Wednesday, 11 June 2025

Ubi Kayu Goreng

Ada suatu petang, jiran datang ke rumah hantar ubi kayu hasil tanam sendiri. Gembira sungguh saya terima pemberian begini sebab saya suka makan ubi kayu yang direbus atau digoreng. Kalau kuih-muih berasaskan ubi kayu tu saya tak berapa suka makan.

Bila ada ubi kayu, terus saya rasa teringin nak makan ubi kayu goreng macam zaman dulu. Encik Suami tukang kerjakan ubi kayu - kupas kulit, basuh dan potong kecil. Dah siap, saya pula sambung kerja - gaul potongan ubi kayu dengan bahan perapan dan biar seketika sebelum di goreng.

Ubi Kayu Goreng
Ubi kayu yang dah digaul rata dengan bahan perapan.


UBI KAYU GORENG
Bahan :
  • Ubi kayu - di potong kecil bentuk baji (potongan wedges)
  • Bawang putih - ditumbuk kasar (saya gunakan chopper)
  • Serbuk kunyit
  • Garam

Cara-caranya :
  • Gaul rata potongan ubi kayu dengan bawang putih, serbuk kunyit dan garam secukupnya.
  • Perap seketika supaya mesra rasa bahan perapan dengan ubi kayu.
  • Kemudian goreng dalam minyak panas dengan api sederhana supaya gorengan tak cepat hangus dan ubi kayu masak empuk.

Ubi Kayu Goreng
Alhamdulillah…nikmat sungguh dapat makan ubi kayu goreng. Cukup empuk dan sedap dengan aroma bawang putih. Kami tak makan dengan pencicah (sambal tumis atau sambal kicap) kerana memang dari dulu kami makan begitu saja.

Sambil makan, saya dan Encik Suami bernostalgia kisah masa lalu kami dengan ubi kayu goreng ini. Kami sama-sama orang Johor, berketurunan Jawa tetapi menetap di dua daerah berbeza. Ubi kayu goreng begini menjadi makanan biasa kami semasa zaman budak. Resepinya sama.

Ubi kayu goreng ni ada banyak cara (resepi) - ada orang suka rebus dulu sebelum digoreng dan ada juga yang letak bahan-bahan lain sebagai perapan. Bagi kami, resepi yang biasa dibuat oleh keluarga kami tetap menjadi pilihan bila nak membuat ubi kayu goreng.

Setiap kali makan, pasti terkenang kehidupan saya sekeluarga pada masa lalu dan juga Allahyarham Bapak yang gemar makan ubi kayu goreng. Nampaknya - makanan bukan hanya nikmat pada rasa, tetapi sebuah kerinduan pada masa lalu.







48 comments:

  1. Lapar tgk ptg2 ni sedapp nya kan pekena ubi gorenggg

    ReplyDelete
  2. biasa mkn ubi kayu rebus...ubi kayu goreng tk pernh mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh...bolehlah try bila ada ubi kayu nanti ya.

      Delete
  3. lamanya tak makan ubi kayu goreng...paling malas cicah gula, rajen sikit buat lah sambal ikan bilis...

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap sangat ni....SA dah lama x makan ubi...agaknya kalau buat cenggini bleh x SA makan agaknya..SA ni kalau makan ubi badan berangin

    ReplyDelete
  5. sedapnya....teringat zaman kecil, bila time hujan ayah akan grg ubi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..nostalgia sungguh tu. Memang sesuai sangat makan ubi goreng panas time hujan.

      Delete
  6. Sedap ni ubi kayu goreng. Gu dengan kopi O, hmmm....

    ReplyDelete
  7. Lama tak makan ubi kayu ni, makanan orang dulu2 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..iya. Zaman dulu biasa makan. Sekarang nak dapat ubi pun payah 😄

      Delete
  8. Nostalgia sangat kak ubi kayu goreng. Seingat saya, last makan zaman sekolah rendah ke sekolah menengah dulu mak buat. Lepas tu dah jarang dah mak buat ubi kayu goreng ni. Nampak ni memang terkenangkan zaman dulu sedap menikmatinya. Orang Johor dulu-dulu memang suka makan ubi kayu goreng macam ni. Saya tak ingatlah mak saya letak perapan apa. Lama sudah. Tapi memang sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan, nampaknya orang Johor yang biasa makan dan buat resepi gini.

