami ke restoran Ahmad Foo Chicken x Duck Rice yang terletak di Kancut. Baca ulasan di Google Maps ramai yang kata sedap nasi ayam/itik di sini. Jomlah kita cuba!

Ahmad Foo Chicken X Duck Rice, Alor Setar
Restoran Ahmad Foo terletak di sebuah bangunan lama. Kawasan parkir luas dan mudah dapat parkir, tak banyak kenderaan di sini. Mungkin sebab kami ke sini sudah pun lewat dari waktu makan - hampir pukul 4 petang. Jadinya tak ramai pelanggan ketika ini.

Ahmad Foo Chicken X Duck Rice, Alor Setar
Pelanggan boleh pilih nak duduk dalam kedai atau di luar - lebih santai di ruang terbuka. Kalau datang waktu malam tentu lebih menarik suasana di bahagian luar ni.

Kami melangkah masuk ke bahagian dalam restoran. Seorang pelayan lelaki menyambut mesra dengan ucapan salam.

Ahmad Foo Chicken X Duck Rice, Alor Setar
Bahagian dalam restoran, suasana seperti di kedai kopi Cina. Nampak bersih dan kemas.

Ahmad Foo Chicken X Duck Rice, Alor Setar
Gantungan itik dan ayam.

Ahmad Foo Chicken X Duck Rice, Alor Setar
Foto zoom-in.

Ahmad Foo Chicken X Duck Rice, Alor Setar
Cara membuat pesanan - kita pergi kaunter, pilih makanan dan buat bayar. Hidangan akan dihantar ke meja kita. Dalam foto di atas hanya memaparkan sebahagian menu yang terdapat di sini. 

Ahmad Foo Chicken X Duck Rice, Alor Setar
Hidangan pilihan kami - nasi ayam roasted (potongan ayam 1/8) harganya RM9.20 dan nasi itik special (potongan itik 1/4) harganya RM17.90.

Ahmad Foo Chicken X Duck Rice, Alor Setar
Supnya pekat sedap. Potongan ayam dan itik pula lembut berjus. Sambal cili dan sambal/pes halia cukup sedap. Pendek kata, set nasi itik dan nasi ayam ni memang sedap sesuai dengan cita rasa kami. Saya makan dengan rasa bahagia, juga rasa macam tak cukup nasi! 🤭

Kalau nak tambah nasi, sup, sambal cili dan sambal/pes halia, semuanya boleh tambah dengan harga tertentu. Tapi kami tak menambah pun, dah cukup kenyang dengan saiz hidangan yang diberi.

Ahmad Foo Chicken X Duck Rice, Alor Setar
Selaku peminat cendol, saya tak dapat menahan diri untuk mencuba Cendol Nyonya Durian. Harganya RM11.20. Rasanya sedap lemak manis tapi bukan terlampau manis.

Ahmad Foo Chicken X Duck Rice, Alor Setar
Encik Suami minum green tea, harganya RM5.50. Nampak menarik, jadi saya cuba minum. Eh, sedap pulak! Sebelum ini saya tak boleh nak telan air green tea begini. Setiap kali cuba, boleh sedut sekali je. Saya tak gemar aroma dan rasanya. Tapi yang ini, berkali-kali saya sedut 😀

Alhamdulillah…berbaloi kami cuba makan di sini. Semua makanan dan minuman yang kami pesan memang sedap! Teringin juga nak mencuba hidangan sizzling di sini, tapi menu tersebut hanya dijual selepas pukul 5 petang.

Kalau kalian ke Alor Setar, bolehlah cuba makan di sini. Selain di Alor Setar, restoran Ahmad Foo juga sudah membuka cawangan di Sungai Petani. Carian saya mendapati, pemiliknya seorang lelaki Melayu Muslim. Info lanjut boleh rujuk di akaun Facebook ‘Ahmad Foo - Chicken Duck Rice’.

Untuk ke sini, boleh ikut panduan di Google Maps carian - ‘Ahmad Foo - Chicken Duck Rice Alor Setar’. Beroperasi setiap hari dari pukul 11 pagi sehingga 11 malam.







11 comments:

  1. wahhh suasana kedai dia nampak tenang je

    ReplyDelete
  2. Suasana dalam kedai memang nampak mcm kopitiam cina pulak. Menarik semua menu dgn harga yg berpatutan!

    ReplyDelete
  3. Mmg ada vibe kedai makan cina kan...
    Cendol tu menawan hati :)

    ReplyDelete
  4. Sedapnya cendol dan green tea tu.

    ReplyDelete
  5. Potongan ayam dan itiknya banjir dengan kuah.
    Selalu dapat sambal cili tiada halia tapi saya suka sambal ada halia. Boleh bayang sedap nasi ayamnya.
    Puan Ujie atau suami yang pilih nasi itik?

    ReplyDelete
  6. Dari gambar yg Kak Ujie post ni dah tau nasi ayam ni sedap sebab nasi ayam Cina Muslim jarang2 tak sedap 😄 sedapnya roasted duck!

    ReplyDelete
  7. Dekat SP pun ada nampak...belum dapat singgah lagi...

    ReplyDelete
  8. Dah pernah makan di cawangan Sg Petani. Kiranya cawangan² dia ada kat negeri² utara aje kot ek.

    ReplyDelete
  9. panas terik camni dapat pekena cendol.. nikmat sungguh tu

    ReplyDelete
  10. Boleh singgah bila balik kg suami nanti. Itik ni selalnya orang cina terer masak.

    ReplyDelete
  11. Tak tahan lah tengok nasi itik ni. Moga dapat rasa nanti.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****