      Delete
  9. Sungguh ubi kayu goreng ni makanan nostalgia. Sambil makan sambil mengimbas kenangan lama mengusik jiwa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiap kali makan, mesti terkenang masa lalu...

      Delete
  10. Lamanya tak makan ubi kayu ni. Rebus pun sedap, goreng pun sedap.

    ReplyDelete
  11. Yes! Lawan dia memang dengan kopi o..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Regu terbaik yang buat kita makan tak henti 😁

      Delete
  12. Enaknya kak, disini orang nyebutnya singkong atau jawaw.lezattt...

    ReplyDelete
  13. Sambil makan sambil mengimbau kenangan 👍🏻
    Ubi fresh baru dicabut mmg sedap ya amat ahaha... Tempat sy kami rebus makan dgn kelapa parut biasanya. Kalau ubi tua sikit dibuat lepat. Ubi kayu goreng ni bila datang je ibu kota baru saya kenal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..iya, fresh jiran baru cabut pokok ubi dia.

      Mungkin di utara memang orang tak buat ubi goreng.

      Delete
  14. Pokcik tanam ubikayu tapi tak terlintas pula nak buat ubikayu goreng... terima kasih bagi idea kat pokcik untuk menu petang nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama pokcik.
      Selamat menikmati ubi goreng.

      Delete
  15. Enak ubi kayu baik di rebus maupun di gareng ya Mbak.
    Saya biasa disuguhi ubi di goreng kalau main ke rumah teman yang tinggal di perkampungan.
    Kalau disini ubi kayu ini sering juga disebut "singkong" atau "hui" (dalam bahasa Sunda)

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam-macam namanya ya...baru tau hui juga ubi kayu.

      Delete
  16. Replies
    1. Pulak jarang dapat ubi, memang nikmat sungguh 😀

      Delete
  17. kalau tak silap kan org kelantan panggil ubi goreng ni, tapai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo...habis tu tapai yang biasa tu panggil apa pulak?

      Delete
  18. Dana pun suka makan ubi kayu gini kak... kadang kalau dana ada rebus ubi kalau tak habis dana suka jugak goreng semula, goreng dengan tepung pastu ubi tu jadi lagi sedap ranggup dan lembut di dalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tu goreng dengan tepung, rangup macam pisang goreng agaknya ya.

      Delete
  19. sedapppp ubi kayu goreng ni feveret Abah Ana ni! hehehe

    ReplyDelete
  20. Samalah cara buat.
    Lama tidak makan, selalu makan ubi rebus.
    Betul itu makanan ini ada kenangan.

    ReplyDelete
  21. Menarik dan nampak pun sedap.. tak pernah lagi goreng ubi dgn bawang putih ni.. hidang pulak dgn kopi tu.. aduhhh asyikkk nya hahaha.. 😅😊

    ReplyDelete
  22. Oh kalo saya, memang suka segala menu yg berazaskan ubi kak. Di goreng macam ini saja, ataupun dibuat sup, atau dibuat kue. Sukaaa sangat.

    Tapi memang bagi orang Jawa atau keturunan Jawa, ubi goreng hanya dibuat simple, goreng macam tuh, trus makan. Atau dibuat kue timus .

    Tp bagi orang2 keturunan bugis, Sulawesi, ataupun Indonesia timur, ubi goreng selalu dimakan dengan sambal ikan roa atau sambal cakalang. Itu pun sedap juga. Bahkan sup mereka juga pakai ubi goreng 👍

    Saya tak pernah buat sendiri ubi goreng, selaku kuatir nanti keras 😅. Akhirnya tiap kepengin pasti beli dari tukang jualan gorengan di pinggir jalan. Untungnya banyak di sini ..

    ReplyDelete
  23. Sedapnya, ubi kayu goreng. Simple bahan perapannya.
    Dulu masa tanam ubi kayu, saya biasa rebus je, cicah sambal tumis.

    ReplyDelete
  24. Ubi kayu goreng jajan kampung yang tak lapuk dek zaman

    ReplyDelete
  25. dapnya..makan plak cili kicap.memang layannnn

    ReplyDelete
  26. Makan ubi kayu goreng dengan teh o panas....perghhhh....tengah imagine ni.

    ReplyDelete
  27. Ubi kayu atau kami menyebutnya singkong memang enak di buat berbagai macam olahan.. Di dapur saya masih ada tiga batang belum di kupas😁.. Biasanya saya goreng pakai bumbu garam, bawang putih dan ketumbar.. Haruuum

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****